Friday, December 7, 2018

Thank You, Loves !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Hari ni saya nak cerita tentang sahabat-sahabat saya. 

Kenapa saya pilih untuk cerita tentang mereka berdua? 
Sebab bagi saya, sepanjang semester 3, merekalah yang selalu ada dengan saya. 
Susah senang saya bosan sunyi apa semua dihiburkan oleh kedua-dua orang ini. 

Jadi, post saya kali ni saya nak tulis tentang mereka berdua. 


First of all, saya nak cerita tentang gadis cantik yang tinggi lampai yang diberikan nama NurHalimatul Saadiah binti Ahmad Tiis 
atau digelar Ima. 
Seorang gadis yang cantik, yang sangat humble, sangat down to earth. 
Masa memula kenal, aku kenal dia masa kat kafe. 
Sebab masa tu dia jalan dengan Icha, Aida dan Lydia. 
Ima ni rakan exco dulu jadi memang famous gitu. 
Then lama-lama start tegur kalau jumpa kat mana-mana. Masa bulan puasa dia pernah ajak pergi bazar sama-sama.
 Dan masa tu memang aku tak sangka akan start rapat dengan dia. Dia ni nampak je gedik tapi rupanya tak pun. So, jangan judge orang before kau kenal dia okay. 





Masuk semester 3 ni aku tak tau pun satu blok dengan dia. Jiran pulak tu. 
Lepastu one day kut dia nampak status aku lepastu dia tegur dan 
aku pun excited la bila member satu blok ni. 
So, sejak daripada tu kitorang selalu chat kat ws. 
Pergi program kat KHAR je mesti sama-sama. 
Dia orang pertama yang aku ajak bila ada je program. Dari awal semester sampai nak hujung semester. Senang cakap kitorang selalu keluar sama-sama.
Dia ni sangat-sangat rendah diri. 
Dia cantik sangat even tak pakai makeup. 
Aku paling suka tengok mata dia. Mata dia cantik sangat. 
Dia tak pernah berlagak walaupun dia diberikan rupa paras yang cantik. 

I just wanna say..

Ima.. thank you for everything. 
Awak sudi layankan karenah saya yang manja yang sukakan teddy. 
Paling comel bila awak panggil saya TEDDY sebab saya suka bernab. 
HAHAHA. So funny la. Perkataan tu melekat sampai sekarang kan. 
Awak baik sangat dengan saya. Selalu ikut saya kalau saya ajak pergi program KHAR. 
Alhamdulillah semester ni saya dikurniakan kawan yang sangat baik dan cantik. 
Ima, thankyou selalu ajak datang rumah. 
Bilik awak macam bilik kedua saya sebab tiap malam selalu berkampung kat bilik awak bergosip dengan Amanda. 
Thankyou jugak pernah bagi pinjam laptop sebab saya nak siapkan assignment. 
Saya harap awak sudi berkawan dengan saya sampai bila-bila. 
Thank you for everything dear. 
Hope semester depan kita dapat serumah or sebilik or satu blok 
jadi dapatlah kita pergi program KHAR sama-sama :)

Second, saya nak cerita pasal roomate Ima iaitu Nuramanda binti Zainudin. 
Amanda ni seorang gadis yang peramah, riang, banyak cakap dan cantik orangnya. 
Masa mula-mula kenal, masa pergi program KHAR sama-sama. 
And you know what, masa first jumpa , dia HUG saya wehhh!!! 
Pastu saya macam terkejut and dalam hati saya, saya cakap , 
DIALAH SAHABAT AKU. Sebab gaya macam dah lama kenal weh!! 
Lepastu start daripada tu mesti pergi join itu ini sama-sama. 
Kalau saya x pergi dengan Ima mesti saya pergi dengan Amanda. 
Betul lah orang cakap, kalau kawan dengan seseorang tu kan, 
automatik kawan dia tu akan jadi kawan kita jugak. 
Rasa happy n bersyukur gila dapat kenal mereka berdua. 


One day, saya craving mushroom soup dengan garlic bread. 
Lepastu saya bagitahu Amanda and keesokan harinya 
kami sama-sama masak mushroom soup dengan garlic bread. 
Ima pulak masak spagetti bolognese.
 Ya Allah, saya rasa macam bermimpi dapat kawan yang baik sangat. 
Baik kenapa tau, dahla saya ni kalau craving mesti duk teringat-ingat selagi tak dapat and mereka layankan je craving saya tuh.. 
Lepastu kami sama-sama menikmati makanan tersebut dengan gembira :)

Entah kenapa, saya rasa macam bertuah dapat kenal dengan mereka berdua 
walaupun berlainan kursus, 
saya kursus Bahasa Melayu, 
Amanda kursus Sains dan 
Ima kursus Rehabilitasi 
tapi kami masih mampu berkawan rapat :) 

Merekalah kawan saya yang kalau boleh 
saya nak stay sama-sama sampai hujung semester 8 nanti. 
Saya jenis yang susah nak stay dalam persahabatan lagi-lagi bila zaman sekarang ni ramai manusia yang berkawan dengan orang yang ada rupa je. 
Dan walaupun saya ni takde rupa, namun masih ada yang sudi berkawan. 
Alhamdulillah :) 

I just wanna say to Amanda, 

Dear, saya sangat happy dapat kenal dengan awak. 
Kawan macam awak merupakan anugerah terindah yang saya pernah dapat sepanjang semester 3. Walaupun baru tau yang kita sekelas Falsafah Ilmu 
tapi masih tak terlambat untuk kita berkawan dan terus berkawan. 
Alhamdulillah. Sesungguhnya percaturan Allah tu hebat. 
Walaupun saya berjauhan dengan bestfriend saya iaitu Zulaikah tapi Allah tambah dengan persahabatan kita bertiga (Ima dan awak). 
Semoga kita terus berkawan sampai bila-bila. Kebaikan awak berdua tak mampu 
saya balas tapi saya doa kepada Allah
 agar Allah permudahkan urusan awak berdua dalam menghadapi peperiksaan semester 3 dan seterusnya, 
Moga kita semua dapat jawab exam dengan terbaik, 
buat bersungguh-sungguh dan semoga kita sama-sama dapat Anugerah Naib Canselor. 
In shaa Allah saya akan doakan kita semua. 
Amanda, saya harap awak tak lupakan saya walaupun beribu kawan yang datang dekat awak. 
Saya harap awak takkan lupakan SI TEDDY yang sangat sangat sayangkan TEDDY nya
 iaitu BERNAB. 
Awak berdua yang selalu layan clingy saya main toys la apa la. 
Hmmmm :') Saya sayang awak berdua. 
Jaga diri awak berdua baik-baik ye 
walaupun semester depan kita mungkin tak sama rumah, blok. 
Semoga awak berdua rindukan saya dan BERNAB saya :)


Cantiknya Ima snap gambar :)


Terima kasih layankan craving saya :)

Huhu sedapnyaaaa makan nuget dan fries for dinner. Blessed :)

Yeayyy with Amanda 

Yeayyy dapat jugak bergambar dekat sini heheh walaupun macam background dekat Zouk

 Saya sayang kamu berdua :) 

Sekian terima kasih