Friday, April 18, 2014

Bestfriend?!




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada followers, stalkers, viewers dan readers sekalian. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ni. Sekalung penghargaan dihadiahkan buat para pengunjung blog yang mengunjungi blog aku ni. Okay selesai sudah sesi mukadimah. Penatjugak aku membebel ye rupanya. Huh *tarik nafas lega*


Hari ni aku nak update pasal bestfriend forever aku. Yaaaa korang sudah tersilap masuk kot entri aku ni. Agak2 meluat dengan entri aku, sila berhambussssssss dari sini. Kedatangan anda tidak dialu-alukan sangat pun. Hahaha kerek gilaaa aku kan? Erkk.. Gila tu tak lah. Saja nak dramatik sikit ayat. Amacam, gempak tak ayat aku tadi? Ecewahhh.. Tak mahu ar membebel banyak2. Penat jugak tau membebel je. Baik aku mula menghupdate segala macam yang aku nak. Betul tak kawan2 sekalian?


Apa itu definisi kawan baik? Kawan baik tu lebih kurang macam kawan rapat kita. Entah lah aku pakai hentam keromo je. Ada aku kesah? Aku pun tak tahu nak jelaskan definisi kawan baik kat korang. Pandai2 lah korang search kat google k?  Taip je definisi kawan baik kat pakcik google confirm jumpa punya lah. Kalau tak jumpa gak korang habaq kat aku tau. Aku boleh tolong search kan untuk korang. Hahaha poyo je lebih do aku ni.


Tertanya-tanya tak siapa sebenarnya kawan baik aku? Mesti semua orang dah tahu kan? Kawan baik tak semua orang jadi kawan baik kita. Even kita rapat dengan semua orang, akan ada salah seorang daripada ramai2 tu yang betul2 memahami kita tak kira masa. Maksudnya, dia sentiasa ada disaat kita perlukan dia. Atau maybe tempat kita saling share problem dan gossipping. Haha kita kan perempuan. Menipu lah kalau sehari tak bergosip. Even lelaki pun semua nya sama je. Takde beza pun. Masing2 suka bergosip. Sapa yang tak suka bergosip bukan orang lah namanya. Mungkin toyol? Wallahualam. Aku bukan nak cerita pasal gosip ke apa. Tapi aku just ulas je semua tu.


Aku nak cerita pasal bestfriend aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang. Tak ramai pun bestfriend aku. Kalau hitung2, kawan yang sebenar2 kawan tak ramai. Kawan yang betul memahami dan kawan yang boleh berkongsi segala masalah memang tak ramai. Apa yang penting kita kena pandai pilih kawan. Bukan pilih kawan yang pandai je tapi kita kena cari kawan yang takkan bimbing kita ke jalan yang sesat. Kawan yang boleh bimbing kita ke jalan kebaikan. Kawan yang tak pengaruh kita melakukan kejahatan. Aku nak ingat balik semua kenangan aku masa sekolah rendah sampai sekarang. Throwback lah kiranya. Mungkin suatu hari nanti aku boleh jadikan blog aku sebagai kenangan.  Eh sukahati aku lah nak cerita pasal apa. Jangan merungut. Jangan kutuk. Tak baik mengumpat aku. Hahaha.


Bestfriend aku masa sekolah rendah ialah  ….
Pertama sekali, bestfriend aku ialah sabrina syahirah bt zulfikri. Dia kawan baik aku masa darjah 3. Kitorang memang rapat gilaaaaaa sampai ustazah baizura pernah gelarkan kitorang ni belangkas sebab kemana2 dia pergi mesti aku ikut. Memang bestfriend lah. Dulu masa darjah 3 aku tak pernah bergaduh dengan dia. Bahagia je. Selalu kongsi masalah dengan dia. Dialah segalanya buat aku masa tu. Dia lah yang ciptakan gelaran cha b buat aku. Sampai sekarang orang panggil aku cha b. Aku tak kawan sangat dengan orang lain. Dulu masa darjah 3, dia pernah suruh aku ajar kan tulisan macam aku. Dia kata cantik. Aku pun ajar. Namun, lama kelamaan kitorang dah tak rapat sebab ada perselisihan faham. Dia tuduh aku tiru tulisan dia. Takpe, allah tahu segalanya. Aku sabarkan hati. Start tu lah kitorang dah makin jauh. Selalu gaduh. Sampailah darjah 6. Dulu masa darjah 6, aku selalu dipulaukan rakan sekelas disebabkan dia. Aku sabar. Aku tabahkan hati. Aku diam je walaupun aku rasa sedih sangat. Syukurlah dengan berkat kesabaran aku, dengan berkat keikhlasan aku, aku berjaya mendapat 4a1b dalam upsr. Aku tak pernah terfikir nak dapat 4a1b. Masa aku dapat result tu, aku terus menangis. Alhamdulillah.

Terima kasih, ya allah.

Kedua  sekali ialah nur izzati farhana bt mohd awaluddin. Aku mula rapat dengan dia masa darjah 6. Kalau aku ada masalah aku mesti luahkan kat dia. Kalau aku nak tanya pasal pelajaran pun mesti aku tanya dia. Kalau buat folio ke apa, aku mesti buat dengan dia. Dia satu2nya kawan yang terima aku seadanya. Walaupun satu kelas pulaukan aku, dia tetap dengan aku. Dia sorang yang tak pernah pulaukan aku. Dia baik, peramah, cantik. Dia seorang yang serius, periang dan ceria orangnya. Kalau dia marah, dia suka pukul. Tapi aku suka kawan dengan dia. Bila aku takde kawan, aku kawan dengan dia. Thanks izzati.


Ketiga sekali, wardah hanis bt jalaluddin. Wardah ni comel sangat tau. Dulu masa sekolah rendah, aku selalu main pipi dia. Dia comel sangat. Sekarang dia sekolah jeram kot. Dah lama tak jumpa so memang dah tak kenal antara satu sama lain. Dulu aku rapat dengan dia masa sekolah petang. Pernah jugak aku gaduh dengan dia tapi sekejap je. Dia ni seorang yang pemaaf. Dia jugak seorang yang periang. Dulu masa sekolah petang dia jadi penolong ketua pengawas. So dia pakai tudung dan kain sekolah warna kuning. Heee memang dia comel gila. Sekarang aku tak pernah jumpa dia. Insyaa allah kalau ada rezeki. Aku tak pernah lupa dia sebab aku simpan lagi gambar aku dengan dia. Dia tak pernah pulaukan aku macam orang lain pulaukan aku. Dia memang baik orangnya. Kitorang pun dulu macam belangkas jugak masa darjah 6. Kemana je pergi mesti bersama.itulah dia kawan namanya. Kawan yang baik akan sentiasa ada dengan kita walau apa pun terjadi.


Keempat,  erisya aqlin bt shamsul bahri. Dia kawan dengan aku masa aku darjah 4. Dulu aku memang rapat dengan erisya ni. Lebih kurang macam aku rapat dengan  wardah lah. Dua orang ni memang aku rapat sangat masa darjah 4 dan 5.  Darjah 6 erisya pindah sekolah kat assam jawa. Memang sedih gila ah. Kawan aku masa tu cuma wardah je. Pegi mana pun dengan wardah. Aku rapat dengan erisya since darjah 4. Masa tu aku duduk satu group dengan erisya, salwah, sabrina dan irena kalau tak silap aku. Memang selalu buat bising. Ustaz rafi pun dah faham dengan perangai kitorang. Memang best lah masa tu. Tapi bila dah start gaduh,memang masing2 berpecah. Dah takdenya nak duduk sama2. Sedih gak. Tapi takpelah. Cuma tinggal kenangan jelah kan. Terima kasih korang.


Kelima, nadrah, salwah, azie, irena dan shazleen. Dulu masa aku darjah 6 kan aku rapat dengan dorang. Even berlainan kelas sekolah pagi tapi sama kelas sekolah petang. Kitorang berenam pernah menang buku skrap memori skbb masa darjah 6. Susah payah kitorang mintak tandatangan dan biodata cikgu2 sekolah rendah sebab nak dimuatkan dalam buku skrap tu. Selalu aku lepak dekat kelas diorang. Dorang tak sombong. Dorang memang best. Sempoi je. And dorang tak pulaukan aku even berlainan kelas. Aku selalu rehat dengan dorang. Sekolah pagi selalu lah jugak. Kalau sekolah petang, aku selalu dengan wardah. Kalau aku ada masalah aku mesti kongsi masalah aku dengan dorang. Thanks korang sudi jadi kawan aku.


Keenam, nurul syazwani bt mahat. I call her wani. Hmm.. Aku kawan dengan dia sejak form 1 lagi. Aku selalu dengan dia. Kitorang memang macam belangkas. Pergi mana2 je mesti berdua. Sampai aku pernah gaduh dengan hikmah sebab rapat dengan wani. Wani ni baik orangya. Dia selalu ada disaat aku memerlukan. Nama pun bestfriend mestilah pernah bergaduh kan. Tapi kitorang cepat2 kawan balik. Paling lama tak kawan pun cuma 2 hari je. Dia study biasa je tapi result dia gempak. Memang sedih jugak lah sebab aku tak dapat straight a macam dia masa pmr. Aku dapat…. Hmm tak payah lah sebut. Sedih gila tahap cipan tahu tak?! Haha tu lah akibatnya kalau belajar main2 macam aku. Jadi, janganlah belajar main2 macam aku k, wani ni memang pandai. Otak dia genius. Dia pindah kat sekolah sains kat terengganu. Dia pindah sana lepas tu dia lupa kat aku. Tahun lepas boleh dia lupa tarikh lahir aku. How sad. Aku je yang terhegeh2 ingat kat dia tapi? Sokay lah aku faham dia busy sangat.maklumlah budak genius kan. Apa pun aku bersyukur kenal kau, wani. Thanks sudi jadi kawan aku selama 3 tahun.


Ketujuh, nor zafirah bt zainal. Selain wani, aku rapat jugak dengan zafirah. Dia ni ketua kelas tau masa form 3. Dia memang baik orangnya. Kalau mintak tolong pun, senang je dia nak tolong. Dia tak banyak karenah. Cuma satuje yang aku tak suka dengan dia bila dia moody. Aku yang berjalan sebelah dia pun dia dah tak peduli. Aku lebih kurang cakap dengan kucing lah. Dia langsung tak response kalau aku cakap dengan dia time aku moody. Sedih gila. Tapi, moody dia pun dia cuma moody bila dia ada masalah je. Apa pun, dia memang baik. Kalau aku tak dengan wani,aku mesti dengan zafirah ni. Dua2 aku rapat. Kalau rehat je mesti bertiga. Kalau tak bertiga pun mesti berdua. Lagi satu dia ni pandai mengarang novel. Nanti kira2 setahun lagi korang dah boleh baca lah novel dia kat pasaran. Insyaa allah. Thanks zaf for being my goodfriend.


Kelapan, nur alina bt zulkefli. Yeaaaa alina. Alina ni seorang yang sangat sangat memahami. Kalau aku ada masalah, mesti aku mengadu kat dia. Even aku tak rapat sangat dengan dia sebab sekarang berlainan kelas tapi dia tak pernah kedekut ilmu dengan aku walaupun dia pandai. Dia memang faham aku. Dia pernah bagi aku keychain handphone yang ada bentuk love dan kad birthday yang ada gambar bear kat aku. Memang tacing habis lah. Aku sayang alina. Dalam ramai2 kawan,dengan alina lah yang aku senang berkongsi cerita sebab aku sms je dia. Dia selalu bagi nasihat  yang berguna dan bernas. Dia selalu bagi aku semangat kalau semangat aku down. Dia mesti suruh aku sabar. Uniknya tentang dia, dia pakai spek mata warna putih. Lain daripada yang lain. Memang menyerlah gila. Dia kan putih. Lepastu pengawas sekolah. Tapi sekarang dia dah tukar spek mata warna lain pulak. Haha up to her lah. Apa pun, dia memang cantik. Dia seorang yang caring. Dan segalanya lah. Setakat ni aku tak pernah dan tak akan pernah bergaduh dengan dia. Sebab dia baikkkk sangat sangat sangat like an angel. Insyaa allah. Thanks alina.


Kesembilan, siti rahwani bt jamaludin. Yeah.. Aku kawan dengan dia since sekolah rendah lagi. Walaupun dulu tak rapat mana pun masa sekolah rendah tapi since form 5 kitorang rapat gila. Percaya tak kalau dorang cakap kitorang ni macam belangkas? Cikgu nora pun cakap kitorang belangkas sebab kalau aku ke mana2 mesti aku bawak sekali wani ni. Wani ni tak banyak songeh macam orang lain. Senang je nak berkomunikasi dengan dia. Dan dialah orang yang paling selalu aku kacau, usik, ejek, perli dan sebagainya. Kalau aku belajar tak fokus je mesti aku kacau dia. Paling teruk pun aku conteng buku dia, pemadam dan macam2 lagi. Haha teruknya aku. Omg! Dia tahu semua pasal aku. Aku yang kedekut, bakhil, tamak, banyak cakap, suka buat bising dan blab la bla kalau aku cerita kat sini memang habis 10 perenggan aku ulas pasal bestfriend aku sorang ni. Paling tak boleh blah masa dia tegur aku jangan main gam. Last2 gam tu tumpah kat baju, kain n tudung sekolah aku. Dia punya gelak memang gelak terbahak-bahak. Sakitnya hati aku dengar dia gelakkan aku. Memang best lah kawan dengan dia. Dia sempoi orangnya. Tak hipokrit. Apa yang aku warning dia dulu ‘kalau kawan dengan aku, tolong jangan moody’ sebab aku tak suka orang moody. Rasa macam cakap sorang2 je. Dan setakat ni dia tak pernah moody dengan aku. Dia memang seorang yang memahami. Hehehe :p


Wani is the best best best friend i ever had ! Thanks for everything
Kesepuluh, hansszanani. Yaaa , hansszanani. Kenapa hansszanani? Aku penah  update pasal hansszanani. Kalau nak tahu, search ah satu2 entri aku k. Hansszanani bermaksud 11 orang perempuan yang diketuai oleh zafirah dan dianggotai oleh nadrah, cha b, nurul, salwah, shazleen, azie, zulaikha, azhiemah, nisa, natasha. Walaupun nadrah dan nurul tak masuk dalam kelas sains 2 tapi aku tetap nak masukkan jugak dalam entri ni. Blog aku, suka hati aku lah, toyol! Walaupun kadang2 kitorang bersebelas tak selalu bersama tapi  kitorang tetap bersama di dalam hati. Hope so kekal sampai bila2. Aku harap geng kitorang tak berpecah sampai bila2. Hmm.. Mesti aku akan rindu dorang bila dah habis sekolah nanti. Ya allah! :’( pernah ada orang tanya aku kat ask.fm sama ada geng kitorang dah berpecah ke, pastu kalau nak tahu apa yang aku jawab, search sendiri ask.fm aku tau. Haha aku malas nak printscreen. Insyaa allah, hansszanani will stay  forever. Aminnnnnnn


Kesebelas, haafizh. Siapalah haafizh ni kan? Aku kenal dia since form 4 lagi kalau tak silap. Entah secara kebetulan je boleh kenal. Mula2 dia silap nombor. Macam tak logik je kan.orang silap nombor boleh jadi bestfriend. Mula2 tak rapat mana pun. Bila lama2 baru rapat. Kalau aku ada masalah ke apa, mesti aku mengadu kat dia. Dia baik sangat. Dia caring orangnya. Dia ni suka ala2 merajuk sikit. Lepastu jadi kerja aku pulak nak memujuk dia balik. Haish. Sabar ajelah. Apepun, dia memang baik. Kadang2 gayut dengan dia sebab kononnya dia rindu suara aku. Yelah percaya tak aku jarang text dia? Percayalah. Aku jarang text dia. Kalau aku ada masalah baru aku text dia. Jahat kan aku? Apa punya kawan lah aku ni. Dia terima aku seadanya sebagai kawan dia. Dengan dia ni, aku kau je bahasanya. Takde nak sweet2 bagai. Kawan jeh pun. Tapi dia sporting ah. Kadang2 share problem dia. N kalau aku sakit hati kat orang ke apa mesti dia bagi nasihat yang berguna. Dia memang seorang kawan yang baik. Result spm dia pun boleh tahan. Bagus jugak. Tapi, mana boleh bagitahu korang. Boleh blah ar. Aku selalu text dia tak kira masa sebab dia kan kawan aku. Pernah sekali aku moody, aku halau dia jangan kacau aku kat twitter. Omg! Kejam sungguh aku ni. Tapi puas jugak lah aku mintak maaf dengan dia. Dia seorang yang pemaaf. Aku pernah buat janji dengan haafizh yang kitorang akan kawan sampai bila2. Insyaa allah. Pegang janji tau? Sorry haafizh kalau selama kita kawan, aku ada sakitkan hati kau. Thanks.

Keduabelas, tar vin. Eh apa nama tu? Dia ni orang india tapi aku rapat dengan dia. Dia baik. Dia memahami. Even lain agama, tapi dia selalu ingatkan aku supaya solat. Dia lah orang pertama yang aku sms kalau aku ada masalah.  Dia seorang yang caring. Aku kenal dia pun sebab dia sekolah sains teluk intan. Entah macam mana lama kelamaan boleh jadi rapat pulak. Dia ni senang nak faham kalau aku ada masalah. Kadang2 aku call, kadang2 dia call. Dan tahniah jugak kat dia sebab dia dapat result spm yang bagus. Berapa a dia dapat? Mana boleh bagitahu. Apa yang penting,result dia memang bagus. Serius, tak tipu. Dia ni kan pandai buat kelakar. Kalau aku takde mood, mesti dia buat kelakar entah hape2 sampai aku pun tergelak. Dulu selalu aku kacau dia masa dia dah nak spm. Sampai dia spm pun aku tetap wish luck kat dia. Bestfriend kot! Serius aku cakap, dia ni mudah memahami. Dia cakap dengan aku langsung takde slang indian k. First time aku dengar suara dia, suara dia macam orang melayu. Fasih betul tau. Tak de slang langsung. Tak sia2 aku kenal dia. Thanks for being my best friend.

Ketigabelas, hafiz razak. Haaa kenapa kawan baik aku ada dua nama hafiz? Tapi ejaan lain dan orangnya pun lain k. Dengan hafiz ni aku sempoi je. Dengan dia ni kadang2 aku belasah je. Baby lah, honey lah, darling lah semua dia guna nak panggil aku. Aku pun hentam keromo je lah. Kadang2 kalu gedik2 dengan dia, aku guna i dengan u je. Haha dia tak kesah. Kitorang gurau2 je pun. Dia ni baik orangnya. Ofcourse dia caring. Selalu tanya aku dah makan ke belum bla bla bla. Kalau aku sakit hati ke apa, aku text ar dia macam aku text haafizh. Maksud aku sama dengan haafizh tu ialah aku jarang text dorang n call dorang. Kadang2 sebulan 2 kali je contact. Ada jugak dia text aku tapi kadang2 aku buat donno je sebab aku kan kedekut hajjah bakhiliah. So, aku pun tak reply lah text dia. Hafiz ni sebaya aku tau. So, kalau nak study apa2 pun, oncall dengan dia pastu aku tanya lah pasal addmath ke fizik ke kimia ke. Dia tak ambik bio. Aku pun tak tahu kenapa. Ikut suka hati dia lah. Dia yang belajar. Bukan aku pun. Aku ambik seni pun relax2. Apa lagi dia yang ambil lk. Lk tu apa? Kau tanya lah dia sendiri. Malas aku nak explain. Harharhar. Hafiz, thanks for being my friend.


Keempat belas, mohd fazri anis b mohd razman. Emm actually fazri ni kawan tar vin, entah macam mana boleh rapat pulak dengan fazri. Tapi kalau banding fazri dengan tar vin, aku lagi senang bergurau dengan tar vin. Dia ni tak serius sangat. Selalu bergaduh dengan fazri. Kononnya tak nak kawan tapi last2 kawan jugak. Fazri ni poyo orangnya. Ecewahhh. Gurau je bro. Fazri ni sama je macam semua best friend aku. Memahami jugak. Kalau tak memahami, bukan kawan baik lah namanya kan. Tapi aku tak rapat sangat dengan fazri sebab aku jarang text dia. Dulu masa dia nak spm, aku selalu kacau dia. Tapi result dia bagus jugak. Memang otak genius betul. Sekarang selalu gak text dengan dia. Dia baik. Tapi kuat sentap. Hahaha

Akhir sekali?  Aku akan update suatu hari nanti bila aku dah dewasa kelak. Insyaa allah.

Kepada semua nama yang aku taip kat atas ni, aku nak ucapkan beribu penghargaan kerana korang sudi menjadi kawan yang baik, kawan yang terbaik dan kawan yang terhebat buat aku. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. Insyaa allah aku takkan pernah lupakan korang. Segala kenangan pahit manis semua aku abadikan di blog ini. Cuma ada sipi2 je yang aku coretkan di blog ni. Yang lain, biarlah aku pendam di dalam hati. Apa yang aku taip hanyalah sekadar mahu berkongsi kisah suka duka pahit manis hidup sebagai seorang manusia. Aku hanyalah manusia yang ada hati dan perasaan. Tak semua benda buat kita tersenyum, gembira. Kadangkala ada kenangan yang membuatkan kita mengalirkan air mata. Semua tu biarlah menjadi kenangan hidupku yang bernama siti aishah binti baharum. Aku hargai segala kesudian korang terima aku sebagai kawan korang. Walaupun aku banyak buat salah dan silap, tolong ampunkan dan halalkan segalanya sekiranya aku ada hutang apa2. Kita sebagai sesame manusia kena saling memaafkan tak kira agama dan bangsa. Insyaa allah hidup kita akan tenang dan hidup kita bahagia. Aku doakan korang berbahagia selalu. Aku doakan korang mendapat keputusan yang cemerlang dalam hidup. Aku doakan korang berjaya membanggakan kedua-dua ibubapa dan keluarga korang. Tak kira di mana jua kita berada, kita kena sentiasa beringat dan bersyukur atas nikmat rezeki dan kurniaan dari allah. Segala yang baik datangnya dari allah, segala yang buruk datangnya dari aku sendiri.
Aku mintak maaf kalau apa yang aku taip ada mengaibkan korang ke apa, aku mintak maaf sangat2. Aku hanya sekadar berkongsi, tuhan yang menentukan segalanya. Andai aku ada menyakitkan hati korang selama ni, tolong maafkan aku. Terima kasih kawan2 untuk segalanya. Kenang aku dalam doamu sentiasa. Amin. Wallahualam.


Salam sayang dari cha b