Friday, April 18, 2014

Classmate 5 Science 2 in My Heart




Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 malaysia to all my followers, viewers, readers and stalkers. Today i want to update entry about classmate science 2 batch 1997 and my gang, hansszanani. Lets continue our story..
Ehem.. Penat ah speaking london. Eceh! Bajet gilaaaaa.menyampah aku kan? :p sebenarnya aku sayang sangat kat classmate aku. 

Ya allah, aku tak dapat bayangkan bila aku dah habis form 5 nanti. Sumpah, aku akan rindu sangat2 dengan classmate aku n gang aku. Satu2nya cara yang dapat ubati kerinduan aku kat diorang cuma dengan melihat gambar diorang je lah kan. Masing2 nanti akan sambung study jauh2 dan maybe diorang akan pindah sana sini. Oh my god! Kenapa aku dah mula rasa sedih sangat ni?
Aku nak story karenah, sikap, perangai, kelakuan baik dan buruk classmate aku. Serious aku akan rindu semua pasal diorang. Hanya blog ni menjadi tempat aku melepaskan kerinduan aku. Tolong jangan kecil hati. Aku update benda benar dan tiada kepalsuan statement kat sini. Cuma maybe ade sikit2 aku hipokrit. Takkan nak tulis semua yang buruk2 pasal classmate sendiri. Yang buruk2, biarlah aku pendam sendiri. Masing2 ada kelebihan dan keburukan sendiri. Siapalah kita nak mengubah ciptaan yang maha esa.
Ya allah, tabahkan hati aku nak taip segala macam ni. Aku tak nak air mata aku tumpah walau sedikitpun

Tapi, apakan daya. Siapalah aku nak halang air mata ni daripada keluar kan. Okay. Stop membebel. Kita sambung cerita ye.

Mula2 sekali aku nak cerita pasal guru kelas aku. Siapakah dia? Yup, semestinya pn mardiana bt jamaluddin menjadi ibunda kesayangan pelajar2 science 2 batch 1997. Banyak2 cikgu, cikgu mardiana lah cikgu yang paling memahami selain cikgu norasmah. Guru kelas aku mengajar subjek biologi. Sumpah, best sangat belajar dengan tchr. Cikgu mardiana ni mudah tersenyum dan cantik orangnya. Walaupun kecil molek, namun dia seorang ibunda kami yang tegas. Kalau kitorang buat salah, mestilah ditegur. Tak kan nak biar je kesalahan tu kan. Namanya bukan ibunda kalau kesalahan anakandanya tak ditegur.  Ecewah. Cikgu mardiana ni seorang yang memahami. Kalau ada masalah, just share dengan cikgu. Insyaa allah cikgu mardiana akan bantu semampu yang boleh. Cikgu, saya akan rindu cikgu sangat2 lepas ni.

Next, aku nak cerita sikit pasal ketua kelas aku. Namanya naim izzudin. Actually dia sama kelas dengan aku masa sekolah rendah dulu. Tahun lepas dia baru pindah masuk kelas aku. Dia ni boleh tahan garang kalau tengah marah. Tapi marah2 dia pun, dia tegas. Dia tak main2. Lagipun dia ketua kelas kan. Mestilah tunjukkan contoh yang baik kepada kawan2. Eventhough dia tegas, dia tetap berdisiplin. Kalau disuruh hantar buku, mesti dia akan paksa hantar buku. Emmm, sabooo jelahhh.. Apa yang penting, dia tetap ketua kelas aku kan. So, kitorang kena hormat dia sebagai ketua kelas. Bukan senang jadi ketua kelas. Ketua kelas pegang tanggungjawab yang besar. Kalau cikgu marah ke apa, dia lah yang kena marah dulu. Hahaha..

Aku nak cerita pasal fitri hani. Siapa tu fitri hani? Comel kan nama dia. Kalau orang panggil dia fitri, mesti akan tertanya-tanya. Fitri tu lelaki ke perempuan. Haaa.. Itulah uniknya nama dia. Nama dia diambil sempena kelahiran dia pada hari raya aidilfitri. Fitri ni cantik sangat. Comel je orangnya. Dia ni tak garang  tapi tegas. Ha? Acano tuh? Errr..entahlah, aku pun taktahu nak terang macam mana. Yang uniknya pasal dia bila dia ketawa. Katanya, dia ketawa senyap. Kitorang mesti tersenyum2 je bila dengar dia ketawa. Dia kan comel, apa dia buat, semuanya pun comel lah kan? Even dia pakai tudung bawal ke sarung ke apa ke mesti nampak cantik dan cun je. Orangnya memang fotogenik. Heeeee :p

Seterusnya setiausaha kelas aku. Ehh, ada ke setiausaha? Jyeahh.. Kelas mana yang takde setiausaha? Setiausaha kelas aku ni tugasnya jadi ‘pengapit’ ketua kelas. Korang tahu apa maksud aku cakap ni? Miza asyraf ni selalu ada dengan naim tak kira kat mana pun. Mesti diorang berdua. Bestfriend gitu. Memang sesuai jawatan tu dengan dia. Miza ni pandai buat kelakar. Kelakar dia spontan je. Kadang2 dia buat kelakar,dia tak gelak langsung tapi kitorang satu kelas yang gelakkan dia. Ayat dia tu memang kelakar. Haha. Actually, nama dia unik kan. Sebab biasanya nama miza kan nama perempuan. Itulah uniknya nama dia mohd miza asyraf. Dia ni aktif dengan krs dia tu. Selalu aje pegi kem sampai cikgu pun kadang2 geram dengan dia sebab selalu aje tak de kat kelas.

Then, aku nak cerita pasal bendahari kelas aku a.k.a pemegang saham terbesar kelas 5sains2 tahun ni. Haha. Nama dia nuramira syafinaz bt mohd zahir husin. Wow, panjangnya nama dia kan? Itulah uniknya dia. Masing2 ada keistimewaan yang tersendiri. We call her mira inaz for short sebab nama dia panjang kan. Suara dia kuat tau. Uniknya pasal dia sebab dia suka warna merah. Jyeahh, merah untuk mira. Dia ni comel tau. Kalau dia nak buat announcement, tak perlu susah2 nak jerit. Suara dia dah memang kuat.

Aku nak cerita pasal ketua keceriaan kelas aku. Nama dia nurul azlin. Dia ni cantik dan cun. Apa yang aku jeles sangat dengan dia ni sebab dia pandai addmath. Eeee,jelesnya. Selalu dia akan dapat markah yang tinggi dalam addmath. Btw, dia ajk koperasi. So kalau nak fotostat ke apa, mesti suruh dia. Dia ni putih melepak. Jeles betul lah. Dia masuk kawad pun macam takde effect kat dia. Biasanya kalau orang masuk kawad kan mestilah kulit akan jadi gelap kan. So, that’s why lah aku jeles dengan dia. And,, dia ni comel tau. Kalau dia senyum, mesti keluar lesung pipit. Sooooooo cuteeeee :p dia baik tau. Aku pernah kawan dengan dia masa sekolah rendah. Dulu pernah pergi kem kelab spbt dengan dia. Semua orang panggil dia alyn. Dia ni pendiam orangnya. Nak tengok dia gelak memang payah. Tapi bila dia gelak, comel gilaaaa tau :p alyn ni kreatif orangnya. Dia pandai buat jadual kelas dan carta organisasi kelas. Cantik gila...
Akhir sekali, jawatan tertinggi dalam kelas aku ialah nurul azira syuhada bt ismail. Dia ni tinggi jugak tau. Haha dia ni comel jugak. Dia ni boleh tahan kuat suara dia. Sekali dia jerit, semua orang mesti terdiam. Tapi kadang2 budak2 len gelak jugak bila dia jerit. Aku tak tahu nak komen apa pasal dia sebab aku tak rapat dengan dia pun. Hmm tu jelah kot. K next,

Aku nak cerita pasal budak2 india kelas aku. Dorang ni semua pandai2. Antaranya durga, vinosha, malervilli, shalini, sangeetha dan sharuindran. Selalu kalau aku tak paham maths kea pa mesti aku tanya malervilli. Senang lah berkawan dengan malervilli. Dia ceria je. Aku usik dia ‘budak jahat’ , dia usik aku ‘budak kecik, budak nakal, budak jahat’ hahaha aku hanya mampu ketawa jelah. Kalau dengan shalini memang susah sikit sebab dia selalu marah2. Dia tak best macam malervilli. Aku lagi prefer malervilli lah kalau aku nak tanya apa2. Kalau dengan malervilli n durga aku senang nak bergurau senda. Vinosha n sangeetha aku jarang panggil dorang. Sharuin pulak asyik kena marah dengan cikgu2 je sebab dia punya homework selalu tak siap. Cikgu yusma kata dia umpama mentimun. Asalnya sharuin tu kelas 5 sains 1 entah kenapa dia dipindahkan ke 5 sains 2. Maybe sebab result dia down kot.
Kali ni aku nak cerita pasal geng aku. Yaaa , hansszanani. Kenapa hansszanani? Aku penah update pasal hansszanani. Kalau nak tahu, search ah satu2 entri aku k. Hansszanani bermaksud 11 orang perempuan yang diketuai oleh zafirah dan dianggotai oleh nadrah, cha b, nurul, salwah, shazleen, azie, zulaikha, azhiemah, nisa, natasha. Walaupun nadrah dan nurul tak masuk dalam kelas sains 2 tapi aku tetap nak masukkan jugak dalam entri ni. Blog aku, suka hati aku lah, toyol! Walaupun kadang2 kitorang bersebelas tak selalu bersama tapi  kitorang tetap bersama di dalam hati. Hope so kekal sampai bila2. Aku harap geng kitorang tak berpecah sampai bila2. Hmm.. Mesti aku akan rindu dorang bila dah habis sekolah nanti. Ya allah! :’( pernah ada orang tanya aku kat ask.fm sama ada geng kitorang dah berpecah ke, pastu kalau nak tahu apa yang aku jawab, search sendiri ask.fm aku tau. Haha aku malas nak printscreen. Insyaa allah, hansszanani will stay forever. Aminnnnnnn

Then, aku nak story pasal geng biy(s) dalam kelas aku. Amende biy(s) tu? Aku pun tak tahu sebenarnya. Tapi geng tu dianggotai oleh nadiha, fazlin, haziqah, azira, edora dan ‘aidil. Hmmm.. Apa yang aku tahu pasal dorang ni, dorang memang hot. Hotstuff gitu kata orang putih. Sweet je aku tengok dorang  ni tau. Aku tak rapat sangat dengan geng dorang so aku tak tahu nak komen apa. Itu jelah kot.
After that, geng 2ma. Ape tu? Nama huruf jugak. 2ma dianggotai oleh mira inaz, alyn dan malie. Alyn n malie ni ajk koperasi tau. So, kalau nak beli apa2 mesti budak lelaki kelas aku order kat dorang. Apa yang aku jeles dengan malie ni sebab dia tinggi. Serious dia memang tinggi. Pas tu dia kurus pulak tu. Adududuh memang aku jeles betul lah. Alyn ni pulak dah lah comel, ada lesung pipit pulak tu. Kalau si mira inaz ni pulak dia memang suka warna merah. Kalau aku suka gila warna oren, dia pulak memang suka gila warna merah.

Aku nak cerita pasal budak2 lelaki kelas aku. Yang paling famous semestinya yusuf, safwan n miza. Famous sebab apa tau tapi sebab tak siapkan homework. Kadang2 cikgu2 selalu je sebut2 nama dorang. Dorang boleh lagi tersengih2 sebab tak siapkan homework. Haha dorang selamba je. Tak takut langsung. Siap ketawa lagi. Yang famous jugak antaranya nazri, roslan, luqman, madnoor. Dorang selalu buat bising dalam kelas. Memang tak boleh blah dorang ni. Tapi cikgu selalu panggil nama dorang bila cikgu tanya jawapan ke apa. Dorang  ni sempoi je.

Pasal fitri hani dan faghira pulak, dorang ke mana-mana mesti berdua. Dorang memang bestfriend. Fitri comel, faghira cun. Dorang kalau ketawa mesti tak hengat dunia. Tapi..tu lah specialnya dorang. Orang lain takkan boleh tiru dorang. Dorang baik dan peramah jugak orangnya. Tak sombong pun. Mudah senyum kat orang. Senang cakap, dorang memang sempoi ah. Best gila kawan dengan dorang even aku tak rapat dengan dorang.cara berkomunikasi pun sempoi je. Takdelah serius gila 24jam atau muka ketat n menjeling je kat orang.dorang tak macam tu k.

Lastly aku nak cerita pasal bestfriend aku iaitu rahwani. Yeah.. Aku kawan dengan dia since sekolah rendah lagi. Walaupun dulu tak rapat mana pun masa sekolah rendah tapi since form 5 kitorang rapat gila. Percaya tak kalau dorang cakap kitorang ni macam belangkas? Cikgu nora pun cakap kitorang belangkas sebab kalau aku ke mana2 mesti aku bawak sekali wani ni. Wani ni tak banyak songeh macam orang lain. Senang je nak berkomunikasi dengan dia. Dan dialah orang yang paling selalu aku kacau, usik, ejek, perli dan sebagainya. Kalau aku belajar tak fokus je mesti aku kacau dia. Paling teruk pun aku conteng buku dia, pemadam dan macam2 lagi. Haha teruknya aku. Omg! Dia tahu semua pasal aku. Aku yang kedekut, bakhil, tamak, banyak cakap, suka buat bising dan blab la bla kalau aku cerita kat sini memang habis 10 perenggan aku ulas pasal bestfriend aku sorang ni. Paling tak boleh blah masa dia tegur aku jangan main gam. Last2 gam tu tumpah kat baju, kain n tudung sekolah aku. Dia punya gelak memang gelak terbahak-bahak. Sakitnya hati aku dengar dia gelakkan aku. Memang best lah kawan dengan dia. Dia sempoi orangnya. Tak hipokrit. Apa yang aku warning dia dulu ‘kalau kawan dengan aku, tolong jangan moody’ sebab aku tak suka orang moody. Rasa macam cakap sorang2 je. Dan setakat ni dia tak pernah moody dengan aku. Dia memang seorang yang memahami. Hehehe :p

Hope so korang tak lupakan aku. Insyaa allah. Aku doakan korang semua berjaya dalam hidup dan berjaya mencapai cita2 yang korang impikan. Jangan mudah putus asa. Anggaplah dugaan dan ujian tu suatu cabaran untuk korang terus berjaya dalam hidup. Jangan putus berdoa kepada allah. Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang. Insyaa allah kalau lepas habis form 5 ni kita semua tak berkesempatan nak berjumpa lagi, hope so suatu hari nanti kita semua ada rezeki nak jumpa semula. Jaga diri. Banggakan ibubapa dan keluarga korang dengan kejayaan korang. Dan, jangan lupa bersyukur dengan segala kurniaan dan nikmat yang allah berikan. Jangan takbur, riak dan sombong. Allah itu maha adil. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan korang. Amin. Insya allah, 5 sains 2 2014 sentiasa dalam ingatan.


Salam sayang dari cha b.