Sunday, April 13, 2014

Produk Kitar Semula Design By Me


Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak hupdate blog kan? Hmm.. miss my blog so much. Muah kiri muah kanan. Ahaks! Hey you alls apa khabar? Sihat? Kalau tak sihat tu pandai2 lah makan ubat ye? Remind to myself too :P


Kali ni aku nak hupdate pasal kitar semula. Yeahh as you know, dalam kehidupan kita seharian ada banyak bahan2 kitar semula. Tiap hari kita guna plastic untuk bungkus makanan, tiap hari kita minum air kotak, air tin. Korang tahu tak sebenarnya kotak minuman, tin dan plastic tu sebebnarnya salah satu bahan kitar semula. Means, bahan tu boleh digunakan semula setelah melalui satu proses yang dinamakan kitar semula. Ehh macam pening je ayat aku ni. Ahh lantak kau lah. ada aku kesah? :P

Aku bukan nak update pasal definisi kitar semula tapi aku nak update pasal bahan2 kitar semula yang boleh kita olah sehingga menjadi satu produk yang boleh digunapakai semula setelah kita olah bahan tersebut. Aku akan tunjukkan produk2 yang telah aku olah menjadi bahan2 hiasan dan sebagainya. Tak semestinya bahan hiasan sahaja. Malah ada salah satunya menjadi kegunaan kita walaupun kita Nampak produk tu macam remeh temeh je. Actually produk2 ni aku buat sendiri. Ada salah satunya aku buat dengan kerjasama ayahandaku tersayang dan sahabatku selamanya. Thanks a lot for them.
Let me introduce one by one k. lets…..check it out yawww!


 

Nama: Bakul  menggunakan kotak minuman Design By Me
Korang tengok gambar kat atas ni. Nampak macam senang je nak buat kan? Sebenarnya bakul minuman ni lah antara produk yang paling lama aku nak buat. Korang tahu kenapa? Sebab aku kena kumpul lebih kurang 30 kotak minuman yang telah kosong untuk dicantumkan menjadi satu bakul yang agak pelik ini. Aha.. bahan2 yang diperlukan cuma kotak minuman lebih kurang 30, gunting dan selotip. Tak susah nak buat benda ni. Yang penting kena ada usaha yang gigih. Bakul ni takde kegunaan pun, tapi boleh dijadikan hiasan kot. Entahlah, bedal jelah wehhh :P Untuk menyiapkan bakul ni aku memerlukan bantuan Wanie untuk membantuku menyiapkan benda alah ni. Hahaha. Next,


 

Nama: Kotak Hiasan Dinding Design By Me
Korang Nampak tak kotak entah apa benda kat gambar atas ni? Korang tahu tak tu apa benda? Sebenarnya aku pun tak tahu. Aku pakai hentam sajalah nama dia. Sukahati aku lah kan. Design aku. Hahaha :P benda ni sekejap je nak buat. Tak sampai 15 minit pun. Percaya tak aku buat benda ni sorang2? Kalau tak percaya korang boleh tanya mak aku. Dia saksi yang Nampak aku buat benda ni sorang2. Aku tak terpikir pon nak buat benda ni. Tapi idea aku tercetus (ecewahhh) tatkala aku rasa macam membazir je nak buang kotak kosong ni. Sayang tu. Aku guna kotak kasut nak buat benda ni. Kotak kasut ni pemberian Wanie. Thanks Wanie! Aku perlukan kotak kasut yang kosong, selotip hitam yang besar, selotip coklat yang besar, penutup tin yang aku gunakan untuk menyangkut kat dinding, dan gunting. Senang je nak buat, selotipkan sekeliling kotak kasut dengan selotip warna hitam dan lekatkan penutup tin. Letak 3 tau baru lah stabil. Kalau letak 1 je mahu jatuh benda tu kang. K lah, lets continue..


 

Nama: Pasu bunga menggunakan botol plastic design by me
Korang tengok gambar tu and korang ada rasa macam pelik tak? Aku pun pelik tengok rupa pasu bunga tak jadi aku ni. Aku rasa macam nak tumbang pun ada benda alah tu. Ahahaha. Benda ni paling senang aku nak buat tapi paling malas aku nak buat. Korang tahu tak sebab apa? Cepat lah tanya aku sebab apa. Tanyalah cepat. K fine tak nak tanya sudah lah. Biar aku terang sendiri. First botol tu kena dicatkan guna warna air. Kalau malas sangat, beli lah spray then spray je kat botol plastic yang dah dipotong setengah tu. Then ambil CD yang dah tak guna. Lekatkan muncung botol tu kat CD tu guna selotip or whatever sampai melekat. Then jadilah pasu bunga hiasan menggunakan botol plastik. Bahan yang digunakan tak banyak pun, Cuma botol plastic yang besar, CD, gunting, warna air, berus dan selotip hitam. Tu je. Amacam? Senang kan? Next!

 

Nama: Bekas alat tulis menggunakan botol plastic design by me.
Aduhaii banyak lah pulak produk kitar semula yang boleh dibuat menggunakan barang2 kitar semula. Setakat ni memang senang kan? Barang2 semua tu mudah didapati pun. Kalau korang pusing keliling rumah pun dah boleh jumpa. Yang penting kena ada kerajinan k. baru lah semua benda tu menjadi. Aku nak explain pasal bekas alat tulis ni. Produk ni lebih kurang je macam yang sebelum ni Cuma bezanya kali ini dalam version kecik pulak. Yeahh small is cute rite?  Hahaha Nampak simple n bodoh2 je kan tapi semua ni ada kegunaannya. Tak payah susah2 beli kat kedai. Kalau pandai olah sendiri n design sendiri confirm cantik. Benda ni aku malas nak design so aku hentam sajalah. Bahan2 yang diperlukan Cuma botol plastic yang kecil, penutup bekas plastic yang bulat (penutup bekas dadih yang korang beli kat pasar tu) dan selotip hitam serta gunting. Bahan utama confirmlah ada gunting kan. Ada ke buat semua benda alah ni tak guna gunting? Cer buktikan kat aku. Kalau setakat guna pisau tak payah cakap lah. pisau tu lebih kurang sama je dengan gunting kan. Okay next!


 
  
Nama: Ketam Hiasan di dinding design by me.
Korang Nampak tak hiasan yang ada rupa sikit2 macam ketam tu? Actually aku tak terpikir pun nak buat benda ni tapi disebabkan aku ternampak sebungkus sudu plastic yang dah lama tak guna tu aku dok piker nak buat apa dengan sudu tu. Then jadi lah ketam hiasan ni. Bahan2 yang diperlukan Cuma  1 penutup minuman tin yang digunakan untuk disangkut kat dinding, 6 sudu plastic, 2 garfu plastic, 1 mangkuk polisterin, 1pinggan kertas dan warna air serta berus serta gunting dan selotip hitam. Warnakan lah macam yang aku buat tu then tebuk sikit kat tempat mana2 yang korang nak untuk letak sudu dan garfu sebagai kaki dan ala2 penyepit ketam. Jangan lupa letak mata ketam. Kang takde rupa ketam pulak. Ahakss.. aku buat benda ni sekejap je. Dalam satu jam je. OMG! Satu jam tu sekejap?!! Lama lah jugak. Haha aku auta je. Sebab benda ni nak bagi kering kat warna yang kita dah cat tu. Senang je k. tak susah mana. Chaiyokk! Then..

  

Nama: kelopak bunga hiasan di dinding design by me
Korang pernah Nampak tak apa yang  aku buat ni kat mana2? Korang ingat senang ke nak buat? Mahu berpeluh tahu tak buat benda ni. Kena rajin barulah jadi macam yang aku buat ni. Kalau aku malas memang takkan jadi rupa cenggini lah kan. Bahan2 yang diperlukan Cuma pelbagai kertas warna, selotip hitam, gunting, 2pinggan kertas dan penutup minuman ni. Aku pun tak target nak buat benda ni. First time aku nak buat rasa macam putus asa je. Mana taknya, benda ni memerlukan 55kelopak bunga tahu. 6cmx6cm. can you imagine nak buat satu2. Nak harapkan kakak aku tolong? Kirim salam jelah. Bila aku mintak tolong je jawapan dia ‘aku tak sekreatif kau. Chaw’ gilaaaaa tak sakit hati. Ingatkan dia baik hati nak tolong rupanya…hmmmm. Next!


 

Nama: Menara KLCC design by me
Korang Nampak tak menara klcc tak jadi yang aku buat tu? Hehh korang ingat senang nak buat benda tu? Susah gila tahap cipan tahu. Aku dok piker macam mana nak buat menara ni sampai Nampak sikit2 rupa menara klcc. Bukan senang. Aku guna banyak tin minuman yang kosong untuk dicantumkan menjadi menara. Bawahnya pulak aku guna kotak kasut yang kosong dan minuman kotak. Kena selotip banyak2. Bila buat benda ni kena guna banyak selotip hitam. Prepare banyak2 tahu! Takut kang tengah buat tetiba habis. Kang tension jadinya. Bila dah siap, gunakan marker pen silver untuk lukis kotak2 satu persatu biar Nampak macam real sikit. Sikit okay. Even tak namapk pun atleast Nampak sikit pun jadilah kan. Credit to Wanie sebab tolong aku lukis kotak2 guna marker pen silver n dah pinjamkan marker pen silver kau. Ahakss.. thanks a lot kay.. Itulah gunanya kawan. Apa guna ada kawan kalau tak tolong kan?


 

Nama: Rak serbaguna menggunakan botol plastic design by me.
Ehem… Nampak senang je kan nak buat rak ni. Sebenarnya susah gila.. aku kena mintak tolong ayahandaku tersayang untuk menebuk botol plastic yang besar menggunakan mesin gerudi. Kalau aku tak mintak tolong, memang abah aku tak bagi lah nak guna mesin gerudi tu. Kau ingat murah mesin gerudi tu kalau beli? Kalau aku guna tiba2 terrrr rosakkan macam mana? So aku kena mintak tolong abah aku jugak. Thanks a lot abah sebab tolong. Lepastu abah aku carikkan satu kayu untuk dimasukkan skru apa tah. Banyak sangat barang2 skru dalam laci so aku pun malas nak ambik tahu. Botol plastic tu aku gunting sampai paras mana yang aku nak then design kan sikit. Bila abah aku nak gerudi dekat tengah2 botol plastic tu, kena ikut saiz mata gerudi pulak. Aduhai leceh betul. Kena guna kayu lah untuk lapik. Takdelah rosak meja tu nanti kena gerudi sekali ke apa. Serius aku cakap, nak buat benda ni memang susah. Tapi kegunaannya korang boleh letak pin2 tudung bagi yang perempuan, jam or gelang. Memang simple tapi bagi aku benda ni amat menarik. Serius wa cakap sama lu! Next!


 

nama: telefon jarak jauh menggunakan tin susu design by me
haaaa yang ni memang senang nak buat. Korang tahu kan telefon yang ada tali sebagai penyambung tu? Kena tebuk tengah2 tin susu tu then masukkan tali  kat tengah2 tin susu tu. Dah siap lepastu balutkan sekeliling tin susu agar Nampak menarik dan siap untuk digunakan. Hahaha simple je kan? Tak perlu banyak modal pun. Senang je nak buat. Yang penting kena ada apa? Kerajinan dan kesungguhan k?
last sekali yang aku nak explain ialahhhhhh…


 

Nama: pokok serbaguna menggunakan kotak kasut design by me
Last sekali yang aku nak tunjukkan semestinya benda alah ni. Haaaa buak senang tahu nak buat. Kena ada rupa pokok. Yang penting kena stabilkan benda ni kalau tak memang tak jadi lah. aku gunting kotak kasut tu. Ambik permukaan yang besar. Lakarkan bentuk pokok. Bila dah gunting bentuk pokok,buat kan rupa yang sama dekat kotak kasut yang lain. Gunting kat tengah2 tu then adjust lah. tebuk sikitdekat mana2 tempat yang korang nak then gantungkan lah anting2 korang. Produk ni sesuai digunakan buat kaum perempuan je. Kalau nak guna benda alah ni untuk gantungkan nota2 penting pun boleh. Pandai2 korang lah buat ikut kreativiti korang. Yang penting benda ni senang nak dibuat.

Dah macam2 yang aku explain kan. Ada rasa sakit kepala tak? Sakit tengkuk dan sakit segalanya tak ? kalau agak2 stres baik korang off the laptop. Aku saja nak kongsikan apa yang aku buat. Produk2 ni senang je nak buat. Korang boleh letakkan kat kelas or dalam bilik korang je. Yang hiasan tu boleh digantungkan kat dinding. Kalau mak ayah korang tanya, cakap jelah benda tu salah satuseni yang simple dan boleh dijadikan hiasan di dinding. Yang penting, buat benda2 ni tak perlukan otak yang kreatif tapi perlukan kesungguhan melakukan sesuatu perkara. Tak semestinya otak tak kreatif tak boleh buat semua ni. Think positive. Insyaallah, you can do it by yourself. Believe in yourself. Tak cuba takkan tahu kan? Setiap insan ada kelebihan yang tersendiri. Gunakanlah kelebihan tu dengan sebaik yang mungkin. Hargai setiap kelebihan yang Allah berikan kepada kita dengan sebaiknya. Selamat mencuba!

Sincerely by,

Cha b