Thursday, December 20, 2012

Result PMR


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 
salam sayang untuk semua pembaca blog Asha . 
Asha harapkan semua orang sihat walafiat jeh yea ? Hmmm hmmm kenapa dengan title tuh erk ? Hurmmmmmm okey laaaa , Asha cerita la . Nak dengar tak Asha cerita ? 
Nak ? Mehh mehh kita berciter-citerr ehhh:D tapi cerita sedih lerrr :(

Firstly , memang berdebar-2 masa nak ambil result tu . Sedih pun ada sebab Asha takut tak dapat gembirakan hati ibu bapa Asha . Asha ada mimpi yang Asha tak dapat 8A dannnnn mimpi tu memang real . Hurmm . Takde rezeki kata orang . Asha dah usaha sehabis baik . Asha dah wat yang terbaik . Sampai hafal nota penting , dan macam2 lagi Asha wat . Tapi tu je la yang Asha mampu dapat . You know what Asha dapat berapa ? Mesti tahu kan ? Sebab sebab sebab Asha dah tweet dan update status . So mesti lah korang ada baca kan ? Perghhh , sedih siot . sebab Asha target sangat nak dapat 8A . Tapi tak dapat . Nak wat camna kan ? Takkan nak rasuah pulak kementerian pelajaran malaysia tuh ? =,= 
Gilaaaaa kot . HAHAHA --' Asha takkan pernah nak buat benda gila . Asha redha dengan keputusan Asha tuh :')

Asha dapat berapa dalam PMR ni ?

Asha dapat 3A 5B jehhhhhhh -..-
Subjek yang dapat A tuh Mathematics , Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup - Kemahiran Teknikal . 
Subjek yang dapat B pulak Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Science , Sejarah , Geografi . Maigaddd ! :O Sedih3 yang teramattttttt sangat2 . Tak sangka dapat sikit tuh jeee . Kalau setakat 3A tuh , kelas Jaya pun boleh dapat . HAHAHAHA 

Macam mana Mathematics boleh dapat A ?

Tak dinafikan selama 3 tahun Asha belajar Maths , Asha tak pernah dapat A . Sampai cikgu2 bengang sebab Asha asyik dapat D jeh . HAHAHA . D wehh ! Bukan B okengg . Memang susah nak dapat A dalam maths . Kecuali kalau budak tu pandai maths macam Adi Putra yang kecik tuh . Eh ? sukahati Asha jeh panggil dia kecik . Tak sedaq diri yang Asha ni pun kecik kemetott jeh . Whateverrr --, Asha pun memang tak sangka sangat2 boleh dapat A dalam Maths . Lain yang Asha target , lain pulak yang Asha dapat . HAHAH -,- 
Asha pandai maths ni pun last minute jeh sebenarnya . Masa trial PMR pun Asha dapat D . So  memang tak sangka . Berkat usaha Lin Hafizah , Anis Najwa , Amalina Iszati , Nurul Syazwani dan Hureen Nadhirah . Dorang semua terror maths . Dan , you know what ? Result dorang ni 7A++ . means ada yang 8A laaa . Asha jeh yang low . Big thanks all ! Thanks sangat2 sebab ajarkan Asha maths sampai Asha dapat A dalam maths . Dorang ni duduk berhampiran dengan tempat duduk Asha so , dorang ajarkan Asha . Kadang2 sampai dorang kepenatan sebabnya membebel kat Asha . Kadang2 Asha tak dengar pun . Thats why dorang ulang2 jeh . Then kene marah dengan dorang . Huhu thanks ye korang ! Dan tak dilupakan cikgu yang tak henti2 beri sokongan dan dorongan kepada Asha dalam subjek maths iaitu Teacher Seriwati . Big thanks to youu , teacher ! 

Macam mana Pendidikan Islam boleh dapat A ?

Okeyy , jujur Asha cakap , Asha tak harapkan sangat subjek ni Asha boleh dapat A sebab soalan2 nya amat lah susah sebab Asha tak hafal . memang 90% Asha tak hafal . Asha selak2 jeh . Tu yang Asha pelik tu sebab boleh dapat  A . Yang paling Asha tembak jawapannya , soalan pasal maksum tuh . apa kebenda lah tuu . Lagipun pagi tu kan subjek Bahasa Melayu so , Asha lebih fokuskan kat subjek BM . Tapi syukur alhamdulillah Asha dapat A dalam subjek ni . Kalau tak , buat malu jeh . Sebabnya kita kan orang Islam . Kalau dapat B , tak semestinya bukan orang Islam . Lagipun tak dinafikan lah soalan tahun ni memang susah . Susah teramat sangat . Anywayy , thanks to Ustazah Wan Faridah atas semua nasihat ketika Asha tengah ada masalah dan terima kasih sangat2 kepada ustazah sebab ajar Asha dalam subjek ni . Asha bersyukur sangat2 :') Asha bangga dapat A dalam subjek ni .

Macam mana boleh dapat A dalam Kemahiran Hidup - Kemahiran Teknikal ?

Haaa , yang ni amat payah sikit nak diexplain kan  sebabnya Asha memang tersangat lah tak sangka boleh dapat A dalam KH ni . Lagi2 kat bidang Teknikal ni . susah gilaaaa Asha cakap bidang teknikal ni . Sapa yang minat tu , boleh lah dapat A . Terima kasih kepada Cikgu Ayob dan Cikgu Salbiah Ramlan sebab bertungkus lumus ajarkan subjek ni . Memang pening kepala sikit kadang2 dengan perangai kelas kami ni tapi memang best ! Belajar dengan cikgu memang best sangat2 . Now tinggal kenangan je lah kan ? Asha tak jangka leh dapat A subjek ni . Tapi memang Asha mampu cakap la , paper KH memang senang sangat2 . Asha dah study betul2 subjek ni . Sampai dah nak masuk dewan pun , Asha masih pegang buku KH . Orang len dok gelabah nak masuk dewan tapi Asha selamba kodok jeh dok relaks . Dan alhamdulillah , usaha Asha berhasil :) Tak sia2 Asha fokus 100% time study KH .

Macam mana boleh dapat B dalam Bahasa Melayu ?

Bahasa Melayu Asha dapat B ? Yeapp :( Tak sangka pulak boleh dapat B . sebabnyaaaa Asha target sangat2 paper BM dapat A . #Sadlife :( Asha buat karangan tuh panjang gila kott . Sampai 4 muka surat full . Tak boleh dinafikan lah . Tapi ... mungkin swear kat bahagian novel kot . Sebab Asha hafal bagai nak rak novel Merenang Gelora . Tapi keluar dalam exam , novel Wira Persona Avatari . Asha tak dengar cakap kawan Asha . Dia kata baca semua tapi Asha ni malas sikit . Lagipun takut tak ingat law hafal semua ann ? By the wayy , thanks so much kepada Cikgu Sumiaton dan Cikgu Laily Othman sebab ajarkan subjek BM ni . Anddd , soooo sorryyyy to both of youu sebab kecewakan cikgu-cikgu :(

Macam mana boleh dapat B dalam subjek Bahasa Inggeris ?

Actually , Asha selalu dapat C dalam subjek BI ni . entah macam mana boleh dapat B pulak . Kuasa Allah , siapa yang tahu kan ? Hurmm , bagi Asha paper BI memang senang cuma Asha ni low sikit nak tulis essay bagai then wat summary la . Bab literature tu la yang paling payah sebab nya Asha tak reti nak bagi jawapan . Hurmm , bab essay tu memang senang tau tapi . . . Asha tak tahu nak olah ayat yang cantik . Asha study betol2 BI ni tapi nak wat camana kan , tak de rezeki nak dapat A . Big thanks to Sir Othman dan Sir Azhar sebab ajar Asha dalam subjek BI dan jadi mentor Asha dalam subjek ni . Sorry sangat2 sebab dah kecewakan sir . Minta maaf sangat2 :( 

Macam mana boleh dapat B dalam Sejarah ?

Asha memang tak target apa2 dalam subjek ni sebab subjek ni paling killer sekali dalam hidup . EHH ? bagi Asha jea lah . Sebab Asha ni low subjek history . Nak wat camana kan , banyak sangat fakta yang kene ingat . Pasal merdeka lah , pasal sabah dan sarawak lah dan macam2 lagi . Memang pening kepala . Asha penah kene rotan dengan Cikgu Norasmah . Alah bisa tegal biasa lah cakap orang . Dah biasa kene rotan , cubit bagai . Sakit memang sakit tapi lama2 tak sakit dah . Memang sedih sangat2 sebab dah kecewakan Cikgu Norasmah . Cikgu , I'm sorryyyy pleaseeee :( Sorry sebab kecewakan cikgu . Maaf sebab tak dapat banggakan cikgu . Terima kasih cikgu sebab penah ajarkan saya . Terima kasih sangat2 sebab cubit dan rotan saya . Walau pun saya tak berjaya dapatkan A dalam subjek ni tapi saya dah usaha bersungguh2 dan saya dah wat yang terbaik semasa menjawab peper history ni . Mungkin dah takde rezeki nak dapat A . Saya redha aje la :'(

Macam mana boleh dapat B dalam Geografi ?

Asha sedih sangat2 sebab tak dapat A dalam subjek Geo ni . paper geo ada sedikit kekeliruan semasa menjawab sebab jawapannya semua hampir sama so , mungkin Asha banyak silap pilih jawapan kot . Hurmm , sedihnya lah . Thank youu so much kat Cikgu Laily Othman dan Cikgu Hasimah sebab ajarkan subjek geo ni . Walaupun Asha tak dapat A dalam subjek ni , sekurang2nya Asha dah wat yang terbaik untuk dapatkan keputusan yang terbaik . Tak dinafikan Asha banyak wat latihan geo . Tapi keputusannya ? Mungkin belum ada rezeki Asha kan ? Sorryyy cikgu sebab saya dah kecewakan cikguu :(

Macam mana boleh dapat B dalam Science ?

Kayy , subjek ni bagi orang yang pandai2 macam budak2 kelas Asha memang mudah lah dorang jawab . You know what ? Soalannya memang kene fikir ikut logik . Asha ni pulak jenis yang tak reti fikir ikut logik . means , jawapan yang Asha bagi tu memang tak memuaskan sangat2 sebab Asha tak pandai Science . Dari sekolah rendah lagi . Tapi InsyaAllah , bila masuk form4 nanti Asha akan belajar cintakan subjek science . Kalau dari segi latihan , memang Asha ada buat banyak soalan tahun2 lepas . Ada yang Asha hafal jawapan tuh . Tapi tahun ni soalan nya memang susah sangat2 . Bagi Asha lah . Sebab Asha low science . Tapi Asha dah wat sungguh2 . Mungkin ni jelah yang Asha mampu . Terima kasih kepada Cikgu Mardiana dan Cikgu Hidayah Othman sebab ajarkan Asha subjek Science . Dan saya minta maaf teramat sangat sebab dah kecewakan cikgu . Saya dah berusaha wat yang terbaik . I'm so sorry :(

Hurmmm , tu lah ulasan kenapa kenapa dan kenapa Asha boleh dapat setakat tu jea . Asha rasa antara tu lah sebab2 kenapa Asha dapat macam tu . Asha redha :') Asha rasa Asha boleh dapat lebih baik daripada tu tapi mungkin rezeki belum berpihak pada Asha kan ?

Faktor lain kenapa Asha tak dapat lebih baik daripada tu ?

Mungkin selama ni Asha ada melawan cakap mak dan abah Asha . Kadang2 terlebih manja dan kadang2 tersakitkan hati mereka . Mungkin mereka ada terkecil hati dengan sikap dan perbuatan Asha selama 3 tahun ni . Ape pun , terima kasih mak dan abah sebab beri sokongan dan dorongan sepenuhnya semasa saya menduduki peperiksaan besar macam ni . Terima kasih dah belanjakan wang yang terlampau banyak untuk melihat kejayaan saya . Saya mintak maaf teramat sangat sebab tak dapat gembirakan hati mak dan abah . Maafkan saya sebab dah kecewakan mak dan abah . Saya minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki :'(

 Then , Asha selalu kutuk orang , maki hamun orang , tengking2 orang . Asha selalu sakitkan orang di sekeliling Asha . Paling Asha tak lupa , doa seorang hamba yang doakan Asha takkan berjaya dalam PMR ni . Walaupun masa tu Asha dah minta maaf beribu kali , mungkin hati dia masih belum ikhlas nak maafkan Asha . Takpelah mungkin keputusan yang Asha dapat ni sebagai hukuman ataupun balasan yang Asha dapat atas segala perbuatan Asha terhadap dia selama ni . Ape pun , Asha minta maaf sangat2 sebab dah sakitkan hati korang semua . Maafkan Asha pleaseee :'(

After that , Asha kadang2 tertinggal solat . Selalunya Subuh , Isyak , Asar . Sebabnya bangun lambat lah , tertidur la , tengok tv sampai tak sedar masa . Dan macam2 lagi . Mungkin selama ni Asha selalu abaikan tanggungjawab kepada Allah , selalu lengah2kan masa solat dan segala2nya . Ya Allah , ampunkanlah Asha . Selama ni Asha banyak melakukan dosa . Asha banyak sakitkan hati orang . Asha tak hormat orang tua dan semua nya , ampunilah dosaku YA ALLAH :'(

Other than that , mungkin tulisan Asha buruk sangat sampai pemeriksa kertas Asha kedekut markah . Dorang tak nak bagi Asha markah banyak . Thats why dorang bagi markah sikit . Apepun , kepada pemeriksa kertas BC021K020  , terima kasih teramat sangat sebab dah tandakan kertas saya terutamanya kertas MATHS , PENDIDIKAN ISLAM dan KEMAHIRAN HIDUP - KEMAHIRAN TEKNIKAL sebab saya dapat A dalam subjek tersebut . Kepada pemeriksa kertas BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS , SEJARAH , GEOGRAFI dan SCIENCE saya , terima kasih lah sebab dah tamak dan kedekut markah dengan saya . Jasa awak semua takkan saya lupakan :')

Dan , sebab terakhir kenapa Asha tak dapat 8A ?

Dua minggu sebelum Asha menduduki PMR , ada seorang hamba Allah yang sakitkan hati saya . Dia mengaku dia dah masuk kubur . Padahal masih terbaring menelentang atas katil asrama MRSM SERTING . yeapp , dia lah punca saya hilang fokus kat PMR . 3 hari 3 malam saya menangis bagai nak rak . Sampai baca yassin untuk dia . Saya pergi sekolah pun nangis2 . Dekat sekolah pulak , saya tak dapat fokus dalam pelajaran . Semuanya sebab dia . Saya sedih teramat sangat tahu tak ? Padahal . . . . =,= K thanks teramat sangat kepada geng dia sebab dah permainkan saya . Terima kasih sebab dah hadir  dalam hidup saya dan sakitkan hati saya . Jangan lah sakitkan hati perempuan dan kalau dia benci saya sangat2 , jangan lah tipu sampai macam ni . 

Teringin nak sangat masuk kubur ke cik abang ? 
Mohon bertaubat lah sebelum awak masuk kubur betul2 . 

Ayat ni ikhlas buat hamba Allah tu . Nak Asha mention ke ? Tak baik la pulak aibkan orang . So tak payah mention lah yea ? Kalau nak tahu , 
korang boleh PM Asha or tweet kat Asha eh ?

Terima kasih sangat2 kepada semua hamba Allah yang sudi dan pernah ajarkan Asha dalam pelajaran . Dalam 3 tahun Asha belajar , macam2 ilmu yang Asha dapat . Terima kasih kepada classmate Asha dan semua cikgu2 yang ajarkan Asha . Terima kasih teramat sangat2 . Jasa baik korang , hanya Allah yang mampu membalasnya . Kepada classmate Asha iaitu BatchKRK1997SMKRMM , thanks sebab sudi ajarkan Asha selama 3 tahun ni . Mohon jangan lupakan Asha . Asha yakin , korang takkan lupakan segala bebelan Asha dan semua perangai Asha baik atau pun buruk . Dan jangan lupakan Asha ekk ? Kalau sape2 sekelas dengan Asha , nasib korang la sebab Asha ni kuat buat bising . Teramat sangat kecoh . HAHAHA --'

NOTA KAKI : Thanks to my sister especially Kak Pika sebab ajarkan Asha maths :)

UPSR IS NOTHING , PMR IS SOMETHING , SPM IS EVERYTHING 

Sincerely , Asha