Saturday, April 27, 2013

Kem Nilam 2013



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)
Hello korang! Rindu gilaaaa nak update blog yang dah lama berhabuk dan bersawang. Phuhhh *tiup habuk* banyak gilaaaa :P
Tak mahu intro banyak dah. Asha just nak cerita pasal KEM NILAM. Kem nilam tuh apa? Yeahh , let's me explain it to you ;)

Kem nilam ni kem yang disertai oleh bakal atau calon-calon tokoh nilam. Setiap sekolah mesti hantar sekurang2nya seorang peserta. Dan Semermum menghantar Asha sebagai peserta kem nilam yang diadakan di PKG Bukit Badong , SK Bukit Badong. Kenapa Asha sorang jeh? Kenapa tak dua orang? tiga orang? Mana lah Asha tahu. Korang tanya lah Cikgu Rozanalela atau Cikgu Laily sebab beliau yang uruskan.

Jom , Asha nak cerita aktiviti Asha kat sana!
Pagi tu, Asha dok belek2 buku nilam Asha. Prepare punya pasal. Tah apa lah soalan yang akan ditujukan. Asha gelabah lah jugak. Cikgu cakap Asha kena konfiden! Yeahhh! :P
Asha tunggu cikgu laily cop dan sahkan buku-buku nilam Asha. Pas tu dalam pukul 8:30 baru bertolak. 

Bila sampai kat SKBB, huhh rindunya sekolah lama. Dah 4 tahun tak jejak sekolah ni. Then, dah daftar tu, Asha pon check nama kat dinding berdekatan tangga. Asha group kedua. Cikgu cakap, 'naseb baik tak satu group dengan budak PA'. Asha pon naik atas dan masuk bilik taklimat. Budak sebelah Asha nama dia Emynadiya. She's so cute! Lepas orang tu bagi taklimat, bla.. bla.. bla.. Asha letaklah sijil Asha dan buku2 nilam Asha kat meja depan tu. Then kitorang pegi sarapan pagi. Masa tu Asha cuma kenal Emy je. So, pegi mana pon dengan Emy. 
Lepas makan tu, kitorang masuk satu bilik , macam bilik meeting. Dalam bilik tu, aircond nya sejuk gilaaaaaa. Seriously macam nak beku. Dahlah tengah seram nak buat karangan. Lepas dapat tajuk tu, ferhhh , tak tahu nak buat karangan yang mana satu. 

1)Kebaikan memupuk semangat kejiranan
2)Faktor menyebabkan kes ragut

Fikir punya fikir, akhirnya Asha ambil tajuk yang kedua tu. Asha pon buat jelah. Lagi 15minit nak habis masa tu Asha blank. Bila Asha kira patah perkataan, baru 120?? What?!! Asha pon jeling lah kawan sebelah. Nama dia Amira. Yeahh , dapat idea! Asha terus buat. Dah tak pikir apa dah. Sekali tu Asha tengok, perghhh 8 perenggan ke ni aku buat?! Banyak gila. Tapi jika nak dibandingkan, budak Kuses sampai mintak tambah kertas. Haa, lagi dahsyat. Bila dah habis je Asha buat karangan, Asha hulur lah buku kat diorang semua. Asha mintak lah maklumat peribadi. Nama penuh, nama sekolah, nama facebook, nombor telefon. Bila semua dah tulis , Asha bukak facebook, Asha terus add dorang. Sambil tunggu giliran untuk ujian lisan individu, Asha stalk lah facebook dorang. Sambil on tweet. Hahahaha. Asha dapat undian ke 10. Memang cuak gilaaaaa. Entah apa lah nanti nak distorykan kat cikgu. Fakta atau auta. Naseb lah kalau dapat yang senang. 
.......
.......
.......
.......
Andddddddd, you know what?!!! Korang tahu dak Asha dapat tajuk apa? Ceritakan tentang Kegagalan Ibu Kepada Kejayaan. Hmmmmmmmmm.... susah gila kot bagi Asha. Dia bagi masa 5 minit untuk buat persediaan and I was like 'haaa? sempat ke nak prepare?memang mencekik gila la'. Asha masuk dalam tu tanpa prepare apa2 pon. Sah markah Asha rendah. Hahahaha. Asha pon cerita lah pengalaman hidup. Asha pon keluar dari bilik tu dengan leganya. 

Lepas habis tu , cuma tinggal ujian lisan berkumpulan. Asha group dengan Amira, Shyuhadah, Nurlia, Suhaila. Dorang ni banyak cakap betul :b Asha tak banyak cakap time ni. Sebab bila Asha nak cakap je dorang dah ambil idea dalam otak Asha ni. Pandai betul dorang ni. 

Lastly, penyampaian hadiah pulak, bagi kategori Bahasa Melayu, 
Johan : AIDA NURUL AINA GHAZALI (KUSES)
Naib Johan : MOHD AZZHAR ARSAD (KUSES)
Ketiga : NURLIA AQILA (SAMTK)

bagi kategori Bahasa Inggeris, 
Johan : MOHD IZZUL IDRIS (KUSES)
Naib Johan : NUR AININ (KUSES)
Ketiga : NAILI AHMAD ZAMANI (SMKPA)

CONGRATES TO ALL

Macam2 kenangan yang Asha dapat sepanjang berada  di Kem Nilam 2013. Thanks Cikgu Laily sebab bawak Asha. And thanks semua kawan baru sebab sporting dan friendly. 

List nama peserta Kem Nilam 2013 :
1. Nur Emynadiya - SMK Pengkalan Permatang
2. Nur Amira Nabila - SMK Sultan Abd Aziz
3. Assuraazra - SMK Sultan Abd Aziz
4. Nurin Aidah - SAM Jeram
5. Nurul Shyuhadah - SAM Jeram
6. Muhammad Izzul - SMS Kuala Selangor
7. Nur Ainin - SMS Kuala Selangor
8. Anis Suraya - SMK Puncak Alam
9. Zainatul Asyiqin - SMK Puncak Alam
10. Aminatussolehah - SAM Tanjong Karang
11. Nurlia Aqila - SAM Tanjong Karang
12. Naili - SMK Puncak Alam
13. Aida Nurul Aina - SMS Kuala Selangor
14. Muhd Azzhar - SMS Kuala Selangor
15. Syazwani - SMK Puncak Alam
16. Suhaila - SMK Rantau Panjang
17. Nur Fatin Nazeera - SMK Rantau Panjang
18. Siti Aishah - SMK Raja Muda Musa

Thanks for everything. Keep in touch XD


Love , Asha