Friday, December 5, 2014

Al-Kisah KEM PLKN BERANANG, SELANGOR (Intro)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua!
Dah lama aku tak update blog.
Dah nak dekat aku pergi PLKN. Hmmm sedih rasa nak tinggalkan semua especially parents n family aku, bernab aku, katil aku, phone aku, kerusi, meja, selimut tebal, tv, kipas angin n semua yang ada termasuk kucing2 jiran aku. Huhuhu sedih tahu tak? Aku ni dah lah anak manja, emas, payung, intan berkarat semua. Tetiba dapat pulak PLKN ni. Memang 'BERTUAH'nya aku kan? Dalam erti kata lain, nasib aku lah -.-



Korang nak tahu tak masa bila aku dapat tau yang aku dapat PLKN ni? Nak aku cite tak? Aku cite jelah eh?

masa tu tengah ada open house raya. aku ingat lagi tarikh 16 ogos 2014. tarikh keramat tahu tak? sebelum tu our leader, zafirah nak check kan untuk geng aku pastu aku beria tak nak check kan. Pastu aku bukak lah time tengah open house tu. Tetiba dapat mesej, TAHNIAH....... menangis terus aku. hailahhhh anak manja memang cemni kan? cousin aku semua pujuk katanya nanti boleh mintak tangguh lah apa lah. lepas beberapa hari tu mood aku dah okay. tak nak fikir sangat lah kan sebab takut ganggu spm aku. 


now, dah habis spm, n tinggal lagi dua hari je aku akan tinggalkan rumahku selama 2 bulan setengah. banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui, demam panas, gatal2 badan, sakit perut, migrain...semua tu disebabkan aku stressssssss! stres terlampau sangat sampai kan aku tak lalu nak makan. lately ni aku kerap nangis sambil peluk mak aku, bernab aku. hmmm...tak dapat bayangkan. habis almost beratus ringgit jugak nak beli semua benda tu. dan terpaksa disumbatkan dalam luggage yang sangat kecik tu. perghhhhhh! rasa macam nak angkut satu rumah je. 

aku harap kat sana nanti aku dapat ramai kawan baru, dapat buat geng baru..tapi tak akan lupakan HARNSSZANANI sebab geng aku tetap di hatiku. hope aku dapat berdikari. selama ni aku makan pun bersuap, makan pun mak aku teman. semuanya aku buat dengan bantuan orang lain. sebab aku anak manja. tapi tak semestinya aku tak pandai buat kerja dapur okay. aritu aku baru je siang ikan. walaupun first time, tapi memang best. bukan tak pernah siang ikan tapi mak aku tak bagi aku jahanamkan ikan tu. haha! siang ayam pun aku dah banyak kali wat. sampai semut pun nak hurung aku. main dengan parang lama sangat sebab tu semut nak hurung aku sekali. tak sangka semut suka dengan ayam kan? aku ingat aku je yang suka makan ayam. bab masak2 ni memang aku dah boleh buat lah. cuma bab menggoreng je aku still arggggggghhhhhhhh takut minyak panas lah weiiii! anak manjooooo lah katakan. eleh, macam ko tak de benda nak takutkan? puiii! 

lepas ni aku akan timba pengalaman baru..yeahhhh...hope so aku berjaya menjalani latihan berkhidmat pada negara dengan cemerlang gemilang dan terbilang. btw, thanks hadi sebab kau banyak bagitau aku semua pasal PLKN. thanks kat herni sebab kita dah gayut lama sangat bincang pasal baldi! konon2 tak nak, nak, tak nak, nak bawak baldi tu..thanks a lot to my parents, family, cousin n my beloved nenek yang tersayang, Siti Ramlah yg sentiasa menjadi penguat semangat untuk aku terus maju ke hadapan! semoga panjang umur ye nenek ku tersayang. 


denda tu biasa. kita kena tabah menghadapi semua tu. anggap jelah Allah sayangkan kita. inshaa allah kita akan kuat dan kental menghadapinya. semua orang berat nak tinggalkan rumah, parents, bernab semua tu tapi kita kena lah berusaha untuk majukan diri dan terus bangkit menjadi seorang pelatih yang berguna dan bersedia untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara. 

azam aku, lepas habis PLKN ni aku nak kerja then nak masuk form 6. hope so result aku amat2 cemerlang. aku dah usaha bersungguh2. just bertawakal n berserah kpd Allah. inshaa allah, kejayaan milik kita semua!

doakan aku berjaya menjalani latihan khidmat negara dengan jaya dan semoga aku sihat selalu di sana. hadi cakap kalau nak pura2 sakit kena buat hari khamis atau jumaat supaya dapat cuti lama sikit. akan ku pertimbangkan ye bro! ahahahah!

KEM PLKN BERANANG, SELANGOR
KAMPUNG KUALA PAJAM
43700 BERANANG SELANGOR

aku dah hafal alamat tempat tu. perhhhh penuh dugaan dan penuh mendebarkan.
 INSYAA ALLAH!


cerita aku kat sana nanti, lepas 14 februari 2015 aku akan update. bye2 blogku sayang, wechat, bernab, facebook, twitter n semua yang paling aku sayang! doakan 
SITI AISHAH BINTI BAHARUM 
selamat menjalani latihan kem khidmat negara dengan jayanya! Amin!