Monday, December 31, 2018

Terima Kasih, 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2018. Terlalu banyak pahit manis suka duka 
yang telah berlaku sepanjang tahun ni. Semuanya akan aku coretkan di sini supaya 10 tahun lagi 
aku akan bukak blog ni dan mengimbau kenangan yang telah berlalu sepanjang hidup. 

Permulaan 2018 dimulakan dengan peperiksaan akhir tahun semester 1. Apa yang 
aku boleh kongsikan ialah sepanjang aku melalui kehidupan di universiti, aku macam tak percaya 
akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran di universiti idaman aku. Alhamdulillah semester 1 berlalu dengan jayanya. 

Bulan 2 dilalui dengan penuh riang gembira kerana cuti selama sebulan selepas peperiksaan. 
Teringin jugak nak kerja masa cuti semester tapi apakan daya tidak berkesempatan. Pada pertengahan bulan 2 aku dah masuk semula semester baru iaitu semester 2. Cabaran yang perlu ditempuh sebagai seorang pelajar universiti. Apa yang aku boleh kongsikan di sini ialah bila belajar, jangan pernah putus asa. Sebab bila aku jadi seorang pelajar, aku cuma teringat mak abah kat rumah yang dah bersusah payah hantar aku belajar tinggi-tinggi. Alhamdulillah semester ni aku dapat ramai kawan baru dan dapat groupmate yang best. 

Bulan 3 aku merasakan masa tu berlalu dengan sangat pantas. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3. Esaimen pun belum sentuh. Masih relaks2 kenal kawan baru dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Oh yaa semester ni aku dapat sebilik dengan aida. Comel budaknya walaupun banyak cakap. Hahahaha. Apa agaknya cabaran aku? Aku rasa semester ni aku jadi makin kedekut. Aku tak suka share barang dengan orang lain. Entah kenapa. Aku cuma okay bila share barang dengan aida je. Selain tu memang no la. 

Bulan 4 sangat seronok sebab dah dekat dengan cuti midsem. Cuti seminggu apa lagi memang enjoy sakan la. Tak buat esaimen. Balik rumah pun tak sentuh esaimen. Kali ni aku settlekan PPG1 pasal surat menyurat apa semua tu sebab cuti sem ni aku kena pantau sekolah. ecewahhh.. Jadi guru pelatih selama 2minggu.. heheheh

Bulan 5. Oh yaa,, semester ni aku berpuasa di kolej dengan roommate kesayangan. Aku pun xtau kenapa aku sahur makan biskut sekeping boleh kenyang. Tu lah namanya berkat rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. Tak lupa juga birthday aku 9Mei. Perghhh birthday aku sama dengan tarikh PRU14. OMG... So, weekend tu 13Mei tu mak abah datang ke kolej bawak kek. auchhhh terharunya dapat sambut birthday dgn mak abah. Alhamdulillah. Teringat masa kerja dulu time birthday aku la short RM100. fuhhh kenangan pahit beb! Oh yaa pasal puasa tu kan hari2 buka puasa dgn roommate kalau tak pun mesti dgn zulaikah, hikma atau ima. Dorang ni paling selalu teman aku iftar. Sampai sekarang pun kalau dengar azan kan mesti aku teringat bukak puasa sama2 dgn dorang. 

Bulan 6. Alhamdulillah berjaya jawab paper final exam dengan jayanya. Dapat beraya dengan keluarga paling aku tunggu2. Raya pertama macam biasalah pergi beraya rumah nenek. Tapi...masa tu nenek dah lemah.. nenek nak pergi jumpa doktor.. memula dorang xnak bawak jumpa doktor lepastu akhirnya dorang bawak jugak.. dan aku ikut dan pangku kepala nenek.. masa tu aku cuba kuat.. tapi...... raya kedua... Allah lebih sayangkan arwah nenek siti ramlah.. Disaat aku sekeluarga tengah otw nak balik kampung kat sabak bernam, tetiba cousin ws bagitau yg nenek dah tenat. Allahu... kakak aku terus drive laju patah balik.. Ya Allah.. kenapa semua ni berlaku kat aku? Aku sampai je kat rumah tu aku terus salam cium nenek.. aku cuba basahkan lidahnya dengan air.. bacakan surah2 kat telinganya.. Ya allah sesungguhnya saat tu aku sangat down.. Bila doktor datang check katanya degupan jantungnya masih okay.. tapi aku tahu.. nenek dah semakin lemah.. aku makan mengadap nenek.. sambil makan aku berzikir kat telinga nenek.. lepas makan je aku cuba suap air setitik demi setitik namun..... keluar darah dari mulut nenek ibarat nenek dah tolak air tu keluar dari mulutnya... makin aku menangis.. aku takut.. then aku pergi solat.. aku doa kat Allah..Ya Allah kalau dah tiba masanya dia pergi.. Aku redha :'( Then aku duduk kat bahagian kaki nenek sebab yang lain dah duduk keliling nenek.. tiba saatnya.. darah banyak keluar dari mulut nenek.. sangat banyak.. dan saaat tu aku sangat sangat down dan aku tahu aku dah kehilangan sumber kekuatan aku selama ni.. satu-satunya nenek yg aku ada telah pergi mengadap ilahi.. Ya Allah aku cuba ikhlaskan pemergiannya.. 3 malam aku xboleh tidur.. aku xpercaya.. aku macam bermimpi.. satu ayat dia yg aku akan ingat sampai sekarang.. "nenek doakan adik lulus.. moga terang hati.. lulus periksa..nenek maafkan.." Ya Allah :'( tempatkan nenek aku dalam kalangan orang2 yang beriman.. aminnn..  Lepas seminggu aku dan keluarga balik kampung jumpa atuk.. alhamdulillah atuk sihat.. 

Bulan 7, aku ada temuduga biasiswa.. dekat IPG Cheras.. dugaan sangat bila aku datang lambat sebab jalan jammed.. lepastu aku diduga dengan barang aku kat mak.. masa tu dorang pergi breakfast dan aku mati kutu sbb xbawak hp apa semua tu.. padahal dah nak masuk temuduga.. then dah habis tu... aku dapat rasakan aku xdapat sebab aku macam boleh agak aku failed ujian kecergasan.. aku dah la makin gemuk pastu kena beep test memang lembab la aku lari.. lepas level 1 je HAHAHAHA. Then pertengahan bulan 7 aku ada PPG iaitu program perantis guru.. aku pilih sekolah aku sebab dekat.. dan aku hargai sangat2 bila jiha tumpangkan aku selama 2 minggu.. syukur ya Allah.. thankyou so much jiha.. macam biasalah kena relief kelas.. and yaaa mencabarnya bila budak2 duk bandingkan ketinggian dorang dengan aku.. heyy geramnya... tapi sebab aku sesi petang kan jadi macam bosan sikit la dan mengantuk sebab xde benda nak buat. hahahaha 

Bulan 8 aku berjaya menambah berat badan yang sedia berat ni sebab aku jadi penganggur tetap. hahahaha bosan weii tapi nak buat macam mana aku nak kerja tapi manada tempat nak ambik staf cuma sebulan je,.so sis redha.. 

Bulan 9 aku masuk semester baru.. alhamdulillah dah habis tahun pertama belajar dan masuk semester baru yang mana bermulanya tahun kedua pembelajaran. . aku jumpa kawan baru.. dapat satu group dengan orang baru dan paling penting dapat roommate dan housemate baru.. alhamdulillah sem ni dapat kawan yang baik.. thankyou korang yang hadir dalam hidup aku..

Bulan 10 aku busy dengan esaimen.. tapi tak lupa jugak join program kolej sebab nak stay kolej.. guess what kupon aku ada berapa? ha teka lah teka lah.. alhamdulillah aku akan cuba fight untuk join lagi banyak program kolej.. sebab aku xde kawan kalau aku duduk luar.. 

Bulan 11 cuti midsem bermula... rasa macam sekejap je kan masa berlalu.. tak lama lagi dah pementasan teater.. oh yee sem ni aku ambil subjek drama dan amali seni lakon.. tapi aku cuma ajdi ajk persiapan tempat je.. sis xpandai nak berlakon cuma pandai berdrama je.. well fake gituuuu... hahaha.. 

Bulan 12..bulan yang mana masing-masing struggle siapkan esaimen sebab minggu last ni biasanya semua esaimen kena hantar. ha mulalah pening nak siapkan esaimen sebab tangguh kerja.. student life ni biasanya mmg hantar esaimen time deadline wehh.. aku pun termasuk dalam golongan hantar esaimen last minit.. hahahaha

So.. tibalah masa aku nak post gambar pahit manis suka duka kehidupan sepanjang 2018.. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya.. aku cuba ambil semua tu sebagai kenangan dan positifkan diri supaya aura negatif tu dapat dibuang sejauh yang mungkin.. Of course aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ada dengan aku saat jatuh bangun aku belajar di sini.. aku hargai sangat2 kehadiran korang.. thank you dan aku harap korang kekal berada dalam hidup aku sebagai kawan dan sahabat dan family.. in shaa Allah :) 

Gambar 1 : Dinner dengan Hazirah Atiqa atau dipanggil Gie. Thanks Gie selalu tolong aku :)

 Gambar 2: Wefie masa sebelum ujian kecergasan fizikal di IPG Cheras. 
Tahniah korang yang dapat biasiswa KPM. Mungkin belum rezeki aku :)

 Gambar 3 : Bersama bestfriend iaitu Hidayah Saad. Thankyou wehh kau selalu teman aku kalau aku nak pergi mana2.. Sanggup temankan aku pergi klinik.. Thanks sangat :)

 Gambar 4: Bersama Naim dan Jiha.. Insan yang banyak bantu aku sepanjang PPG1 berlangsung di SMK Raja Muda Musa. Terima kasih cikgu2 yang terima kehadiran kami :)

Gambar 5 : Bersama Aida yang ada iras-iras Aiman Tino. Insan yang paling rapat sepanjang semester 2. Bangun tidur hadap muka dia. Sebelum tidur hadap muka dia. Walaupun dia kuat bebel tapi aku sayang :) 


Gambar 6 : Bersama sahabat yang paling paling aku sayang iaitu Siti Zulaikah binti Abdul Rajak. Terima kasih kau selalu ada di saat aku susah dan senang. Sanggup tidur rumah aku nak temankan aku buat esaimen. Kalau aku sakit dia yang kuat bebel. Kalau dia masak, dia mesti bagi aku sebab dia masak sedap tau. Dulu selalu pergi rumah dia. Dalam seminggu tu lebih 7 kali aku bertapa kat rumah kau. Kaulah sahabat aku. Stay dengan aku sampai bila2 ye :)


Gambar 7 : Bersama dengan kawan2 bekas form 6 di SAAS. Thank you shiqin sebab bawak aku. 


Gambar 8 : Nur Afiqah binti Mohammad Rapi. Thank you jiran sebab temankan aku join program KHAR. Sem depan kita fight lagi ya :)




Gambar 8 : Muhammad Akmal bin Zaidib. Insan yang selalu bagi semangat dan kata2 dorongan sepanjang aku belajar di sini. Thank you idola. 


Gambar 8 : Nuur Hikma Natasha. Thank you hikma selalu tolong aku. Selalu bagi semangat.. Makeupkan aku masa hari pementasan drama tu. hahahah


Gambar 9 : Nur Syafiqah binti Darishah. Thank you sebab selalu ada dengan aku. Housemate paling aku sayang :) 



Gambar 10 : Lim Wen Ye. Thank you lim sudi jadi kawan aku. Kau pernah tolong aku dan selalu sangat tolong aku.. kawan yang selalu bagi nasihat.. Thanks a lot lim :)


Gambar 11 : Atiqah dan Dayan. Thank you sudi jadi groupmate aku dalam subjek KPP. Korang kawan yang baik dan sangat memahami.. thanks girls 



Gambar 12 : Raya di kampung :)


Gambar 13 : Raya pertama


Gambar 14 : Masa ni pergi sekolah uruskan surat menyurat sebelum PPG1 


Gambar 15 : Masa ni pergi beraya dan excited gila nampak orang tu bela arnab. Apalagi selfie la


Gambar 16 : Bergambar dengan atuk. Moga atuk sihat selalu ye. aminn


Gambar 17 : Bersama sahabat merangkap ex housemate.. sayangnya kat dia ni.. sem ni selalu satu class dengan dia.. kadang satu grup.. kawan yang sangat memahami.. thanks babygirl :)


Gambar 18 : Sebelum balik upsi, kita bergambar dengan arnab yang dihadiahkan oleh someone. Thanks bagi arnab :)


Gambar 19 : Sahabat sepanjang semester 3 ni namanya Ima. Selalu join program KHAR sama2 dengan dia dan Amanda. Thank you selalu ada susah dan senang. Masak sama2 lepak sama2. Bilik kau dah macam bilik aku jugak. Thank you baby. i lafchuuu :')


Gambar 20 : Groupmate KPP. Sem ni aku first time satu group dengan budak pendidikan jasmani dan budak sastera plus budak pakk. Semua memang ohsem dan sporting habis!


Gambar 21 : Bersama IMA dan AMANDA. Sahabat paling rapat dan paling sayangggg :)


Gambar 22 : Kucing kesayangan saya dah berumur 7 bulan. Semoga panjang umur ye sayang. Kakak sayang adik sangat2


Gambar 23 : Insan yang menghadiahkan rabbit. Tahu je kan aku suka rabbit.. hehehe Thanks bang :)


Gambar 24 : Arnab tu comel kan. Kalau aku bela.. uishhh mesti lagi comel 



Gambar 25 : Masa PESKON20.. Photobooth paling lawa macam kenduri kahwin


Gambar 26 : With Amanda. Memula kenal dia ni masa join program KHAR.. Tetiba dia peluk aku. aku pun blur.. sebab belum kenal.. hehehe tapi bila dah rapat.. auchhhh xleh do xlepak dengan dia ngan ima.. rasa alone gilaaa hahaha


Gambar 27 : Ima ngan Manda pergi cameron dan aku suruh
 dorang bawak gambar aku sekali. hahaha



Gambar 28 : Insan yang tabah dan kuat. Tak pernah menyesal kenal senior ni,, dia sangat sangat baik. Dia busy macam mana pun still dia akan respon.. Sebelum ni kenal dekat IG je xpernah tegur pun.. hahahaha tapi dia memang femes la dalam kalangan kolej ni sebab dia MMK.. 


Gambar 29 : Sahabat yang selalu dengar masalah aku luahan aku cerita aku.. Thanks baby.. Stay with me okayy :)



Gambar 30 : Walaupun korang dah makin jauh, korang tetap dekat di hati aku. Aku tak pernah lupakan korang. AKU SAYANG KORANG



Gambar 31 : Thanks zulaikah snapkan gambar ni


Gambar 32 : Thanks korang sudi lari bersama aku.. zombie run ah sangat hahahah.. Az, Gie, Hikma, Hasanah.. thanks 



 Gambar 33 : Beraya di rumah shira. Thank you shira.. Kau pun sahabat aku.. nanti ada rezeki kita jumpa yee


Gambar 34 : With my beautiful cousin. ahahahahah thanks selalu ada susah senang aku.. kita dah berkawan sejak dalam perut mak kita lagi.. hmmmm walaupun jauh,, aku tetap sayang kau tau :)


Gambar 35 : Namanya Fatin 


Gambar 36 : With my bestfriend from UK! Hehehe belajar rajin2 kat UK sana tuhh.. carikan aku jodoh mata biru kat sana ye.. HAHHAHA


 Gambar 37 : Beraya di rumah ain.. thank you ain.. 


Gambar 38 : Beraya di rumah abang roskam. Thank you so much abang :)


Gambar 39 : Bersama bestfriend saya namanya hidayah saad. 


Gambar 40 : Clingy nya dia dengan ex housemate.. heheh thankyou dora :)


Gambar 41 : Fuhhh ada jugak bergambar kat sini


Gambar 42 : Muahhhhhhhhh kat prof teddy :*


Gambar 43 : Bersama team KKD. OHSEM!



Gambar 44 : Merasa ahh bergambar sebelah orang femes. hahaha idola tuhh.. selalu muka dia je emcee wehh.. memang hebat ahh abang ni 



Gambar 45 : Auchhh dapnya peluk prof bear. kalau bernab besar macam ni kan best



Gambar 46 : Bersama mak and bernab rara :) i lafchuuuu makkkk :*


Gambar 47 : Thankyou ima :*


Gambar 48 : Bersama sahabat-sahabat selepas pementasan drama BUKU HITAM



Gambar 49 : Jadi AJK untuk program derma darah kat library


Gambar 50 : Dinner Apresiasi Kelab Sahabat Pustaka Tuanku Bainun


Gambar 51: Bersama ex housemate. Palingg sayang :*



Gambar 52 : Terharunyaaa ada yang cium ubun kepala aku.. selalu abah buat macam ni.. next jodoh aku pulak yang buat macam ni.. HAHAHA


Gambar 53 : Bersama Dr Bazrul dalam kelas Sejarah Sastera yang terakhir sebelum final exam

Gambar 54 : Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman


Gambar 55 : Groupmate KKD. Thankyou so much korang.. 


Gambar 56 : Thankyou Azemah selalu temankan aku join program KHAR.. 



Gambar 57 : Bersama team KPP. Thankyouuuuuuu



Gambar 58 : Hari Kokurikulum 2018


Gambar 59 : Lepas program derma darah bergambar jap...



Gambar 60 : Ex roommate saya.. Cantik dan manis orang nya.. thank you sudi jadi kawan pertama dari aku mula masuk upsi.. thanks jadi kawan sebilik.. thanks sudi layankan bernab rara akuuu... thanks so much sahabat :*



Gambar 61 : Well.... gambar dengan orang hensem sat


Gambar 62 : My baby Najihah dan Farhana.. Dua2 insan yang paling rapat dengan aku selain siblings aku sendiri.. thanks selalu ada dengan aku saat susah dan senang.. aku hargai sangat2.. aku sayang korang.. sayang sangat :*


Gambar 63 : Thanks Nasuha selalu ada dengan aku.. selalu dengar cerita aku.. selalu jadi pendengar yang setia.. thanks so much baby! i lafchiuuuu


Gambar 64 : My baby... sem ni rapat sebab dia dulu roommate dengan zulaikah.. thanks selalu support aku disaat susah senang.. selalu kawan dengan aku.. thanks sangat baby


Gambar 65 : Thank you selalu hiburkan aku.. comel je budaknya.. hahaha 



Gambar 66: Inilah dia family saya.. Alhamdulillah :) 


Terima kasih dah scroll dari atas sampai bawah.. terima kasih sudi hadir dalam hidup aku.. semoga kita kawan sampai bila-bila ya.. mana yang nak pergi dari hidup aku silakan pergi.. mana yang nak stay sangat dialu-alukan... akhir sekali.. Selamat Tahun Baru 2019 :)