Friday, July 25, 2014

Ceritera Ramadhan Syawal 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua muslimin muslimat yang membaca blog saya. Yang stalk blog saya, terima kasih sangat-sangat kerana menambahkan bilangan view. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan umur yang panjang untuk kita bertemu Aidilfitri pada tahun ini. Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun akan datang. Insyaa Allah.

Raya ke ?

Sebut je raya mesti semua terfikir pasal baju raya, kuih raya, merdeka raya dan semua benda yang ada perkataan raya. Tapi yang paling semua orang fikir bila menjelangnya raya semestinya simbol $ kat mata korang semua. Bukan budak kecik je yang suka dengan duit raya, aku pun suka jugak duit raya. Cuma aku sedar diri. Makin umur dah meningkat ke angka 17, makin berkuranglah duit raya yang aku dapat. Takpe, aku redha. Dalam erti kata lain, PASRAH. HAHA.Bukan apa, aku ni dah nak dekat dah duduki SPM. Yeah.. ujian yang paling besar dekat kehidupan di dunia ni sebelum menjejak ke alam dewasa dalam erti kata lain, alam pekerjaan dan alam belajar di university atau kolej. Ermm.. aku ni tak ready pun nak SPM. Dah nak dekat SPM pun masih tak sedar-sedar diri. Masih takde sifat kerajinan nak STUDY SMART. Bila dah dekat exam barulah melalak nak cari buku lepastu bersengkang mata sampai ke tengah malam semata-mata nak STUDY HARD. Aku ni jenis yang STUDY LAST MINUTE. Lagipun aku senang nak ingat bila study lewat2 ni.

Wajib beraya ke wajib study?

Tahun ni wajib beraya ke wajib study? Aku duk piker dua benda ni sehingga asyik berlegar-legar di minda ku. Ecewahh.. padahal dalam hati duk piker berapa banyak duit raya yang aku dapat bila angka dah 17 tahun ni. Takpelah, kalau ada rezeki, dapat lah duit raya. Kalau tak dapat tu, kena sedar-sedarlah diri sebab dah tua kan. Even though ketinggian aku tak mencukupi syarat,ermmm HAHA tapi kenalah ada kesedaran kan.

Duit Raya?

#MSUMalaysia #Maxwell #AmpangPecah #BegUngu
You know what, haritu aku kena pergi MSU untuk terima duit raya ataupun dikenali sebagai zakat daripada MSU sempena ihya ramadhan. Time tu bertolak dari sekolah pada pukul 8 pagi gitu, dalam bas serius aku rasa macam nak mabuk je. Tapi terpaksa tahankan. Punyalah lama nak sampai. Bila dah sampai, terkejut bukan kepalang. Ramai sangat budak sekolah kat situ. Masuk dalam Canselor Hall kat MSU Shah Alam. Masuk je kat pintu bawah, terpandang seseorang berbeg ungu yang membuatkan aku teringat dekat someone tu. Bila tempat duduk kat bawah dah penuh, terpaksa naik kat tingkat atas. Ermm terpaksa duduk atas sekali. Jauh gila rasa. Macam susah je nak turun. And aku rasa tersentap bila depan aku..budak lelaki yang duduk. Budak 3 orang depan aku bukan main kuat gila nak mampus bau minyak rambut dia yang membuatkan aku rasa nak pengsan dan mabuk. Errr..kereknya budak depan aku. Okay baru aku tahu budak depan aku SMK Maxwell. Handsome tu memang lah hensem tapi gaya dorang macam nak bahan aku je. Al maklumlah, aku mengutuk dorang,dorang pun mestilah mengutuk aku jugak kan. Eleh macam lah tak tahu. Budak putih dengan budak pengawas tu.. Budak depan aku baca buku DARAH YAHUDI. Dia baca punya khusyuk sampai tak toleh kanan kiri. Masa dengar Prof Tan Sri Datuk Wira Shukri Abd Yajid memberikan sepatah dua kata yang sangat DEEEEEPPPPPP ayatnya mampu membuatkan aku tersentap dan menitiskan air mata. Saya tabik kat Tan Sri. Aku dalam dewan tu bukan main tak leh duduk diam. Pegang phone sambil tangkap gambar sana sini. Rambut budak Maxwell tu pun aku tangkap sekali. See? Nampak tak kebosanan aku? Hmm.. lepas dapat duit raya tu, aku duduk kat tempat aku balik. Aku tenung budak 3 orang tu macam nak telan je diorang. Padan ah muka kan. Kerek kot. Budak bandar gitu. Sebelum terlupa, SMK AMPANG PECAH paling mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar2. Aku rasa nama sekolah tu yang agak unik dan lain drpd yang lain kot. Kenangan yang sangat2 aku tak leh lupakan bila sebelum balik tu ramai2 bergambar sambil melambaikan duit raya yang kitorang dapat dan kameraman naik kat tingkat atas, kitorang berdiri kat tingkat bawah. Agak2 masuk dalam youtube tak eh? HAHAHA

Jahit Manik?

Ohh ye, sejak beberapa hari ni aku dah pandai jahit manik dekat baju raya. Even though tak sekemas dan secantik jahitan pakar-pakar kat luar sana, at least aku dah ada kemahiran yang bukan calang-calang orang boleh ada. Means, kerja menjahit manik merupakan sesuatu perkara yang kita rasa amat sukar untuk kita lakukan tapi sekiranya kita tekad dan rajin untk membelek manik yang sekecil tu, insyaa allah, kita akan dapat siapkan dengan sesegera yang mungkin. Dekat baju aku, aku jahit kat bahagian tangan dan bahagian bawah baju serta dekat leher baju kurung aku. Ermm, tak lah cantik tapi if kita jahit sendiri manic kat baju tu, kita akan rasa puas. Aku duk pikir2 maybe one day au boleh terima tempahan jahit manik pada baju kurung, baju jubah, baju kemeja, baju blouse dan tak mustahil baju pengantin. If tekad tu ada, nothing is impossible kan?


Tu jelah kot aku nak cerita untuk ceritera ramadhan raya untuk tahun ni. Kalau ada umur yang panjang, aku akan story lagi cerita yang hot-hot untuk korang ye. Take care