Wednesday, September 5, 2018

Program Perantis Guru 1

Assalamualaikum semua. After a long time ago tak update akhirnya terbuka hati nak update pasal PPG1 yang dah berlangsung selama 2 minggu. Jujur aku katakan pengalaman PPG1 sangat2 seronok even rasa mcm sekejap sangat masa berlalu. 

Biar aku ceritakan sedikit mengenai PPG1. Okay program ni berlangsung selama 2 minggu untuk semua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang  2 minggu tu, kami kena cari atau dapatkan maklumat mengenai sekolah yang kami pilih. So, aku nak ceritakan pengalaman aku sepanjang 2 minggu berada di sekolah ni.

First, aku kena apply secara online. Lepastu kena tunggu sekolah approve. So masa midsem haritu aku pergi sekolah tanya dan dapatkan kebenaran pengetua sekolah ni. Lepas dah lulus tu tinggal hari kejadian atau hari pertama laporkan diri. 

Hari pertama: Aku pilih baju raya pertama aku sebagai hari pertama aku mula laporkan diri. Memang malu sebab hari pertama dah kena jadi cikgu. Aku tumpang Jiha pergi dan balik so yeah ada kawan. You know what boleh pulak ex crush sama tempat dgn aku. Me be like " menyibuk la dia ni". So hari first dah kena pergi perhimpunan kat dewan. Masa masuk dewan sebagai cikgu pelatih tu mcm2 perasaan ada. Malu segan bangga semua ada. Tapi paling best dapat duduk setaraf dengan cikgu2 lain. Cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu. Habis je perhimpunan Cikgu Hidayah panggil aku. Dia perkenalkan aku kat cikgu2 lain dan aku bangga sgt sbb dia happy aku dapat capai cita-cita aku. Lepas je habis perhimpunan, aku masuk bilik guru. Perhhh malu. Sumpah malu sebab semua cikgu2 ada. Dulu masuk bilik guru sebagai murid and now sebagai guru. Hahah.. so first day dah kena relief. Hahah malu ah jugak sebab aku sorang je cikgu paling pendek sesi petang. Balik pun pukul 6:35petang. Hari pertama berakhir dengan baik :)




Hari kedua : Aku pergi sekolah tak bawak laptop so mmg apa2 maklumat yg aku dapat aku tulis guna tangan je, Alhamdulillah aku dah boleh mula biasakan diri dengan kelas2 walaupun gelabah tapir aku cari kelas yang aku nak relief. Thanks cikgu Adina belanja dadih. Thanks cikgu Hassan belanja nasi lemak. Thanks cikgu Ruhani belanja makanan kat koperasi. Rasa best n seronok sgt bila cikgu2 yang kita pernah rapat dulu jadi rakan sekerja kita. Tak dapat nak gambarkan perasaan tu. Tapi Jiha ngan Naim dan approach cikgu Ruhani untuk masuk kelas dia  tgok dia mengajar. Aku je belum sebab takut cikgu BM garang. HAHAHA. No la. aku malu plus segan sebab cikgu BM baru2. So aku pun buat kerja aku. Hari kedua berakhir dengan baik :)


Hari ketiga : Hari rabu sememangnya hari kokurikulum, so diorang kena datang pukul 10:00 pagi. Aktiviti yang dorang kena buat is kena bersukan + program NILAM. Program tu berlangsung sampai pukul 12:30 tengahari. Lama la jugak so kami ambik peluang tangkap gambar sekeliling sekolah sebab Jiha bawak kamera DSLR. Tangkap punya tangkap tak sedar dah 12:30 tengahari. Ha mulalah gelabah tengok jadual relief. Memang kerja kami kena relief je sebab hari2 ada je cikgu yg MC. You know what, kitorang jarang gila makan kat kantin sekolah. awal2 uh makan kat bilik guru je. makan kat kantin cuma 2 kali je. kali kedua Cikgu Azlirul belanja kitorang. Allahu.. terima kasih sangat2 cikgu. Sumpah terharu :) Okay baru tahu cikgu Azlirul sambung master kat UPSI. Patutlah tak pernah nampak. HAHAHAHA. 


Hari keempat : Hari khamis biasanya ada meeting. Kitorang punya semangat datang awal sekali cikgu cakap tak payah masuk bilik meeting. Kebetulan aku dgn Jiha kena relief so Naim sorang je yg masuk bilik meeting tu. Kadang bila relief kelas depan2 dorang tak banyak cakap sangat. Tapi nakal gila. So terpaksa lah hadap perangai dorang. Aku banyak kali jugak suruh diam tapi dorang taknak diam. so aku pun jeling je. HAHAHA. tapi aku suka kalau budak2 ni pandai ambik hati aku. macam ajak borak ke tanya pasal pengalaman ke apa. 



Hari kelima : hari jumaat kelas mula pukul 2:20 petang n u know what kami datang lambat gila tepat2 2:20 petang. Lepastu Guru Penolong Kanan Petang dah tunggu kat pejabat. HAHAHA. Nasib baik dia tak marah. hari jumaat tak de relief sebab harini cikgu2 ramai yg datang. Kitorang balik 6:35 petang dan sebelum balik tu ada tazkirah dekat surau. so semua kena berkumpul dekat surau bagi yg Muslim sahaja. sekejapnya masa berlalu kan :)


Hari keenam : Hari isnin like always memang monday blues sebab ada perhimpunan pukul 1:00 petang dekat dewan Rafulin. Okay so masa duduk tu aku dah terasa sayu sebab lepasni entah bila dapat duduk situ lagi. i mean duduk kat kerusi yang cikgu2 lain duduk. 



Hari Ketujuh : Hari selasa berlalu dengan baik yang mana macam biasalah ada relief. tapi kadang kitorang duk bilik guru sambil baca buku panduan sekolah yg ada semua maklumat sekolah. Kadang bosan jugak sebab rasa cm terlalu lama sgt duk dalam bilik guru. 


Hari kelapan : Hari rabu macam biasa ada kokurikulum. Kena datang pagi lepastu kitorang kena tengok diorang nyanyi lagu patriotik. Aku kena lead persatuan bahasa Melayu nyanyi lagu pasal Bahasa. Then petang tu kami sambung tangkap gambar. Kami singgah ke makmal biologi dan terjumpa teacher Mardiana. Dia suruh kami buat shout out sebagai tanda menyokong Beat Aedes Defeat Dengue. 


Hari Kesembilan : Hari khamis hari paling busy sebab aku macam keliru sekali 5 kelas aku kena relief. Waktu pertama aku kena masuk kelas budak2 yang bagi aku macam tak nak masuk kelas je. Dorang ni suka jalan2 round sekolah. takpe cikgu faham. 


Hari terakhir : Hari paling relaks bagi aku sebab takde relief langsung. Cikgu Hassan pelawa makan macam jamuan gitu kat bilik guru. So kerja kami kira dah settle kutip maklumat sekolah apa semua. Alhamdulillah. Mulalah rasa sedih bagai sebab dah hari last. Hari last baru mintak cikgu buat ulasan apa semua. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 






So, berakhir sudah pengalaman aku sebagai guru pelatih selama 2 minggu di SMK Raja Muda Musa. Pengalaman yg sangat2 berharga sebab semua cikgu bagi kerjasama yang baik. Maklumat pun cukup. Kawasan sekolah yg bagi aku terbaik dan cantik sebab aku pernah bersekolah selama 6 tahun setengah di sekolah ni. Aku harap cikgu sudi terima kehadiran aku tahun depan. HAHAHA sebab aku malas nak pergi sekolah lain. Sekolah ni best! Alhamdulillah berakhir juga akhirnya :)