Saturday, February 21, 2015

SUKA DUKA PAHIT MANIS MILLENNIUM




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia! MALAYSIA BOLEH! Heeee....tetiba teringat kat PLKN. Hurmm... So, today aku nak cerita pasal PLKN. Dari mula sampai habis...
 Mualanya jujur aku katakan, aku tak suka PLKN. Benci PLKN. Tak nak masuk PLKN. Tapi... akhirnya.. aku boleh katakan..

AKU SUKA PLKN.
AKU RINDU PLKN.
AKU SAYANG PLKN.
AKU NAK MASUK LAGI PLKN.
AKU TAK NAK KELUAR DARI PLKN.

Tapi semua tu...cuma tinggal kenangan. Sepanjang aku menginap dan menjadi pelatih PLKN MILLENNIUM, Beranang, aku bersyukur kerana aku terpilih menjadi salah seorang pelatih daripada 420 orang pelatih kalau tak silap aku. Bukan senang. Nyaris nak tangguh ..tapi disebabkan aku dah beli barang2 masa tu..aku pun nekad nak TEMPUHI segala cabaran dan pahit getir PLKN.

PENDAFTARAN


Nampak tak muka aku yang baru lepas menangis? Sebelum pergi aku menangis, masa dalam kereta pun aku menangis, sampai kat sana aku menangis, lepas aku naik bas pun aku menangis. 


#JanganTanyaKenapaAkuPendek

Mulanya, aku nak menangis. Sebab sampainya aku kat sana, aku takde kawan. Seriously rasa bosan sangat takde kawan, Tapi..aku sabar. Aku cuba bertahan. Dalam hati aku terfikir, sampai bila aku nak harapkan kawan? Bilanya aku nak belajar berdikari? Kalau suatu hari nanti aku sorang2, macam mana aku nak hidup? Semua tu terbayang di fikiran aku. Sedih bila teringat balik. Tapi, semua tu dah pun aku lalui. Masa aku makan, aku sorang2, masa aku nak pegi mana pun aku sorang. Takde sapa tegur aku. Aku pun malas nak tegur. 

PENEMPATAN DORM

Kat sana aku buat semuanya sendiri. Yelah, masuk PLKN kan kena berdikari. Of course lah semuanya buat sendiri. Sampai je sana, semua pelatih kena timbang dan segala macam benda la semasa sesi pendaftaran tu. Mintak itu ini, serah borang itu ini dan macam2 lagi lah. Dan...sesi penempatan dorm bermula. Masa aku mula2 masuk dorm, cikgu tempatkan aku kat dorm C. Bila aku masuk je dorm tu, aku taktau nak duk kat katil mana. Sebab semuanya dah penuh. Aku cop lah katil paling tepi sekali. Sebab aku taktau nak duk kat katil mana. Sedih sangat aku rasa masa tu sebab aku terkejut dan tak sangka locker sekecil tu. Aku tak pernah duk asrama so aku tak tahu rupa locker tu macam mana, 


Macam ni lah rupa katil dan locker aku. Mula2 aku duk tepi sekali. Maksudnya, aku duk sebelah tempat menggosok. Tapi..lepas 3 hari tu Cikgu Nor suruh tukar kedudukan katil. Cikgu suruh katil ikut nombor indeks. Btw, nombor indeks aku CP20. Nombor keramat aku kat sana. 


Nampak tak locker aku berconteng? Bukan aku conteng kayyy? -.-

SHOPPING DI LOGISTIK

Kat sana awal2 masuk kat PLKN, semua orang akan kena beratur pergi ke Logsitik untuk SHOPPING! Kau ingat shopping apa? Alahai....sah2 lah shopping baju dan semua barang2 keperluan yang perlu dipakai semasa menjadi pelatih kem PLKN Millennium. Masa tu pakai baju bebas tau. Tapi masa tu aku tak bawak henset lagi. So, Tak de lah gambar. Hahahaha


Ni lahhh baju loreng. Opss...full loreng maksud aku. Barang2 yang dapat PLKN memang banyak. Sampai 3 hari kot nak ambil barang2 ni. Tak cukup tangan. Banyak gila! Dan berat! Tapi...sabar ajelahhh.. HAHA! Baju ni dipakai masa kawad, masa perbarisan penutupan. Dan....semua tu hanya tinggal kenangan. K abaikan. 

LAWATAN KELUARGA

Minggu pertama aku menginap di sana, parents aku datang. Dengan pakai baju kelas, seriously aku rasa rimas gilaaaaaa. Tapi nak wat cam na kan, dah rules PLKN memang macam tu so semua pelatih wajib patuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan sejak azali lagi. HAHAHA! Asal skema sangat? Minggu pertama mak aku datang bawak lontong dan sambal sotong. Perghhhh delicious wehhh...tapi masa tu aku tak bawak kamera lagi. So, sad ahh tak dapat tangkap gambar. 

KELAS PEMBINAAN KARAKTER, KELAS PEKERTI, 
KELAS KENEGARAAN 
DAN KELAS INTEGRASI






Inilahh rupa bilik kuliah yang ada di millennium. Meh aku cerita sikit. 
Masa kelas pembinaan karakter, aku tersenarai dalam PK6 dan aku rasa macam.....kenapa takde kawan ni? sedih ah gak an. ada lah budak satu dorm aku yang sama dengan aku tapi dorang dah ada kawan sendiri pastu dorang macam berlagak lah sikit, so aku pun sensorang. itsokayyy lahhh. takde kawan pun takpe. 
dalam kelas tu, aku risausatu group dengan budak2 yang aku tak suka. masa sesi pembahagian kumpulan ikut nombor dari 1 sampai 6, ramai yang mintak tukar. Aku dapat nombor 2 kalau tak silap. dan alhamdulillah, aku satu group dengan budak2 yang aku masih belum kenal siapa dorang lagi. Lepastu ada sesi kenal2. Yang sama group dengan aku namanya, Najiah Najaa. Dia ni lawa orangnya. Dia stay kat Banting. Dia baik. Masa mula2 tu rasa kekok jugak nak tegur dia sebab muka dia ni nampak macam orang yang memilih kawan tapi sebenarnya dia bukan macam tu. Izzatun Nisa' dan Julias Tay pun sama. Nisa' ni seorang yang peramah. dia suka bercerita dan memang best kawan dengan dia. Even Julias ni satu dorm dengan aku, tapi aku tak rapat dengan dia. Budak dorm aku ramai yang tak kawan dengan aku. Cina pun sama. Masing2 dah ada geng sendiri lepas tu sombong dengan aku. K sokayyy lahhh.. Abaikan pasal dorang. Yang satu group namanya Johan atau nama panggilannya Roy, Aqil, Hussaini, Pua Jun Ming, Wafiyr dan sapa lagi entah. Serious aku cakap group aku ni walaupun krik krik je tapi aku bersyukur sangat sebab satu group dengan korang.

 Dlm kls kenegaraan, serius aku cakap tak best. sebab aku satu group dengan budak yang semuanya berlagak, yelah dorang semua lawa, tinggi lepastu kerjanya mengutuk aku je. aku paling tak leh lupa masa ada aktiviti Perisai Zaman, Iymah dengan Shamira mengutuk aku sebab aku paling tak aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan. Eh kau fikirlah, kalau dah asyik muka dorang je yang keliling bulatan tu, cam ne aku nak aktifkan diri, cuba bagi chance kat orang lain. Bila ada masa tu aku baru rela nak jadi tebusan, cikgu tak bagi aku jadi tebusan. cikgu tarik Iymah. Dan aku masih selamat dalam game tu. Last sekali bila yang masih selamat kena pecahkan kod rahsia yang semua dapat tiap sudah selesaikan tugasan atau game yang diberi. Semua blur2 je. Dan akhirnya, aku cuba nak fahamkan apa benda. Last2 aku baca kod tu dari atas sampai bawah akhirnya selesai jugak. Akhirnya aku rasa bangga jugak walaupun takde sapa hargai tapi bagi aku, aku dah cuba buat dan usaha apa yang aku mampu dan selebihnya aku berserah kepada Allah. Dalam kelas tu jugak, aku satu group dengan Aina. Serious aku tak suka dia jugak. Sebab dia tu sama macam Iyma suka sangat kuasai semua benda. Bagilah chance kat orang lain untuk merasa setiap aktiviti yang dilakukan. Jangan jadi gila kuasa boleh tak? Dalam kelas tu jugak aku mula kenal Masturinah Batrisyia. Dia ni orang Sarawak. Dia ni baik sangat. Seriously aku akan rindu kau Isyiaaaaa!

Dalam kelas Integrasi pulak, sama kekal dengan kelas kenegaraan. belajar pasal keagamaan, kebudayaan dan peranan lelaki dan perempuan. semuanya best dan aku rasa bertuah sangat dapat belajar semua tu yang selama ni aku tak pernah tahu pon adat resam dan budaya kaum dan agama lain. terima kasih sangat2 dekat plkn sebab wujudkan kelas2 yang sangat berguna ni. dalam kelas integrasi aku satu group dengan Ching. Budak dorm G. dia ni baik sangat dengan aku. 


kelakar kan aku pakai baju kelas?

MENTOR MENTEE 

Mentor mentee pulak, cikgu dorm aku yang jadi mentor aku. nama dia Cikgu Norasikin kalau tak silap aku nama penuh dia. sebab aku tak rapat dengan cikgu dorm aku. dia rapat dengan budak2 dorm aku yang lawa2 je. haha k abaikan. mentor mentee ni tujuannya nak rapatkan hubungan silaturahim antara cikgu dan pelatih. aktiviti yang dijalankan cuma aktiviti ice breaking iaitu sesi suai kenal. ala, tulis biodata ke apa macam tu. and then cerita pasal kisah hidup dan rahsia. lebih kurang macam tu lah. okay lah cerita pasal benda lain pulak. 

PERASMIAN PEMBUKAAN KEM MILLENNIUM


Ramai yang terlibat dengan persembahan dan lain2. aku tak minat sangat dengan tarian semua tu. tangan konfem kaku gila kalau disuruh menari. hahaha!

KEMBARA HALANGAN


yang ni serius buat aku sakit seluruh badan. dah lah memerlukan tahap keyakinan dan keberanian yang tinggi. flying fox pun sama. cuma takde gambar. sorry.

MAULIDUR RASUL


ada 3 kali kot kawasan sana buat sambutan maulidur rasul. aku pernah pergi sekali kat masjid kampung kembong. serious best gila sebab dapat minum air sirap bandung ais. perghhhhh sedap pulak nasi ayamnya. 

IKHTIAR HIDUP


tempat ni kat hutan sebelah dorm wira je. nampak macam dekat padahal penat gila kot nak sampai sana. bravo wirawati menang pulak!

KAWAD KAKI




nampak tak muka-muka wirawati2 bahagia lepas kawad?

UCAPAN PERDANA MENTERI DALAM SIMULASI PILIHAN RAYA

#KaptenSyahril


semua orang tak expect pun kapten syahril yang jadi perdana menteri. haha!

MALAM CITRA PUISI


Ketua Pengarah JLKN dan Ketua Pengarah DBP hadir untuk perasmian.

 MENEMBAK


muka ceria selepas menembak. thanks cikgu hadhi tangkap gambar ni. 




time ni kena spotcheck anggota badan lepas laksanakan aktiviti menembak guna m16 kat kem sungai besi. btw, tentera tu hensem. kbai

PERBARISAN PENUTUPAN


time ni aku tahan je air mata dari menitik. namun...jatuh juga akhirnya disaat perlahan jalan dijalankan. uwaaaaa...rinduuuu

PEMULANGAN BARANG KE LOGISTIK 


Sedih gilaa wehh masa nak pulang full loreng. hurmmm...

KENANGAN BERSAMA....


Nampak tinggi kan? Ilusi je pun. Kenyataan nya aku pendek! haha! -.-



Thanks Nadia being my friend. Love you sayang. Aku jeles dengan ketinggian kau. Harap2 satu hari nanti aku tinggi macam kau dan sha.



with Iman. thanksssss!



last snap at Surau <3





selfieeeeee yawww!



Selfieeee with nabilah!



With Nabilah. Thanks sayang!



Atas jambatan. Rinduuuuu millennium!



With Amira Nadia. Thanks comel!



With Christy Dorety. Thanks being my friend!



PULANG KE RUMAH


Gambar family aku. Alhamdulillah.

Lepas keluar dari kem, singgah makan kat Restoran Kassim. Haha..rindunyaaaa roti canai dan segala macam yang tak pernah dapat di PLKN.. Nak tahu tak aku order apa?....Roti Boom dan Milo Tabur yawwwww....



k laaa...tu je nak cakap.. satu je aku nak cakap, jangan komen atau terdetik dalam hatipun kenapa aku makin hitam, gelap, pendek dan sebagainya serta yang berkaitan dengan keluarga aku. Aku berkongsi semua ni just untuk berkongsi segala pahit manis suka duka aku sepanjang aku menjadi pelatih PLKN. Alhamdulillah, aku akan praktikkan segala sesuatu yang aku pelajari semasa berada di sana. 
kepada iman, nabilah, lely, nadia..
terima kasih sebab korang berempat sudi menjadi sahabat aku. walaupun kita tak rapat mana tapi..bagiku, korang lah kawan terbaik yang aku pernah ada. thanks sangat2. 
kepada wirawati dorm c, 
thanks sangat sebab tak layan aku dan aku rasa korang macam anggap aku tak wujud pun dalam dorm tu. thanks sangat2. aku cuba nak rapat dengan korang, tapi aku faham siapa aku. aku tak lawa macam korang. so, itsokay lah layanan korang aku hargai sangat2 sampai bila2. 
kepada kompeni bravo, 
tahniah sebab menang.thanks fhetrie sebab ajar aku kawad sampai aku rasa kau dah bengang sangat dengan aku sebab tak pandai buat mara menghadap time kawad tu. tapi kawad kompeni kita menang kan? thanks bravo!
kepada cikgu2 kat sana,  terima kasih sebab sudi mendidik saya menjaga seorang yang berdisiplin dan berwawasan. terima kasih kerana telah mengajar saya menepati masa dan bertanggungjawab. walaupun tak rapat dengan cikgu, tapi rasa terharu sangat bila time balik tu cikgu2 perempuan pesan suruh jaga diri blablabla. 
kepada komandan, mejar norizan dan timbalan komandan pengurusan, kapten syahril, terima kasih sudi bergambar dengan saya walaupun tuan-tuan tidak mempunyai masa untuk melayan karenah pelatih namun, saya hargai jasa baik tuan-tuan kerana telah menjadi komandan dan timbalan komandan pengurusan yang terbaik bagi kem millennium. terima kasih sangat2. 






thanksssss a lot for reading!

sincerely: cha b