Saturday, September 22, 2018

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan


Assalamualaikum semua. 

Tengok tajuk pun dah macam pepatah Melayu kan?

Of course! Kenapa aku pilih tajuk tu sebab aku nak kembali bersemangat dan berusaha mencapai kejayaan. 

Aku sendiri belum berjaya sepenuhnya. Tapi apa yang aku boleh katakan, setiap semester aku ada target yang aku akan letak supaya di penghujung semester tu aku dapat capai. 

Sebagai contoh, 

Keputusan semester 2.

Aku nak fokuskan kepada satu subjek yang pada mulanya aku marah, benci, geram, takut semua ada.

Tapi aku fikir satu je. 

Allah tu hebat. Sebaik mana pun aku rancang, kalau Allah tak nak bagi, Allah tetap takkan bagi.

Pada suatu hari..

Ecewahh.. straight to the point jelah. 

Dan aku akan jujur dalam post ni. 

Dulu aku takut dan benci masuk kelas subjek Pengurusan Pembelajaran. Sebab orang cakap lecturer itu ini. Aku mula gelabah mula takut mula cuak. Lagi2 bila dapat coursemate yang lain course. Yang aku belum pernah kenal. 

Tapi alhamdulillah lepas beberapa hari aku boleh adapt dgn kawan baru. Nama diorang is Izzati, Atiqah dan Ying. Hmmmm

So kami diberi tajuk
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

First memang stuck sebab tak tau macam mana nak buat dengan tajuk tu. Tapi bila fikir logik, sekolah aku ada budak pendidikan khas. 

So, bincang punya bincang kami decided pegi sekolah aku. Kami pergi sebelum cuti midsem. Then after dah settle tu, kami kena buat tugasan ilmiah yg lebih kurang report. 

So kitorang dah bahagi tugas. Lama2 tu jadi konflik. Konflik sebab masing2 jauh, masing2 stres dan xdapat bagi komitmen sepenuhnya.

Bila hari kejadian, kami bentang depan lecturer dan guess what, lecturer cakap nak bagi kitorang 5 / 100 je. WHATTTT?

Lepastu kitorang tunjuk report yang dah siap print. Kira macam draf la tapi kira dh siap la kan. Again lecturer suruh betulkan. Sampai kali ketiga pun still lecturer cakap salah.

Memula tu diorang dah give up dan putus asa. But, aku still tak puas hati. Ramai yang kena macam tu. 

So, aku decided nak ubah apa semua tambah apa yang patut. Aku tak give up lagi. Aku pergi bilik lecturer sampai bertapa depan biliknya. Aku try pujuk dia mintak bagi peluang untuk aku betulkan balik. Guess what, kitorang ada 2 hari je nak betulkan. Allahu, beratnya dugaan Mu. 

Masa tu pulak bulan puasa. Aku bahagi tugas aku betulkan report n Atiqah betulkan video. 

Kali ketiga tu aku tunggu depan biliknya. Lebih kurang sejam. Even orang lain ada yang tunggu jugak tapi tak lama pastu dorang balik. TAPI, aku tetap tunggu sebab aku tau Allah tu HEBAT. 

Alhamdulillah, lecturer tu datang bilik dia dan aku cuba slow talk yang mintak dia pertimbangkan markah yang sepatutnya sebab kami dah berusaha bersungguh2. Aku tau dia bukan kedekut markah tapi dia nak tengok effort kita. 

Lepastu aku tawakkal kepada Allah. Aku percaya dengan ketentuan Allah sebab kami dah berusaha dengan bersungguh2. Aku berserah kepada Allah. Dalam masa yang sama kami struggle dalam final exam. TAPI , aku sangat2 takut. Lecurer bagi markah pun belum menjamin yang kami akan dapat at least B. Kalau dapat C macam mana? :'(

Sebelum exam, aku minta restu daripada parents, lecturer2, cikgu2 dan kawan2 supaya sama2 mendoakan aku. Malam nak exam je aku whatsapp sorang2 minta maaf. Even orang cakap tak best or tak baik la minta maaf daripada whatsapp je tapi still boleh jugak guna medium tu :)

Lepas habis exam.. aku terus tak fikir dah subjek ni. Biarlah apa pun jadi. Aku dah berusaha sampai dah 3kali keluar masuk bilik lecturer. Aku tau Allah akan bagi yang terbaik.

And..you know what..

Berkat kerjasama dan kegigihan kami semua, Alhamdulillah, result semester 2 semakin meningkat dan subjek ini aku berjaya dapat A!! Sumpah, aku menangis terharu sebab berhasil jugak usaha kami buat yang terbaik. Malam tu aku whatsapp lecturer, aku ucapkan terima kasih sebab kalau bukan sebab dia dan Allah, mungkin result aku lebih rendah. Memandangkan subjek tu 4 jam kredit so sangat mendebarkan result kali ni. Aku bersyukur sangat :')

Apa yang aku simpulkan daripada kisah aku ni, 

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Kita kena berusaha bersungguh-sungguh lepastu kita serah kepada Allah. Jangan mudah putus asa sebab Allah nak tengok effort kita sebelum Dia bagi apa yang kita nak. Percaya dengan ketentuan Allah sebab Allah sebaik-baik perancang :')

Terima kasih semua orang yang mendoakan aku dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada kawan2 dan senior aku sepanjang semester 2 :')

Zulaikah, Hikma, Hidayah, Aida, Azrina, Hazirah, Una, Dora, Nasuha, Elissa, Farah, Awanis, Farida, Iyma, Icha, Lydia, AtiqaChoo, Welsie, Nieta, Khairiah, Aisyah, Sahira, Shikin, Adilatul, Amalin, Aminah, Jannah, Brenda, Leezio, Tehah, Lim, Roshidah, Zul, Azemah, Afiqah, Eton, Hafizah, Verene, Lai, Izzati, Ying, Atiqah, Che Anis, Zaffe , Wanne , Najihah Jinal , Naim , Abg Akmal, Abg Zafir, Abg Zaki, Kak Syikin, Abg Zakwan, Kak Azira, Kak Annisa, Kak Hannan, Kak Silawati 

dan semua yang saya tidak mention.. Sorry kalau saya tak ingat tapi kalian semua sentiasa ada dalam doa saya :')


Friday, September 7, 2018

Jangan Mudah Putus Asa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Jangan Mudah Putus Asa.

Tajuk entri aku untuk hari ini. Kenapa aku pilih tajuk ni?

Sebab aku tengah DOWN tapi aku cuba BANGKIT supaya aku tak terus JATUH.

Kenapa aku down?

Sebab, aku tak dapat biasiswa KPM!

Macam mana aku boleh tak dapat?

Wallahualam tapi aku rasa sebab aku FAILED UJIAN KECERGASAN.

macammana aku boleh failed?

Sebab aku tak cukup exercise. Sebab aku MALAS!

Walaupun hati aku berat nak terima kenyataan yang aku tak dapat biasiswa tu tapi aku kena jugak terima kenyataan tu even pahit even sakit even pedih :(

Sebab kenapa aku nak dapatkan biasiswa tu,

Aku nak ambil lesen memandu kereta

Selain itu, 

Aku dah tak nak susahkan mak abah aku yang dah tua fikirkan sama ada aku cukup duit tak belajar kat UPSI tu. 

Tapi, nampaknya aku takde rezeki. Allahu, beratnya dugaanMU :(

Jadi, aku muhasabah diri. Mungkin ada rezeki aku kat tempat lain. Percaya dengan Allah. 

Kalau ikutkan masa aku nak pergi interview Biasiswa KPM tu, abah aku terpaksa upahkan orang untuk drive pergi IPG Kuala Lumpur. JAUH! Sejam dari rumah aku. Tapi aku cuba sedapkan hati abah aku. Takde rezeki aku :( 

Tapi takpe. In shaa Allah, aku akan cuba dapatkan dekan setiap semester dan menjadi pelajar cemerlang dalam Ismp Bahasa Melayu dengan Kepujian. 

Aku akan cuba dapatkan FIRST CLASS DEGREE. 

Demi

Mak abah aku :) 

Terima kasih Allah. Walaupun aku takde rezeki dapat biasiswa tu, aku harap aku dapat biasiswa lain 

Walaupun abah cakap lepasni tak payah mintak biasiswa. Aku akan  cuba mintak untuk masa depan aku :)

Korang doakan yang terbaik untuk aku ye? 

ALLAH IS THE BEST PLANNER :) 

Simple Header 1


https://imageshack.com/a/img921/6557/ILBngw.png

https://imageshack.com/a/img922/4381/pWeqjS.png

https://imageshack.com/a/img923/9740/WoIDwd.png

https://imageshack.com/a/img922/8457/mPnseA.png
https://imageshack.com/a/img922/4469/COaRKV.png

Credit to BeruangMocel 

Tutobies



Freebies Header  


Simple Header 2
 Simple Header  3 
Simple Header 4
Simple Header 5
Simple Header 6
Simple Header 7
Simple Header 8
Simple Header 9
Simple Header 10


Freebies Background 

Simple Background 1
Simple Background 2
Simple Background 3
Simple Background 4
Simple Background 5
Simple Background 6
Simple Background 7
Simple Background 8
Simple Background 9
Simple Background 10

The Owner


Assalamualaikum semua.

Mesti korang belum kenal aku kan? 

Akulah owner blog ni.. 

Okay meh aku perkenalkan diri aku. 

Nama diberi Siti Aishah binti Baharum

Aku dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada tanggal 9 Mei 1997

Umur aku sekarang 21 tahun

Aku pernah bersekolah di SK Bukit Badong dan SMK Raja Muda Musa.

Mesti semua orang belum tahu aku study kat mana kan?

Aku merupakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian. 

Aku merupakan 
peminat setia Fahad Iman

Kenapa aku minat dia? Sebab dia merupakan pelakon yang sangat2 berbakat dan berpotensi menjadi pelakon yang setanding dengan Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid dan sebagainya. 

Sekarang aku dalam semester 3 dan alhamdulillah aku berjaya melepasi setahun belajar di universiti idaman aku. 

Macam yang korang tahu, aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru. 

Aku seorang yang sangat manja sebab aku merupakan anak bongsu daripada ketiga-tiga adik beradik perempuan. 

Aku juga seorang yang jarang naik angin tapi memang sangat garang lagi2 kalau dengan orang yg cari pasal dengan aku.

Sometimes aku juga childish. sebab yaa,, aku ada anak patung yang diberi nama bernab. Nama asal bernab is Beruang Mocel macam nama blog ni. 

So, itu sahaja yg aku nak kongsikan. Terima kasih menjadi pembaca setia blog aku ni. :)

Thursday, September 6, 2018

Alamatnya Cinta


Assalamualaikum semua!

So, harini kita nak cerita pasal drama Full House edisi Malaysia. 

Korang tahu tak drama yang tengah viral sekarang ni?

ALAMATNYA CINTA!

Apa yang seronoknya drama ni? 

Of course sebab ada Fahad Iman pelakon kegemaran aku!

Handsome gila weh!

Serious tak tipu !

Selain itu, drama ini turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Hannah Delisha dan ramai lagi. 

Fahad Iman pegang watak sebagai Omar. Macam nama anak buah dia pulak.
 Anak buah dia comel gila! 

Drama ni mula bersiaran pukul berapa?

Pukul 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria. 

Senang cakap drama ni memang best gila. 

So, jangan lupa saksikan drama Alamatnya Cinta. 

Jangan lupa UNDI FAHAD IMAN di ABPBH31. 

Image result for #fahad4ABPBH

Sekian terima kasih :)

#fahad4ABPBH


Assalamualaikum semua
Hari ni aku nak update pasal artis kegemaran aku. 

Korang kenal ke? Kenal tak ? 

Okay, biar aku bagitau sikit, Fahad Iman ni artis atau pelakon yang mula melonjak naik namanya. 
Dia ni handsome gila weh! 

Serious tak tipu!

Okay meh aku cerita dekat korang pasal Fahad Iman
Nama penuhnya Mohd Fahad Iman bin Mohd Zulhissham. 
Cuba teka umur dia?

Umurnya 25 tahun. Muda gila weh!

Dia berasal daripada Subang Jaya. 

Dia juga anak kedua daripada lima orang adik beradik.


For your information, dia pernah berlakon dalam drama Ku Kirim Cinta, Suri Hati Mr Pilot, Isteri vs Tunang, Anak Mat Salleh tapi Melayu dan macam2 lagi. 

Senang cakap dia memang berbakat besar dan cukup pakej!

okay, so aku nak uar-uarkan dekat korang untuk UNDI FAHAD IMAN di >link
Undian bermula dari 25 Ogos hingga 25 September 2018. 

so jangan lupa gunakan kuasa korang untuk pastikan FAHAD IMAN menang anugerah
ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR 
dalam ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 31 yang akan berlangsung dalam bulan Oktober tak lama lagi. 

Sebab kenapa korang kena undi :

1) Dia seorang yang peramah dengan orang disekelilingnya
2) Korang kena kenal dia dulu baru korang tahu perangai dia yang super duper SPORTING gila!
3) Dia pelakon yang sangat berbakat besar dan kita kena berganding bahu pastikan dia menang anugerah tu
4) Kita kena bagi dia peluang genggam anugerah tu sebab bukan calang2 orang dapat anugerah kat ABPBH
5) Dia tersangatlah handsome dan dia juga merupakan kacukan Melayu, Cina dan Arab!

Nah, terbukti dia ada banyak kelebihan yang perlu korang pertimbangkan.

So, jangan lupa UNDI FAHAD IMAN sebanyak 15kali setiap 10 minit supaya peluang dia untuk menang lebih cerah!

UNDI FAHAD IMAN UNTUK ANUGERAH ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR!


Terima kasih sebab support FAHAD IMAN! 

VOTE FAHAD IMAN FOR #ABPBH31
Sekian terima kasih :)

ENTRIES







Wednesday, September 5, 2018

Program Perantis Guru 1

Assalamualaikum semua. After a long time ago tak update akhirnya terbuka hati nak update pasal PPG1 yang dah berlangsung selama 2 minggu. Jujur aku katakan pengalaman PPG1 sangat2 seronok even rasa mcm sekejap sangat masa berlalu. 

Biar aku ceritakan sedikit mengenai PPG1. Okay program ni berlangsung selama 2 minggu untuk semua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang  2 minggu tu, kami kena cari atau dapatkan maklumat mengenai sekolah yang kami pilih. So, aku nak ceritakan pengalaman aku sepanjang 2 minggu berada di sekolah ni.

First, aku kena apply secara online. Lepastu kena tunggu sekolah approve. So masa midsem haritu aku pergi sekolah tanya dan dapatkan kebenaran pengetua sekolah ni. Lepas dah lulus tu tinggal hari kejadian atau hari pertama laporkan diri. 

Hari pertama: Aku pilih baju raya pertama aku sebagai hari pertama aku mula laporkan diri. Memang malu sebab hari pertama dah kena jadi cikgu. Aku tumpang Jiha pergi dan balik so yeah ada kawan. You know what boleh pulak ex crush sama tempat dgn aku. Me be like " menyibuk la dia ni". So hari first dah kena pergi perhimpunan kat dewan. Masa masuk dewan sebagai cikgu pelatih tu mcm2 perasaan ada. Malu segan bangga semua ada. Tapi paling best dapat duduk setaraf dengan cikgu2 lain. Cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu. Habis je perhimpunan Cikgu Hidayah panggil aku. Dia perkenalkan aku kat cikgu2 lain dan aku bangga sgt sbb dia happy aku dapat capai cita-cita aku. Lepas je habis perhimpunan, aku masuk bilik guru. Perhhh malu. Sumpah malu sebab semua cikgu2 ada. Dulu masuk bilik guru sebagai murid and now sebagai guru. Hahah.. so first day dah kena relief. Hahah malu ah jugak sebab aku sorang je cikgu paling pendek sesi petang. Balik pun pukul 6:35petang. Hari pertama berakhir dengan baik :)




Hari kedua : Aku pergi sekolah tak bawak laptop so mmg apa2 maklumat yg aku dapat aku tulis guna tangan je, Alhamdulillah aku dah boleh mula biasakan diri dengan kelas2 walaupun gelabah tapir aku cari kelas yang aku nak relief. Thanks cikgu Adina belanja dadih. Thanks cikgu Hassan belanja nasi lemak. Thanks cikgu Ruhani belanja makanan kat koperasi. Rasa best n seronok sgt bila cikgu2 yang kita pernah rapat dulu jadi rakan sekerja kita. Tak dapat nak gambarkan perasaan tu. Tapi Jiha ngan Naim dan approach cikgu Ruhani untuk masuk kelas dia  tgok dia mengajar. Aku je belum sebab takut cikgu BM garang. HAHAHA. No la. aku malu plus segan sebab cikgu BM baru2. So aku pun buat kerja aku. Hari kedua berakhir dengan baik :)


Hari ketiga : Hari rabu sememangnya hari kokurikulum, so diorang kena datang pukul 10:00 pagi. Aktiviti yang dorang kena buat is kena bersukan + program NILAM. Program tu berlangsung sampai pukul 12:30 tengahari. Lama la jugak so kami ambik peluang tangkap gambar sekeliling sekolah sebab Jiha bawak kamera DSLR. Tangkap punya tangkap tak sedar dah 12:30 tengahari. Ha mulalah gelabah tengok jadual relief. Memang kerja kami kena relief je sebab hari2 ada je cikgu yg MC. You know what, kitorang jarang gila makan kat kantin sekolah. awal2 uh makan kat bilik guru je. makan kat kantin cuma 2 kali je. kali kedua Cikgu Azlirul belanja kitorang. Allahu.. terima kasih sangat2 cikgu. Sumpah terharu :) Okay baru tahu cikgu Azlirul sambung master kat UPSI. Patutlah tak pernah nampak. HAHAHAHA. 


Hari keempat : Hari khamis biasanya ada meeting. Kitorang punya semangat datang awal sekali cikgu cakap tak payah masuk bilik meeting. Kebetulan aku dgn Jiha kena relief so Naim sorang je yg masuk bilik meeting tu. Kadang bila relief kelas depan2 dorang tak banyak cakap sangat. Tapi nakal gila. So terpaksa lah hadap perangai dorang. Aku banyak kali jugak suruh diam tapi dorang taknak diam. so aku pun jeling je. HAHAHA. tapi aku suka kalau budak2 ni pandai ambik hati aku. macam ajak borak ke tanya pasal pengalaman ke apa. 



Hari kelima : hari jumaat kelas mula pukul 2:20 petang n u know what kami datang lambat gila tepat2 2:20 petang. Lepastu Guru Penolong Kanan Petang dah tunggu kat pejabat. HAHAHA. Nasib baik dia tak marah. hari jumaat tak de relief sebab harini cikgu2 ramai yg datang. Kitorang balik 6:35 petang dan sebelum balik tu ada tazkirah dekat surau. so semua kena berkumpul dekat surau bagi yg Muslim sahaja. sekejapnya masa berlalu kan :)


Hari keenam : Hari isnin like always memang monday blues sebab ada perhimpunan pukul 1:00 petang dekat dewan Rafulin. Okay so masa duduk tu aku dah terasa sayu sebab lepasni entah bila dapat duduk situ lagi. i mean duduk kat kerusi yang cikgu2 lain duduk. 



Hari Ketujuh : Hari selasa berlalu dengan baik yang mana macam biasalah ada relief. tapi kadang kitorang duk bilik guru sambil baca buku panduan sekolah yg ada semua maklumat sekolah. Kadang bosan jugak sebab rasa cm terlalu lama sgt duk dalam bilik guru. 


Hari kelapan : Hari rabu macam biasa ada kokurikulum. Kena datang pagi lepastu kitorang kena tengok diorang nyanyi lagu patriotik. Aku kena lead persatuan bahasa Melayu nyanyi lagu pasal Bahasa. Then petang tu kami sambung tangkap gambar. Kami singgah ke makmal biologi dan terjumpa teacher Mardiana. Dia suruh kami buat shout out sebagai tanda menyokong Beat Aedes Defeat Dengue. 


Hari Kesembilan : Hari khamis hari paling busy sebab aku macam keliru sekali 5 kelas aku kena relief. Waktu pertama aku kena masuk kelas budak2 yang bagi aku macam tak nak masuk kelas je. Dorang ni suka jalan2 round sekolah. takpe cikgu faham. 


Hari terakhir : Hari paling relaks bagi aku sebab takde relief langsung. Cikgu Hassan pelawa makan macam jamuan gitu kat bilik guru. So kerja kami kira dah settle kutip maklumat sekolah apa semua. Alhamdulillah. Mulalah rasa sedih bagai sebab dah hari last. Hari last baru mintak cikgu buat ulasan apa semua. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 






So, berakhir sudah pengalaman aku sebagai guru pelatih selama 2 minggu di SMK Raja Muda Musa. Pengalaman yg sangat2 berharga sebab semua cikgu bagi kerjasama yang baik. Maklumat pun cukup. Kawasan sekolah yg bagi aku terbaik dan cantik sebab aku pernah bersekolah selama 6 tahun setengah di sekolah ni. Aku harap cikgu sudi terima kehadiran aku tahun depan. HAHAHA sebab aku malas nak pergi sekolah lain. Sekolah ni best! Alhamdulillah berakhir juga akhirnya :)