Wednesday, April 22, 2015

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2015



Assalamualaikum semua. Sudah sekian lama aku tak update blog ni. 
Ada yang tanya aku kat wasep "tak de entry baru ke? bosan aku tengok"
Maknanya dia selalu menjadi stalker tegar aku. Thanks ye baca entry aku. Walaupun macam tak best je. Kahkah. 

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2015

Tajuk entry aku untuk hari ni. Seperti yang sudah sedia maklum, aku punya result suam-suam kuku je. Tak bagus mana pun berbanding kawan-kawan aku yang lain. Tapi, alhamdulillah. Dah rezeki yang Allah bagi. Wajib bersyukur!

Mari kita throwback hari kejadian ye?

Hari Jumaat.
Aku terfikir untuk tidak menghadirkan diri pada raptai yang diadakan di Dewan Rafulin. Alah, dekat sangat dengan rumah aku. Kalau jalan kaki, cuma 10 minit je. K, memang tak sanggup aku nak jalan kaki. So ayah aku hantar. Aku tidur dengan lenanya setelah penat membaca novel. Kahkah. Ayat macam gempak je kan?

Lepastu mak aku kejut. 
"dikkkkkk, bangun! kata nak pergi raptai pukul 3"
Aku dengan terkejut beruknya terus bangun dan segera bersiap. Ingatkan dah pukul 3, gaya macam dah pukul 3, padahal baru 1.50petang. Lahaiiiiiii, tertipu rupanya. Kahkah. 

Pukul 3 tepat2 baru aku melangkah kaki pergi ke Dewan Rafulin dengan menunggang motosikal. Asal ayat macam skema je? HAHAH!
Ayah aku yang hantarkan sebab aku kan anak emas intan payung berlian karat bak kata dotdotdot masa aku form 4 haritu. Kahkah. 

Dengan tudung yang selebet, aku berjalan ke arah Zahidah dan Nurul. HAHAHA!
Ketawa lagi!
Saat tengah berbual ala-ala kucing gitu dengan Zahidah, mataku tertancap pada seorang hamba Allah yang lalu didepan mataku. Allah, kenapa ada dia kat sini?
Baru aku teringat, maybe dia salah seorang penerima anugerah. HAHAHAH K.

Bila dorang masuk ke dalam dewan, aku pun masuk. Alhamdulillah, aku duduk di kerusi 118. Tapi you know what, mengikut senarai nama tu, sebelah kiri dan kanan aku ialah mamat-mamat yang cukup aku benci sejak azali. Pikir aku kesah? Aku terus duduk kat sebelah Zahidah. Kiri aku ialah Zora. Hahaha best jugak duduk sebelah Zora. Selama ni tak pernah tegur dan masing-masing malu-malu biawak gitu. Kahkah. 

Aku tengok cikgu-cikgu duk ke hulur ke hilir siapkan dan menghiaskan dewan tu dengan segala kelengkapan yang diperlukan. Aku terfikir, ni raptai untuk terima anugerah tapi kenapa cikgu-cikgu baru nak kemas-kemas bagai. Selama 1 jam kami duduk dalam dewan yang serba kepanasan seperti cacing. Ecewahhh. Masing-masing berdiri di hadapan kipas-kipas yang ada bagi menyejukkan segala peluh-peluh yang dirembeskan keluar. Kenapa ayat aku macam gempak je? Kahkah.

Tiba masa untuk giliran kami raptai. Kami beratur dengan patuh sekali. Cikgu Mazzam menunjukkan demo semasa menerima anugerah di hadapan penyampai anugerah. Wajib ucapkan "terima kasih professor" dan senyum sambil memandang ke arah kamera. Kahkah. Teleng kepala memasing bila buat. Haha!

Lepastu selepas selesai je turn aku, aku terus balik. Ayah aku pecut bawak moto sebab dah hujan rintik2. Sampai je rumah terus lebat. Hahahaha. Aku berharap budak tu tak pakai baju sama warna dengan aku. Hope so!

Hari Sabtu.
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. 
Aku mengambil keputusan untuk memakai baju kurung seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Setelah berbincang semasak-masaknya dengan Izzat, aku pun pilih lah baju tu. Hahaha. Izzat kan one of my bestbestbestfriend. 


Aku datang sangat-sangat lewat iaitu 7.35pagi. Sebab ayah aku tonton berita kat tv3. Sampai je sekolah, terus daftar dan ambil topi. Sebab masa ambil jubah haritu, still tak ada topi. Hari anugerah baru ada topi. Hahaha k. Lepastu terus masuk dewan yang serba indah. Nasib baik ada kipas. Sejuk sikit. Aku duduk sebelah Herni sebab aku tak nak duduk sebelah mamat-mamat tu. Annoying kot!

Selamat weh tak sama colour baju dengan budak tu. Dia datang lagi lambat daripada aku. Kahkah. Okayy, lepastu gosip dengan Herni tak sudah-sudah. Sampai je tetamu, terus semua orang senyap. Diam membisu. Tapi kadang2 gelak ketawa dalam hati. Main wasep bagai. Nak gosip dengan Herni pun guna Wasep. Nampak sangat kesengalannya kan. Hahah! Ketawa lagi.

Tiba saat yang dinantikan untuk aku naik pentas. Phewwww nervous gila. Nasib tak jatuh masa aku naik tangga. Dahlah kain aku panjang gila hampir mencecah lantai. Hahah!
Aku naik ambil anugerah langsung tak pandang kamera pun. Lantak aku lah. Segan lah. Kot2 terpandang dia kang. Hahah! 

Habis je majlis, semua orang terus busy merakamkan detik2 indah. Kahkah. Ayat skema lagi. Aku pun tangkap gambar jugak. Cuma tak banyak sebab mood aku hilang tetiba. Nak tahu kenapa? Meh aku story, 

Masa tu aku dengan Zahidah nak pergi ke tempat mak aku duduk. Aku suruh Zahidah ambilkan gambar, Then, Zahidah nak lalu jalan jauh, aku lalu jalan shortcut melalui celah2 kerusi. Tanpa disangka-sangka, budak yang sangat-sangat aku tak ingin bertembung tu, ada depan mata. Aku terus kaku dan tercengang. Why dia lalu depan aku?  Aku nampak dia dengan kawan dia. Hahaha, aku buat muka blur je. Lepas aku bagi dia jalan dulu, aku terus hilang mood. Apahal lah dia lalu situ. Dewan punya sebesar alam dia pulak lalu situ,. Menyibuk aje. Huh. Thats all. Kahkah. Hope terasa eh budak!




Alhamdulillah, aku dapat anugerah 

PELAJAR CEMERLANG ALIRAN SAINS TULEN 2015 

dengan keputusan 5A. Dan satu lagi anugerah, 

TERBAIK MATAPELAJARAN SENI VISUAL 2015.

Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih sangat2 kepada mak, abah, kakak-kakakku. Terima kasih buat guru-guru yang mengajar 5 sains 2 2014. Terima kasih buat Cikgu Norasmah sebab dah ajar subjek seni visual. Tak sia-sia aku ambil subjek seni walaupun pada mulanya aku ragu-ragu dan berasa gerun kerana subjek ini dianggap senang namun sukar sebenarnya. Alhamdulillah, aku berjaya menempuh alam SPM dengan jayanya. Thanks to Sharinsszananis for your support. Thanks to everyone. 

Sincerely, Cha b.