Saturday, September 22, 2018

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan


Assalamualaikum semua. 

Tengok tajuk pun dah macam pepatah Melayu kan?

Of course! Kenapa aku pilih tajuk tu sebab aku nak kembali bersemangat dan berusaha mencapai kejayaan. 

Aku sendiri belum berjaya sepenuhnya. Tapi apa yang aku boleh katakan, setiap semester aku ada target yang aku akan letak supaya di penghujung semester tu aku dapat capai. 

Sebagai contoh, 

Keputusan semester 2.

Aku nak fokuskan kepada satu subjek yang pada mulanya aku marah, benci, geram, takut semua ada.

Tapi aku fikir satu je. 

Allah tu hebat. Sebaik mana pun aku rancang, kalau Allah tak nak bagi, Allah tetap takkan bagi.

Pada suatu hari..

Ecewahh.. straight to the point jelah. 

Dan aku akan jujur dalam post ni. 

Dulu aku takut dan benci masuk kelas subjek Pengurusan Pembelajaran. Sebab orang cakap lecturer itu ini. Aku mula gelabah mula takut mula cuak. Lagi2 bila dapat coursemate yang lain course. Yang aku belum pernah kenal. 

Tapi alhamdulillah lepas beberapa hari aku boleh adapt dgn kawan baru. Nama diorang is Izzati, Atiqah dan Ying. Hmmmm

So kami diberi tajuk
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

First memang stuck sebab tak tau macam mana nak buat dengan tajuk tu. Tapi bila fikir logik, sekolah aku ada budak pendidikan khas. 

So, bincang punya bincang kami decided pegi sekolah aku. Kami pergi sebelum cuti midsem. Then after dah settle tu, kami kena buat tugasan ilmiah yg lebih kurang report. 

So kitorang dah bahagi tugas. Lama2 tu jadi konflik. Konflik sebab masing2 jauh, masing2 stres dan xdapat bagi komitmen sepenuhnya.

Bila hari kejadian, kami bentang depan lecturer dan guess what, lecturer cakap nak bagi kitorang 5 / 100 je. WHATTTT?

Lepastu kitorang tunjuk report yang dah siap print. Kira macam draf la tapi kira dh siap la kan. Again lecturer suruh betulkan. Sampai kali ketiga pun still lecturer cakap salah.

Memula tu diorang dah give up dan putus asa. But, aku still tak puas hati. Ramai yang kena macam tu. 

So, aku decided nak ubah apa semua tambah apa yang patut. Aku tak give up lagi. Aku pergi bilik lecturer sampai bertapa depan biliknya. Aku try pujuk dia mintak bagi peluang untuk aku betulkan balik. Guess what, kitorang ada 2 hari je nak betulkan. Allahu, beratnya dugaan Mu. 

Masa tu pulak bulan puasa. Aku bahagi tugas aku betulkan report n Atiqah betulkan video. 

Kali ketiga tu aku tunggu depan biliknya. Lebih kurang sejam. Even orang lain ada yang tunggu jugak tapi tak lama pastu dorang balik. TAPI, aku tetap tunggu sebab aku tau Allah tu HEBAT. 

Alhamdulillah, lecturer tu datang bilik dia dan aku cuba slow talk yang mintak dia pertimbangkan markah yang sepatutnya sebab kami dah berusaha bersungguh2. Aku tau dia bukan kedekut markah tapi dia nak tengok effort kita. 

Lepastu aku tawakkal kepada Allah. Aku percaya dengan ketentuan Allah sebab kami dah berusaha dengan bersungguh2. Aku berserah kepada Allah. Dalam masa yang sama kami struggle dalam final exam. TAPI , aku sangat2 takut. Lecurer bagi markah pun belum menjamin yang kami akan dapat at least B. Kalau dapat C macam mana? :'(

Sebelum exam, aku minta restu daripada parents, lecturer2, cikgu2 dan kawan2 supaya sama2 mendoakan aku. Malam nak exam je aku whatsapp sorang2 minta maaf. Even orang cakap tak best or tak baik la minta maaf daripada whatsapp je tapi still boleh jugak guna medium tu :)

Lepas habis exam.. aku terus tak fikir dah subjek ni. Biarlah apa pun jadi. Aku dah berusaha sampai dah 3kali keluar masuk bilik lecturer. Aku tau Allah akan bagi yang terbaik.

And..you know what..

Berkat kerjasama dan kegigihan kami semua, Alhamdulillah, result semester 2 semakin meningkat dan subjek ini aku berjaya dapat A!! Sumpah, aku menangis terharu sebab berhasil jugak usaha kami buat yang terbaik. Malam tu aku whatsapp lecturer, aku ucapkan terima kasih sebab kalau bukan sebab dia dan Allah, mungkin result aku lebih rendah. Memandangkan subjek tu 4 jam kredit so sangat mendebarkan result kali ni. Aku bersyukur sangat :')

Apa yang aku simpulkan daripada kisah aku ni, 

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Kita kena berusaha bersungguh-sungguh lepastu kita serah kepada Allah. Jangan mudah putus asa sebab Allah nak tengok effort kita sebelum Dia bagi apa yang kita nak. Percaya dengan ketentuan Allah sebab Allah sebaik-baik perancang :')

Terima kasih semua orang yang mendoakan aku dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada kawan2 dan senior aku sepanjang semester 2 :')

Zulaikah, Hikma, Hidayah, Aida, Azrina, Hazirah, Una, Dora, Nasuha, Elissa, Farah, Awanis, Farida, Iyma, Icha, Lydia, AtiqaChoo, Welsie, Nieta, Khairiah, Aisyah, Sahira, Shikin, Adilatul, Amalin, Aminah, Jannah, Brenda, Leezio, Tehah, Lim, Roshidah, Zul, Azemah, Afiqah, Eton, Hafizah, Verene, Lai, Izzati, Ying, Atiqah, Che Anis, Zaffe , Wanne , Najihah Jinal , Naim , Abg Akmal, Abg Zafir, Abg Zaki, Kak Syikin, Abg Zakwan, Kak Azira, Kak Annisa, Kak Hannan, Kak Silawati 

dan semua yang saya tidak mention.. Sorry kalau saya tak ingat tapi kalian semua sentiasa ada dalam doa saya :')