Wednesday, March 4, 2015

Result SPM



Assalamualaikum semua
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya mengupdate blog untuk entri Result SPM
yang telah diperolehi 3 march 2015.

Alhamdulillah. Tidak dijangka keputusan yang saya perolehi. Dengan berkat kesungguhan dan doa daripada ibubapa, keluarga, sanak saudara, sahabat2, sepupu sepapat dan guru2, akhirnya..
Allah kurniakan kejayaan buat saya. 

Saya berasa bersyukur sangat kerana akhirnya dengan usaha dan penat lelah yang tidak henti2 belajar dengan sahabat2 dan guru-guru yang mengajar saya, keputusan saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya. Walaupun keputusan saya tidak begitu sempurna namun kita sebagai hambaNya wajib bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan dan jangan sesekali merungut apa pun yang telah kita perolehi. 

Mari kita throwback sepanjang saya menduduki SPM pada tahun 2014..

Sepanjang peperiksaan berlangsung, saya demam dan selsema selama seminggu. Memang dugaan kan. Tapi saya sabar. Masa saya jawab, ada kalanya saya tidak cukup masa dan terpaksa redha dengan jawapan yang saya telah tulis. Sometimes rasa macam nak koyak jawapan tu sebab jawapan yang saya tulis terlampau berjela-jela panjangnya dan menyebabkan saya rasa macam nak pengsan bila baca balik. Pengalaman yang paling saya tak boleh lupa bila pergi sekolah kena tunggu terlalu lama disebabkan ketiadaan bas dan SPM berlangsung semasa cuti sekolah dan saya terpaksa redha dengan ujian Allah. Ketika saya akan menduduki kertas addmath, malam tersebut mak saya telah mengalami muntah2 dan sakit perut kerana keracunan makanan. Dan saya terpaksa ikut menghantar mak saya ke hospital s***** b**** pada pukul 1 pagi dengan membawa buku latihan addmath. Sewaktu disana saya usaha untuk memperbanyakkan latihan namun tidak dapat fokus kerana perkhidmatan yang sangat2 menyakitkan hati. kerana pada pukul 5 pagi barulah mak saya dirawat. namun, doktor hanya memberi ubat yang patut. dan yang membuatkan saya hairan kenapa lama sangat doktor dalam tu sedangkan saya duk perhatikan tiada orang keluar masuk dari bilik tu pun. hmmm namun saya cuba bersabar. saya sampai di rumah pada pukul 5 . 50 pagi dan saya pergi ke sekolah pada pukul 6. 30 pagi. saya terpaksa redha dengan ilmu yang telah saya pelajari dan saya telah usaha dengan bersungguh-sungguh. saya tawakal saja apa pun keputusannya. berat sungguh dugaan yang Allah berikan kepada saya namun saya cuba hadapinya dengan kuat dan kental. 
terima kasih ya ALLAH.

Nak tahu keputusannya? 

Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh 5A dalam SPM.
Walaupun tidak begitu cemerlang namun cukuplah dapat melihat senyuman kegembiraan di wajah ibu tersayang. 

Saya dapat 2A+, 1A dan 2A-

A+ untuk subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam

Alhamdulillah, seperti doa dan impian cikgu yusma untuk saya mendapatkan A+ dalam subjek yang diajar olehnya tercapai jua. terima kasih cikgu yusma di atas pengajaran yang berguna sepanjang 2tahun cikgu mengajar saya. saya bersyukur kerana mendapat cikgu sebaik cikgu yusma. saya gembira dapat hadiahkan A+ buat cikgu yusma. terima kasih cikgu.

Alhamdulillah, berkat doa dan pengajaran yang ustazah atikah berikan sepanjang 2tahun membuahkan hasil. terima kasih sangat2 ustazah kerana telah mengajar saya sebaik mungkin dan saya berasa gembira sangat dapat menghadiahkan A+ ni untuk ustazah. terima kasih ustazah untuk buku yang telah ustazah hadiahkan. walaupun kesuntukan masa untuk siapkan semua tu namun saya dah usaha sedaya upaya saya. terima kasih ustazah.

A untuk subjek Seni Visual

Alhamdulillah, berkat pengajaran dan doa dari cikgu norasmah yang tidak putus-putus telah membuahkan hasil. terima kasih yang tidak terhingga akhirnya subjek kegemaran saya memperoleh A juga. Walaupun bukan A+ namun rezeki berpihak kepada saya. saya tahu rakan-rakan lain seperti amirin, fadli mungkin bengang dengan A yang saya peroleh namun siapalah saya nak mengubah takdir yang telah Allah tetapkan buat saya. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih cikgu norasmah kerana telah menilai kerja kursus saya (sarung buku) dan memberikan markah yang terbaik buat saya. Saya gembira dapat banggakan cikgu. terima kasih cikgu.

A- untuk subjek Sejarah dan Mathematics

Alhamdulillah, sungguh saya tak menjangkakan subjek sejarah mendapat A-. walaupun hanya A- namun tetap menyumbang kepada kejayaan saya. terima kasih buat cikgu norasli kerana telah mendidik saya sepanjang 4 tahun saya bersekolah disini. form 1,2,4,5. berkat doa dan pengajaran cikgu, akhirnya saya dapat memperoleh A-. jujur saya katakan, saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang saya tulis dalam SPM. kalau awak nak tahu, pilihan raya, (SPR) saya tulis dekat buku jawapan ialah SPRM. Namun nasib menyebelahi saya. dan mungkin pemeriksa memberikan saya markah kasihan. terima kasih cikgu.

Alhamdulillah, sungguh tak jangka juga subjek yang paling saya rasa sukar, 
namun nasib menyebelahi saya. saya tahu semua soalan ialah KBAT semata-mata namun saya dah usaha dengan sedaya upaya untuk menjawab dengan sangat2 terbaik dan penuh ketelitian agar tidak careless. terima kasih cikgu asjurinah kerana telah berusaha mendidik saya sehingga kadangkala saya nampak cikgu macam dah fedup nak mengajar kelas saya kerana kelakuan kami dan kami yang tidak pandai2 menjawab maths ni. ampunkan kami ye cikgu ^^. terima kasih cikgu.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Subjek lain biarlah rahsia. Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya yang tidak putus-putus memberikan semangat dan sokongan padu untuk saya terus berjaya. Inshaa ALLAH, doakan saya dapat mencapai cita-cita saya mahu menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa. Yes, cikgu lah jawapannya. Doakan saya ye. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya. Walaupun saya tak dapat hadiahkan A untuk cikgu-cikgu namun, saya dah usaha sehabis daya untuk memberikan yang terbaik dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah namun rezeki tidak berpihak kepada saya. Terima kasih kepada SHARINSSZANANISH kerana telah belajar bersama-sama, bermain bersama-sama, berusaha bersama-sama dan segalanya yang telah kita buat bersama dan sokongan darikamu semua sangatlah saya hargai dan akan saya ingat sepanjang hayat saya. Terima kasih kepada semua yang terlibat mendidik saya, seminar yang saya sertai sangat2 membantu saya mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Terima kasih kepada semua pemeriksa kertas SITI AISHAH BINTI BAHARUM.

Saya hanyalah berkongsi kegembiraan yang saya peroleh. Bukan niat nak memperendahkan keputusan yang kamu semua perolehi. Namun, saya hanyalah berkongsi. Apapun, saya merakamkan ucapan tahniah buat semua yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Tahniah buat Nabilah, Alina, Iman, Lely dan Nadia serta SHARINSSZANANISH kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.. Tahniah buat kamu semua. 

Sincerely, cha b