Friday, December 21, 2012

Thursday, December 20, 2012

Result PMR


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 
salam sayang untuk semua pembaca blog Asha . 
Asha harapkan semua orang sihat walafiat jeh yea ? Hmmm hmmm kenapa dengan title tuh erk ? Hurmmmmmm okey laaaa , Asha cerita la . Nak dengar tak Asha cerita ? 
Nak ? Mehh mehh kita berciter-citerr ehhh:D tapi cerita sedih lerrr :(

Firstly , memang berdebar-2 masa nak ambil result tu . Sedih pun ada sebab Asha takut tak dapat gembirakan hati ibu bapa Asha . Asha ada mimpi yang Asha tak dapat 8A dannnnn mimpi tu memang real . Hurmm . Takde rezeki kata orang . Asha dah usaha sehabis baik . Asha dah wat yang terbaik . Sampai hafal nota penting , dan macam2 lagi Asha wat . Tapi tu je la yang Asha mampu dapat . You know what Asha dapat berapa ? Mesti tahu kan ? Sebab sebab sebab Asha dah tweet dan update status . So mesti lah korang ada baca kan ? Perghhh , sedih siot . sebab Asha target sangat nak dapat 8A . Tapi tak dapat . Nak wat camna kan ? Takkan nak rasuah pulak kementerian pelajaran malaysia tuh ? =,= 
Gilaaaaa kot . HAHAHA --' Asha takkan pernah nak buat benda gila . Asha redha dengan keputusan Asha tuh :')

Asha dapat berapa dalam PMR ni ?

Asha dapat 3A 5B jehhhhhhh -..-
Subjek yang dapat A tuh Mathematics , Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup - Kemahiran Teknikal . 
Subjek yang dapat B pulak Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Science , Sejarah , Geografi . Maigaddd ! :O Sedih3 yang teramattttttt sangat2 . Tak sangka dapat sikit tuh jeee . Kalau setakat 3A tuh , kelas Jaya pun boleh dapat . HAHAHAHA 

Macam mana Mathematics boleh dapat A ?

Tak dinafikan selama 3 tahun Asha belajar Maths , Asha tak pernah dapat A . Sampai cikgu2 bengang sebab Asha asyik dapat D jeh . HAHAHA . D wehh ! Bukan B okengg . Memang susah nak dapat A dalam maths . Kecuali kalau budak tu pandai maths macam Adi Putra yang kecik tuh . Eh ? sukahati Asha jeh panggil dia kecik . Tak sedaq diri yang Asha ni pun kecik kemetott jeh . Whateverrr --, Asha pun memang tak sangka sangat2 boleh dapat A dalam Maths . Lain yang Asha target , lain pulak yang Asha dapat . HAHAH -,- 
Asha pandai maths ni pun last minute jeh sebenarnya . Masa trial PMR pun Asha dapat D . So  memang tak sangka . Berkat usaha Lin Hafizah , Anis Najwa , Amalina Iszati , Nurul Syazwani dan Hureen Nadhirah . Dorang semua terror maths . Dan , you know what ? Result dorang ni 7A++ . means ada yang 8A laaa . Asha jeh yang low . Big thanks all ! Thanks sangat2 sebab ajarkan Asha maths sampai Asha dapat A dalam maths . Dorang ni duduk berhampiran dengan tempat duduk Asha so , dorang ajarkan Asha . Kadang2 sampai dorang kepenatan sebabnya membebel kat Asha . Kadang2 Asha tak dengar pun . Thats why dorang ulang2 jeh . Then kene marah dengan dorang . Huhu thanks ye korang ! Dan tak dilupakan cikgu yang tak henti2 beri sokongan dan dorongan kepada Asha dalam subjek maths iaitu Teacher Seriwati . Big thanks to youu , teacher ! 

Macam mana Pendidikan Islam boleh dapat A ?

Okeyy , jujur Asha cakap , Asha tak harapkan sangat subjek ni Asha boleh dapat A sebab soalan2 nya amat lah susah sebab Asha tak hafal . memang 90% Asha tak hafal . Asha selak2 jeh . Tu yang Asha pelik tu sebab boleh dapat  A . Yang paling Asha tembak jawapannya , soalan pasal maksum tuh . apa kebenda lah tuu . Lagipun pagi tu kan subjek Bahasa Melayu so , Asha lebih fokuskan kat subjek BM . Tapi syukur alhamdulillah Asha dapat A dalam subjek ni . Kalau tak , buat malu jeh . Sebabnya kita kan orang Islam . Kalau dapat B , tak semestinya bukan orang Islam . Lagipun tak dinafikan lah soalan tahun ni memang susah . Susah teramat sangat . Anywayy , thanks to Ustazah Wan Faridah atas semua nasihat ketika Asha tengah ada masalah dan terima kasih sangat2 kepada ustazah sebab ajar Asha dalam subjek ni . Asha bersyukur sangat2 :') Asha bangga dapat A dalam subjek ni .

Macam mana boleh dapat A dalam Kemahiran Hidup - Kemahiran Teknikal ?

Haaa , yang ni amat payah sikit nak diexplain kan  sebabnya Asha memang tersangat lah tak sangka boleh dapat A dalam KH ni . Lagi2 kat bidang Teknikal ni . susah gilaaaa Asha cakap bidang teknikal ni . Sapa yang minat tu , boleh lah dapat A . Terima kasih kepada Cikgu Ayob dan Cikgu Salbiah Ramlan sebab bertungkus lumus ajarkan subjek ni . Memang pening kepala sikit kadang2 dengan perangai kelas kami ni tapi memang best ! Belajar dengan cikgu memang best sangat2 . Now tinggal kenangan je lah kan ? Asha tak jangka leh dapat A subjek ni . Tapi memang Asha mampu cakap la , paper KH memang senang sangat2 . Asha dah study betul2 subjek ni . Sampai dah nak masuk dewan pun , Asha masih pegang buku KH . Orang len dok gelabah nak masuk dewan tapi Asha selamba kodok jeh dok relaks . Dan alhamdulillah , usaha Asha berhasil :) Tak sia2 Asha fokus 100% time study KH .

Macam mana boleh dapat B dalam Bahasa Melayu ?

Bahasa Melayu Asha dapat B ? Yeapp :( Tak sangka pulak boleh dapat B . sebabnyaaaa Asha target sangat2 paper BM dapat A . #Sadlife :( Asha buat karangan tuh panjang gila kott . Sampai 4 muka surat full . Tak boleh dinafikan lah . Tapi ... mungkin swear kat bahagian novel kot . Sebab Asha hafal bagai nak rak novel Merenang Gelora . Tapi keluar dalam exam , novel Wira Persona Avatari . Asha tak dengar cakap kawan Asha . Dia kata baca semua tapi Asha ni malas sikit . Lagipun takut tak ingat law hafal semua ann ? By the wayy , thanks so much kepada Cikgu Sumiaton dan Cikgu Laily Othman sebab ajarkan subjek BM ni . Anddd , soooo sorryyyy to both of youu sebab kecewakan cikgu-cikgu :(

Macam mana boleh dapat B dalam subjek Bahasa Inggeris ?

Actually , Asha selalu dapat C dalam subjek BI ni . entah macam mana boleh dapat B pulak . Kuasa Allah , siapa yang tahu kan ? Hurmm , bagi Asha paper BI memang senang cuma Asha ni low sikit nak tulis essay bagai then wat summary la . Bab literature tu la yang paling payah sebab nya Asha tak reti nak bagi jawapan . Hurmm , bab essay tu memang senang tau tapi . . . Asha tak tahu nak olah ayat yang cantik . Asha study betol2 BI ni tapi nak wat camana kan , tak de rezeki nak dapat A . Big thanks to Sir Othman dan Sir Azhar sebab ajar Asha dalam subjek BI dan jadi mentor Asha dalam subjek ni . Sorry sangat2 sebab dah kecewakan sir . Minta maaf sangat2 :( 

Macam mana boleh dapat B dalam Sejarah ?

Asha memang tak target apa2 dalam subjek ni sebab subjek ni paling killer sekali dalam hidup . EHH ? bagi Asha jea lah . Sebab Asha ni low subjek history . Nak wat camana kan , banyak sangat fakta yang kene ingat . Pasal merdeka lah , pasal sabah dan sarawak lah dan macam2 lagi . Memang pening kepala . Asha penah kene rotan dengan Cikgu Norasmah . Alah bisa tegal biasa lah cakap orang . Dah biasa kene rotan , cubit bagai . Sakit memang sakit tapi lama2 tak sakit dah . Memang sedih sangat2 sebab dah kecewakan Cikgu Norasmah . Cikgu , I'm sorryyyy pleaseeee :( Sorry sebab kecewakan cikgu . Maaf sebab tak dapat banggakan cikgu . Terima kasih cikgu sebab penah ajarkan saya . Terima kasih sangat2 sebab cubit dan rotan saya . Walau pun saya tak berjaya dapatkan A dalam subjek ni tapi saya dah usaha bersungguh2 dan saya dah wat yang terbaik semasa menjawab peper history ni . Mungkin dah takde rezeki nak dapat A . Saya redha aje la :'(

Macam mana boleh dapat B dalam Geografi ?

Asha sedih sangat2 sebab tak dapat A dalam subjek Geo ni . paper geo ada sedikit kekeliruan semasa menjawab sebab jawapannya semua hampir sama so , mungkin Asha banyak silap pilih jawapan kot . Hurmm , sedihnya lah . Thank youu so much kat Cikgu Laily Othman dan Cikgu Hasimah sebab ajarkan subjek geo ni . Walaupun Asha tak dapat A dalam subjek ni , sekurang2nya Asha dah wat yang terbaik untuk dapatkan keputusan yang terbaik . Tak dinafikan Asha banyak wat latihan geo . Tapi keputusannya ? Mungkin belum ada rezeki Asha kan ? Sorryyy cikgu sebab saya dah kecewakan cikguu :(

Macam mana boleh dapat B dalam Science ?

Kayy , subjek ni bagi orang yang pandai2 macam budak2 kelas Asha memang mudah lah dorang jawab . You know what ? Soalannya memang kene fikir ikut logik . Asha ni pulak jenis yang tak reti fikir ikut logik . means , jawapan yang Asha bagi tu memang tak memuaskan sangat2 sebab Asha tak pandai Science . Dari sekolah rendah lagi . Tapi InsyaAllah , bila masuk form4 nanti Asha akan belajar cintakan subjek science . Kalau dari segi latihan , memang Asha ada buat banyak soalan tahun2 lepas . Ada yang Asha hafal jawapan tuh . Tapi tahun ni soalan nya memang susah sangat2 . Bagi Asha lah . Sebab Asha low science . Tapi Asha dah wat sungguh2 . Mungkin ni jelah yang Asha mampu . Terima kasih kepada Cikgu Mardiana dan Cikgu Hidayah Othman sebab ajarkan Asha subjek Science . Dan saya minta maaf teramat sangat sebab dah kecewakan cikgu . Saya dah berusaha wat yang terbaik . I'm so sorry :(

Hurmmm , tu lah ulasan kenapa kenapa dan kenapa Asha boleh dapat setakat tu jea . Asha rasa antara tu lah sebab2 kenapa Asha dapat macam tu . Asha redha :') Asha rasa Asha boleh dapat lebih baik daripada tu tapi mungkin rezeki belum berpihak pada Asha kan ?

Faktor lain kenapa Asha tak dapat lebih baik daripada tu ?

Mungkin selama ni Asha ada melawan cakap mak dan abah Asha . Kadang2 terlebih manja dan kadang2 tersakitkan hati mereka . Mungkin mereka ada terkecil hati dengan sikap dan perbuatan Asha selama 3 tahun ni . Ape pun , terima kasih mak dan abah sebab beri sokongan dan dorongan sepenuhnya semasa saya menduduki peperiksaan besar macam ni . Terima kasih dah belanjakan wang yang terlampau banyak untuk melihat kejayaan saya . Saya mintak maaf teramat sangat sebab tak dapat gembirakan hati mak dan abah . Maafkan saya sebab dah kecewakan mak dan abah . Saya minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki :'(

 Then , Asha selalu kutuk orang , maki hamun orang , tengking2 orang . Asha selalu sakitkan orang di sekeliling Asha . Paling Asha tak lupa , doa seorang hamba yang doakan Asha takkan berjaya dalam PMR ni . Walaupun masa tu Asha dah minta maaf beribu kali , mungkin hati dia masih belum ikhlas nak maafkan Asha . Takpelah mungkin keputusan yang Asha dapat ni sebagai hukuman ataupun balasan yang Asha dapat atas segala perbuatan Asha terhadap dia selama ni . Ape pun , Asha minta maaf sangat2 sebab dah sakitkan hati korang semua . Maafkan Asha pleaseee :'(

After that , Asha kadang2 tertinggal solat . Selalunya Subuh , Isyak , Asar . Sebabnya bangun lambat lah , tertidur la , tengok tv sampai tak sedar masa . Dan macam2 lagi . Mungkin selama ni Asha selalu abaikan tanggungjawab kepada Allah , selalu lengah2kan masa solat dan segala2nya . Ya Allah , ampunkanlah Asha . Selama ni Asha banyak melakukan dosa . Asha banyak sakitkan hati orang . Asha tak hormat orang tua dan semua nya , ampunilah dosaku YA ALLAH :'(

Other than that , mungkin tulisan Asha buruk sangat sampai pemeriksa kertas Asha kedekut markah . Dorang tak nak bagi Asha markah banyak . Thats why dorang bagi markah sikit . Apepun , kepada pemeriksa kertas BC021K020  , terima kasih teramat sangat sebab dah tandakan kertas saya terutamanya kertas MATHS , PENDIDIKAN ISLAM dan KEMAHIRAN HIDUP - KEMAHIRAN TEKNIKAL sebab saya dapat A dalam subjek tersebut . Kepada pemeriksa kertas BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS , SEJARAH , GEOGRAFI dan SCIENCE saya , terima kasih lah sebab dah tamak dan kedekut markah dengan saya . Jasa awak semua takkan saya lupakan :')

Dan , sebab terakhir kenapa Asha tak dapat 8A ?

Dua minggu sebelum Asha menduduki PMR , ada seorang hamba Allah yang sakitkan hati saya . Dia mengaku dia dah masuk kubur . Padahal masih terbaring menelentang atas katil asrama MRSM SERTING . yeapp , dia lah punca saya hilang fokus kat PMR . 3 hari 3 malam saya menangis bagai nak rak . Sampai baca yassin untuk dia . Saya pergi sekolah pun nangis2 . Dekat sekolah pulak , saya tak dapat fokus dalam pelajaran . Semuanya sebab dia . Saya sedih teramat sangat tahu tak ? Padahal . . . . =,= K thanks teramat sangat kepada geng dia sebab dah permainkan saya . Terima kasih sebab dah hadir  dalam hidup saya dan sakitkan hati saya . Jangan lah sakitkan hati perempuan dan kalau dia benci saya sangat2 , jangan lah tipu sampai macam ni . 

Teringin nak sangat masuk kubur ke cik abang ? 
Mohon bertaubat lah sebelum awak masuk kubur betul2 . 

Ayat ni ikhlas buat hamba Allah tu . Nak Asha mention ke ? Tak baik la pulak aibkan orang . So tak payah mention lah yea ? Kalau nak tahu , 
korang boleh PM Asha or tweet kat Asha eh ?

Terima kasih sangat2 kepada semua hamba Allah yang sudi dan pernah ajarkan Asha dalam pelajaran . Dalam 3 tahun Asha belajar , macam2 ilmu yang Asha dapat . Terima kasih kepada classmate Asha dan semua cikgu2 yang ajarkan Asha . Terima kasih teramat sangat2 . Jasa baik korang , hanya Allah yang mampu membalasnya . Kepada classmate Asha iaitu BatchKRK1997SMKRMM , thanks sebab sudi ajarkan Asha selama 3 tahun ni . Mohon jangan lupakan Asha . Asha yakin , korang takkan lupakan segala bebelan Asha dan semua perangai Asha baik atau pun buruk . Dan jangan lupakan Asha ekk ? Kalau sape2 sekelas dengan Asha , nasib korang la sebab Asha ni kuat buat bising . Teramat sangat kecoh . HAHAHA --'

NOTA KAKI : Thanks to my sister especially Kak Pika sebab ajarkan Asha maths :)

UPSR IS NOTHING , PMR IS SOMETHING , SPM IS EVERYTHING 

Sincerely , Asha

Saturday, December 15, 2012

Take Care My Dear



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh sebagai pembuka bicara . Korang sihat dak ? Kalau dak sihat tuh , makan ubat nah ? Nanti takut melarat pulok . Asha sihat2 je cuma kadang2 Asha tak sihat . Rasa sejuk semacam je . Seram pulak . Hehehe =..=

Harini Asha nak update sikit pasal orang yang Asha sayang . Memang sweet , memang indah n memang moment yang sangat bahagia dalam hidup Asha bila ada seseorang yang boleh menjadi tempat kita meluahkan perasaan , tempat kita bermanja-manja , tempat kita bergaduh dan lain2 lagi . First of all , Asha nak cerita pasal si dia . Siapakah si dia itu ? Boyfriend Asha kah ? Atau teman tapi mesra je ? Okeyh , Si Dia tu namanya Azril . Hensem tak ? Hensem tak ? Bagi Asha , dia memang hensem di mata Asha . 

Tentang Azril yang Asha boleh bagitahu dia bekas pelajar MRSM Serting , berumur 17 tahun pada 2012 serta beliau lahir pada 15 Mei 1995 dan beliau ada 4 orang adik beradik , 2 lelaki dan dua perempuan . Idola beliau ialah Nabi Muhammad SAW . Kegemaran kami sama iaitu kami suka minum hot chocolate drink . So sweet right sayang ?

'Macam mana korang boleh mula kenal ?'

Mula2 kitorang kenal secara tak disengajakan . Tapi memang jujur Asha boleh ceritakan  , di saat Asha tengah rapuh , kecewa , sedih , dia datang kepada Asha . Dia temankan Asha . Dia jadi tempat Asha meluahkan perasaan . Dia bagi Asha kekuatan . Dia bagi Asha semangat . N Asha bersyukur sangat dengan kehadiran dia , Asha bertambah kuat , tabah menghadapi semua dugaan yang mendatang . Alhamdulillah , hubungan kitorang dah 3 bulan sehinggalah sekarang . Semuanya berkat kesabaran dia melayan segala karenah Asha yang kadang2 ni diluar jangkaan seperti tak nak reply text , merajuk dan sebagainya . Kalau korang nak tahu , Asha ni memang kuat merajuk teramat sangat dan dia lah yang akan pujuk Asha sampai lah Asha cair hati dengan pujukan dia tu >,<

'Azril orang yang macam mana ?'

Dia ni seorang yang sangat manja , sangat caring , sangat periang , sangat penyayang , sangat ngada2 --' , sangat sweet dan sangat sangat sangat lah romantiks . Errrrrr =,= romantik yang macam mana tuh ? Romantik la . Kalau tak faham sangat , korang try couple dan tanya lah pasangan korang macam mana nak romantik *tutup muka* Hahaha confirm pasangan korang akan jadi romantik punya lah . Macam suami isteri . Eh ? Hahaha forget it --' Lagi tentang dia ni , dia ni anak mak . Yep , mestilah manja2 dengan mak kan ? Asha pun sama . Asha ni boleh dikategorikan sebagai anak manja plus anak ngada2 . Semua orang cakap Asha anak manja . Ehh , SO WHAT ?!! Asha dengan Azril macam ada jodoh pulak kan ? Aminn . Sebab apa Asha cakap kami ada jodoh ? Nak tahu tak ??? Asha ni anak bongsu dan dan dia anak sulung . Haa! Macam ada jodoh pulak kan ? *angguk kepala* hehehehe 

'Asha sayang dia tak ?'

Asha sayang dia sangat2 , teramat sangat dan tersangat-sangat sayangkan dia . Kalau boleh Asha tak nak kehilangan dia . Asha nak kahwin dengan dia , Asha nak kahwin dengan dia . K gatal ! =,= Tapi , Asha tak yakin dapat jadi yang terbaik untuk dia . Asha tak sempurna . Asha tak cantik , Asha tak lawa , Asha pendek dan sebagainya . Mungkin mak dan ayah dia takkan terima Asha . Maybe . Ha tapi Asha tak  berharap sangat pun sebab takut dikecewakan. Lagipun kalau dah takde jodoh , Asha terima dengan redha je kalau dia bukan jodoh Asha . Dan kalau dia bukan jodoh Asha , Asha harap dia bahagi dengan orang yang dia sayang dan dia cintai pada masa akan datang :)

Asha selalu menangis kenapa ?

Lately ni Asha dah banyak menangis menangis lagi dan lagi . Sebab apa ? Sebab Azril nak tinggalkan Asha . Hurmm , sedih , pilu sangat2 hati Asha . Bukan dia nak tinggalkan Asha tapi sebab dia nak pergi PLKN 3 Januari 2013 ni . Ya Allah , lagi dua minggu . Lagi dua minggu je kami dapat bersama2 , dapat bermanja2 lepastu mungkin dah tak dapat dah sebab sebab mungkin dia akan ada awek baru . Mungkin dia akan bahagia dengan orang lain . Ya Allah *lap air mata* . Tapi , Asha tetap tabahkan hati . Asha cuba cuba dan cuba tabahkan hati Asha ni . Asha tak nak rapuh . Asha takut tak kuat . Sebab Asha dah banyak menangis sejak kebelakangan ni . Mula2 sebab Naqib , Wan Syafiq dan sekarang ni Azril . Asha sayang Azril sangat2 . Memang tak dinafikan lah . Lama2 orang yang Asha sayang tinggalkan Asha . Mungkin dugaan Asha kan ?

Apa ucapan Asha dekat my sayang a.k.a my beruangmocel ?
Azril , jaga diri baik2 masa kat sana nanti . Jangan menggatal , jangan pandang perempuan lain . Dan tolong setia dengan saya . Insyaallah , saya setia dengan awak sayang . Awak tolong jaga solat awak . Jangan tinggal solat okay sayang ? Dan kalau awak ada masa rehat , tolong hubungi saya . Jangan hilangkan nombor telefon saya . Saya nak awak tahu , setiap masa , setiap detik saya tetap doakan kesejahteraan awak . Semoga awak sentiasa sihat dan semoga awak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM . Saya nak sangat tengok awak berjaya . Dan kalau awak dah ada saving nanti , cepat2 lah lamar saya . Heee :) Hope sangat Allah pertemukan jodoh kita supaya kita dapat hidup bersama sehingga ke akhir hayat . Amin :) Saya nak awak tahu , saya sayang dan cintakan awak sangat2 , teramat sangat dan tersangat2 . Okay sayang , jaga diri baik2 . Ingat Allah selalu walau dimana jua pun awak berada . Jadilah seorang insan yang berguna dimasa hadapan .

WHATEVER  HAD HAPPEN , YOU ARE STILL MY LOVE AT MY DEEPEN HEART , SAYANG 

Sincerely , Asha  

Happy Belated Birthday



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua .
Hari ni Asha nak update entry tentang Happy Birthday . Birthday siapakah ? Birthday Asha kah ? Nak tahu siapa ? Let's check it out !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hari Lahir Abah : 15 Disember 1947 (65 tahun)

Hari Lahir Ibu : 26 Disember 1955 (57 tahun)
Korang nampak tak gambar abah dan ibu kesayangan Asha ? Asha sayang mereka sangat2 . InsyaAllah , Asha akan belajar dengan bersungguh2 . Asha akan raih kejayaan yang cemerlang . Asha akan buat yang terbaik dalam hidup . Asha mahu menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang . Asha nak balas jasa mereka . Asha nak gembirakan hati mereka . Asha tak nak tengok mereka kecewa dengan Asha . Kalau boleh setiap detik Asha nak tengok wajah kegembiraan dengan penuh senyuman yang terpancar pada wajah mereka . Asha nak mereka bangga dapat anak yang berjaya . Asha tak sanggup nak sakiti hati mereka . 

Ibu , Abah , ampunkan Asha kalau selama Asha hidup ni , Asha dah banyak buat dosa . Kalau Asha banyak buat salah dan silap , mohon ibu dan abah ampunkan lah segalanya . Halalkan segala makan minum Asha selama Asha hidup . Kalau ada Asha lukakan hati ibu dan abah , mohon ibu dan abah ikhlaskan lah . 

Asha nak ucapkan 



Semoga abah dan ibu dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , dilimpahkan rahmat dan dilindungi Allah darpada segala kejahatan dan mala petaka serta bala bencana . Semoga hidup ibu dan abah diberkati dan dirahmati Allah .

Sincerely . Asha 

Hot Tips


Assalamualakumwarahmatullahiwabarakatuh . Entry kali ini simple je . 
Korang cuma perlu baca je . Tak perlu runsingkan kepala korang . Just relax n calm down . 

Asha nak kongsikan beberapa tips yang boleh dimanfaatkan :

 Nanas Atasi Kulit Sisik
 Strawberi Kilaukan Rambut
 Avokado Tingkatkan Tekstur Kulit
 Nanas , Limau Atasi Kelemumur
 Masker Untuk Kulit Berminyak
 Lulur Kopi Putihkan Kulit
 Cegah Rambut Uban
 Berkilau Untuk Ke Pesta
 Rahsia Kulit Lembut
 Pemerah Pipi Buatan Sendiri
 Rawat Rambut Dengan Minyak Panas
 Wajah Tegang Dengan Lidah Buaya
 Kulit Bercahaya Dengan Santan
 Pengilat Bibir Buatan Sendiri
 Lemon Atasi Siku Hitan Dan Kasar
 Avokado Untuk Kulit Kepala Sihat
 Timun Atasi Masalah Ketiak
 Protein Untuk Rambut
 Kulit Lembut Dengan Masker Buah
 Pisang Cerahkan Wajah
 Mata Segar Dengan Timun
 Usir Selulit Dengan Kopi
 Masker Madu Lembutkan Wajah
 Gula Cerahkan Wajah
 Lemon Pencerah Wajah
 Atasi Urat Timbul
 Chamomile Redakan Mata Penat
 Masker Wajah Untuk Kulit Kombinasi
 Masker Untuk Rambut Berkilau
 Limau Nipis Rawat Kaki
 Serbuk Penail Untuk Kulit Mengelupas
 Kiwi Pembersih Wajah
 Atasi Kulit Terbakar
 Wajah Putih Dengan Nanas
 Gandum Atasi Wajah Terbakar
 Wajah Halus Dengan Madu
 Hindari Kedut Dengan Kuning Telur
 Masker Untuk Rambut Rosak
 Oatmeal Untuk Scrub Wajah
 Cara Rawat Jerawat
 Rahsia Tangan Lembut Dan Halus
 Cara Cegah Jerawat
 Susu Kekalkan Rambut Lurus
 Bijak Menjaga Rambut
 Senaman Wajah Hilangkan Kedutan
 Rawat Kulit Sekitar Mata
 Rambut Bersinar Tanpa Produk Perawatan
 Jenis Sikat Mengikut Bentuk
 Rambut Sihat Walaupun Bertudung
 Elak Pembayang Mata Pudar
 Alihkan Rasa Lapar
 Luqmanul Hakim
 Imam Syafie
 Sahabat Nabi Muhammad SAW
 Air Zam-zam
 Pemakanan Yang Merangsang Otak Pintar
 Menguatkan Otak Kanan
 Waktu Mustajab Berdoa
 Adab Berdoa
 Berdoa Sangat Penting Dalam Kehidupan
 Mencegah Bau Kaki
 Atasi Masalah Rambut Berbau
 Wanita Bergaya Wajib Ada
 Kempiskan Perut
 Pengurusan Masa Berkesan
 Perangkap Wang
 Belajar Menguruskan Wang
 Lindungi Privasi Diri
 Stail Sukan
 Gilap Gaya Lelaki
 Tips&Trik Diet Sihat
 Cara Pembelajaran Yang Berkesan
 Tips Agar Tidak Sihat