Friday, April 18, 2014

Budak Kampung .VS. Budak Bandar



Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia buat followers, viewers, stalkers dan readers. Hari ni aku nak update pasal Budak Kampung .vs. Budak Bandar. Apa kaitan tajuk ni dengan cerita yang aku nak buat ni. Takpe, biar aku cerita kat korang k. Kalau rasa sentap dan tak puas hati dengan aku, sukahati korang lah. Aku peduli apa. Kalau ada perempuan yang tersentap dengan entri aku kali ni, tolong berhambussssss dari blog aku. Kalau korang tahu nak marah, aku pun tahu nak marah jugak. Haha so whattttttt?!!!!!!!!

Setiap orang berasal dari kampung. Sebelum wujudnya Bandar, kita semua tinggal kat kampung. Sapa yang tak tahu apa itu kampung boleh tanya mak bapak atuk nenek korang k. Aku bukan nak membebel pasal apa itu kampung bla3 tapi aku nak story pasal budak kampung dan budak Bandar.
Buat pengetahuan korang, budak kampung dan budak Bandar ni sama je tarafnya. Apa yang beza, mak bapak korang pindah ke Bandar dan menetap di Bandar. Tapi, korang jangan nak menipu aku kalau time raya pertama korang tak balik ke KAMPUNG. Menipu dosa tahu. Aku bukan nak cerita pasal raya ke tapi aku nak cerita pasal kelakuan, sikap, perangai, karenah dan pelbagai lagi pasal budak kampung .vs. Budak Bandar

Jangan lah cuba bezakan taraf budak kampung dengan budak Bandar. Actually, taraf kita semua ni sama je. Tak ada beza pun. Cuma , seringkali budak Bandar menjauhkan diri dengan budak kampung. Why?!!! Ni aku nak tanya ni, kau asal dari mana kalau bukan kampung? Even kau duduk hutan belantara pun, hutan belantara tu namanya kampung. Kalau kau duduk kat KL sekalipun, kau ada selidik latar belakang Kuala Lumpur tu? Kuala Lumpur tu asalnya hanya kampung je. Tapi lama-kelamaan , Kuala Lumpur menjadi pusat perniagaan, pentadbiran, perindustrian dan lain2 lagi. Sebelum Kuala Lumpur tu menjadi sebuah Bandar yang gah dan terkenal, Kuala Lumpur tu adalah sebuah kampung. Aku bukan nak bukak hikayat 1001 pasal Kuala Lumpur tapi aku nak story pasal? Jawablah sendiri.

Aku terdetik nak buat story pasal budak kampung vs budak Bandar ni sebab aku terdengar cerita hikayat zafirah masa dia pergi kem pbsm kat hulu Langat. Dia cerita segala2 yang berlaku kat sana. Dan terkeluar lah cerita dia pasal budak sekolah klang dan Gombak yang memperlekehkan kuala Selangor. Klang dan Gombak memang Bandar yang gah dan famous dengan kepadatan penduduk yang palingggg ramai. Aku tahu peserta kem pbsm sekolah klang n Gombak paling ramai. Ada yang freehair tu lantak dioranglah. Dosa masing2 kan. Tapi, kita sebagai sesame muslim, tak salah kita nak menegur kesalahan yang menyalahi syarak. Sekali kita tegur, kita dapat pahala. Kalau orang yang kita tegur taknak dengar nasihat kita, sokay. Kita boleh doakan semoga Allah lembutkan hati dia untuk bertaubat. Apa yang kita tahu aurat perempuan kan semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. So, termasuk rambut lah kan? So, sedar2 lah sendiri.

Kenapa ye zafirah boleh cerita masa dekat sana ada budak lelaki yang berpegangan tangan dengan budak perempuan sedangkan bukan muhrim. Duk peluk sana sini, pegang pipi, bertepuk tampar, ketawa overdose.  Aku terpikir, eh kenapa ye budak Bandar macam tu? Memang budak Bandar sosial ke? Tak belajar agama Islam ke? Bila zafirah tegur budak2 yang berpegang tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, kata budak tu ‘ ala bantai je lah’. Subhanallah. Dunia dah nak kiamat agaknya. Masing2 tak sedar dosa yang telah dorang lakukan. Kalau dah memang abang dan kakak fasilitator pun berpegangan tangan, memang lah yang lain pun ikut. Tak salah kita sesame Islam menegur antara satu sama lain. Kalau kita tak tegur, sama je dengan kita bersubahat. Bukan ke dah dikira berdosa. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku selama ini.

Walaupun budak klang dan budak Gombak siap booo kan sekolah SMKRMM sebab Kuala Selangor budak kampung, aku bangga duduk kat Kuala Selangor. Kenapa pun kalau kitorang budak KAMPUNG? K.A.M.P.U.N.G!! At least budak kampung TAK sosial sangat macam budak Bandar. Budak kampung masih TAHU batas dan pergaulan yang dibenarkan dalam Islam. Budak kampung TAK berpegangang tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Budak kampung tahu nak jaga aurat. Budak kampung tak macam budak Bandar. Aku bangga jadi budak kampung. Walaupun budak Bandar sering memperlekehkan budak kampung, budak Bandar kena sedar diri. Dekat akhirat nanti, taraf kita semua ni sama je. Even budak Bandar ni duduk dalam kemewahan kat Bandar yang gah lagi meletop dengan Pavilion, The Curve, midvalley nya, tapi kita semua ni nanti dekat akhirat semua sama je. Takde beza pun. Yang membezakan kita Cuma amalan je.

Kenapa budak Bandar selalu pakai baju ketat2, rambut warna warni, baju tak cukup kain, berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim? Apa dekat Pavilion memang jual baju tak cukup kain ye? Atau suka sangat tayang aset kat jantan2 mata keranjang? Please lah, kita ni sesame Islam kena jaga aurat masing2. Macam yang aku cakap tadi. Mak bapak korang tak pedulikan korang ke sampai korang macam tu? Atau tak dapat kasih sayang yang cukup? Biasa lah budak Bandar kan, mak bapaknya bekerjaya. Anak dato sana,anak tan sri sini,anak tengku situ. Bertuahnya korang kan ? Tapi sayang….

Aku teringat apa yang tasha cakap masa zafirah tengah cerita kat aku pengalaman dia, katanya ‘kalau dekat Bandar kan, kalau ada 2 pasangan couple, mesti dorang akan bertukar2 awek dan pakwe. Kalau A(laki) dengan B(pmpuan), C(laki) dengan D(pmpuan), mesti A dengan D, B dengan C. Orang tak akan tahu dorang tu kaple ke kawan JE. Apa maksud dia tu? Mungkinkah berpegangan tangan? Maybe. Hmmm.. Kalau tak faham, paham2 jelah. Actually, aku rasa kesian dekat mak bapak korang tu. Dekat akhirat nanti,mesti akan dipersoalkan samada mak bapak korang tak ajar ke korang tutup aurat? Hmm.. Pity them so much. 

Zafirah ada cerita yang Kee Chin ada tanya kat dia masa diorang Nampak lelaki dan perempuan berpegangan tangan,
Kee chin : orang Islam bukan ke tak boleh berpegangan tangan kalau bukan muhrim?
Kee chin yang berbangsa cina pun boleh sedar benda tu takkan kita yang orang Islam ni tak sedar2 kot? Mana perginya kesedaran diri? Perempuan kena lah jaga maruah diri tu elok2. Jangan sampai budak lelaki anggap budak perempuan ni MURAH sebab bila budak lelaki pegang tangan perempuan,budak perempuan buat tak tahu. Lagi budak perempuan yang dipegang tangannya  suka.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka untuk berubah menjadi lebih baik.

Khusus buat para peserta kem pbsm dekat hulu Langat aritu, especially klang dan Gombak, please mind your manners. Tak usah lah perlekehkan budak kampung macam kuala Selangor ni. Kitorang sedar diri kitorang duduk kampung. Kitorang sedar diri. Kitorang budak kampung tapi kitorang tahu batasan agama. Kitorang tahu adab bergaul  dengan lelaki yang bukan muhrim. Dan jangan nak BOOO sangatlah kan dekat budak KUALA SELANGOR sebab kita ni kena SEDAR DIRI sikit yang kita semua ni berasal dari KAMPUNG. Selalu balik kampung. Bila raya balik kampung. Bila cuti balik kampung.semua kampung. Budak Bandar takkan jadi budak Bandar kalau takde kampung.  Dan walaupun kitorang tak sepandai ‘budak bandar’, kitorang tak sehavoc ‘budak bandar’ tapi kitorang BELAJAR SUBJEK PENDIDIKAN AGAMA ISLAM. Sia2 lah ustazah/ustaz ajar subjek pendidikan agama Islam tapi tak dipraktikkan. So, renung2kanlah nasihat ni. Jadikan sebagai satu pengajaran daripada cerita yang aku update ni. Kepada sesiapa yang terasa dan sentap dengan entri aku, boleh jalanlah. Aku cuma bagi nasihat dan teguran. Salah dan silap mohon diampunkan.

Yang baik, datangnya dari Allah. 
Yang buruk, datangnya dari kesalahan aku sendiri.


Salam ikhlas daripada cha b.