Friday, December 5, 2014

Al-Kisah KEM PLKN BERANANG, SELANGOR (Intro)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua!
Dah lama aku tak update blog.
Dah nak dekat aku pergi PLKN. Hmmm sedih rasa nak tinggalkan semua especially parents n family aku, bernab aku, katil aku, phone aku, kerusi, meja, selimut tebal, tv, kipas angin n semua yang ada termasuk kucing2 jiran aku. Huhuhu sedih tahu tak? Aku ni dah lah anak manja, emas, payung, intan berkarat semua. Tetiba dapat pulak PLKN ni. Memang 'BERTUAH'nya aku kan? Dalam erti kata lain, nasib aku lah -.-



Korang nak tahu tak masa bila aku dapat tau yang aku dapat PLKN ni? Nak aku cite tak? Aku cite jelah eh?

masa tu tengah ada open house raya. aku ingat lagi tarikh 16 ogos 2014. tarikh keramat tahu tak? sebelum tu our leader, zafirah nak check kan untuk geng aku pastu aku beria tak nak check kan. Pastu aku bukak lah time tengah open house tu. Tetiba dapat mesej, TAHNIAH....... menangis terus aku. hailahhhh anak manja memang cemni kan? cousin aku semua pujuk katanya nanti boleh mintak tangguh lah apa lah. lepas beberapa hari tu mood aku dah okay. tak nak fikir sangat lah kan sebab takut ganggu spm aku. 


now, dah habis spm, n tinggal lagi dua hari je aku akan tinggalkan rumahku selama 2 bulan setengah. banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui, demam panas, gatal2 badan, sakit perut, migrain...semua tu disebabkan aku stressssssss! stres terlampau sangat sampai kan aku tak lalu nak makan. lately ni aku kerap nangis sambil peluk mak aku, bernab aku. hmmm...tak dapat bayangkan. habis almost beratus ringgit jugak nak beli semua benda tu. dan terpaksa disumbatkan dalam luggage yang sangat kecik tu. perghhhhhh! rasa macam nak angkut satu rumah je. 

aku harap kat sana nanti aku dapat ramai kawan baru, dapat buat geng baru..tapi tak akan lupakan HARNSSZANANI sebab geng aku tetap di hatiku. hope aku dapat berdikari. selama ni aku makan pun bersuap, makan pun mak aku teman. semuanya aku buat dengan bantuan orang lain. sebab aku anak manja. tapi tak semestinya aku tak pandai buat kerja dapur okay. aritu aku baru je siang ikan. walaupun first time, tapi memang best. bukan tak pernah siang ikan tapi mak aku tak bagi aku jahanamkan ikan tu. haha! siang ayam pun aku dah banyak kali wat. sampai semut pun nak hurung aku. main dengan parang lama sangat sebab tu semut nak hurung aku sekali. tak sangka semut suka dengan ayam kan? aku ingat aku je yang suka makan ayam. bab masak2 ni memang aku dah boleh buat lah. cuma bab menggoreng je aku still arggggggghhhhhhhh takut minyak panas lah weiiii! anak manjooooo lah katakan. eleh, macam ko tak de benda nak takutkan? puiii! 

lepas ni aku akan timba pengalaman baru..yeahhhh...hope so aku berjaya menjalani latihan berkhidmat pada negara dengan cemerlang gemilang dan terbilang. btw, thanks hadi sebab kau banyak bagitau aku semua pasal PLKN. thanks kat herni sebab kita dah gayut lama sangat bincang pasal baldi! konon2 tak nak, nak, tak nak, nak bawak baldi tu..thanks a lot to my parents, family, cousin n my beloved nenek yang tersayang, Siti Ramlah yg sentiasa menjadi penguat semangat untuk aku terus maju ke hadapan! semoga panjang umur ye nenek ku tersayang. 


denda tu biasa. kita kena tabah menghadapi semua tu. anggap jelah Allah sayangkan kita. inshaa allah kita akan kuat dan kental menghadapinya. semua orang berat nak tinggalkan rumah, parents, bernab semua tu tapi kita kena lah berusaha untuk majukan diri dan terus bangkit menjadi seorang pelatih yang berguna dan bersedia untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara. 

azam aku, lepas habis PLKN ni aku nak kerja then nak masuk form 6. hope so result aku amat2 cemerlang. aku dah usaha bersungguh2. just bertawakal n berserah kpd Allah. inshaa allah, kejayaan milik kita semua!

doakan aku berjaya menjalani latihan khidmat negara dengan jaya dan semoga aku sihat selalu di sana. hadi cakap kalau nak pura2 sakit kena buat hari khamis atau jumaat supaya dapat cuti lama sikit. akan ku pertimbangkan ye bro! ahahahah!

KEM PLKN BERANANG, SELANGOR
KAMPUNG KUALA PAJAM
43700 BERANANG SELANGOR

aku dah hafal alamat tempat tu. perhhhh penuh dugaan dan penuh mendebarkan.
 INSYAA ALLAH!


cerita aku kat sana nanti, lepas 14 februari 2015 aku akan update. bye2 blogku sayang, wechat, bernab, facebook, twitter n semua yang paling aku sayang! doakan 
SITI AISHAH BINTI BAHARUM 
selamat menjalani latihan kem khidmat negara dengan jayanya! Amin!

Wednesday, November 26, 2014

Family of Harnsszanani

 Assalamualaikum semua kawan, sahabat, rakan dan taulan, my stalker, my reader, my viewer. Selamat datang. Again. Hahaha!


see? nampak tak gambar siapa di atas tu? okeyy meh aku  cerita. tu lah gambar geng aku. cuma tasha je takde. act aku dah penah update pasal geng aku ni. tapi kot2 kalau kau lupa meh aku ingatkan.
belakang dari kiri : azie, nadrah, azhiemah, leen, wan, zulaikha, salwah
tengah dari kiri : cha b, zafirah, wani
depan sekali gaya macam hampeh tu nama dia nurul.
hahah soryy ye nurul.



bila aku tengok gambar ni, aku terbayang nanti bila dah habis spm, mesti korang semua akan belajar jauh2, kerja jauh2 lepastu dah tak dapat jumpa. hmm nanti aku rindu korang sangat2. 
setiap hari kita satu geng bergosip, rehat sama2, makan sama2, lepak sama2 lepastu masing2 membawa haluan ke tempat lain. seerius aku akan rindu semua memori. ya allah, kenapa cepat sangat 2014 berlalu. tak lama lagi dah nak spm. masing2 kena struggle hard hard punya lepastu aku kena masuk plkn. ohhh dihsassstorrr. mesti korang akan lupa aku.hmmm


aku harap hubungan kita berduabelas akan kekal hingga selamanya, walaupun nanti susah nak jumpa sebab ada halangan dan dugaan yang mendatang, insyaallah, korang tetap ada dekat hati aku. gambar2 korang akan aku simpan buat kenangan. 



Harnsszanani stand for Hawa nadrah, aishah, rahwani, nurul, salwah, shazleen, zulaikha, azie, natasha, azhiemah, nisa, ira zafirahhh. hope so result spm kita gempak. do the best eh korang? sayang korang hingga hujung nyawa. muahhh


ingat tak masa sambut birthday zafirah tahun lepas? best kan? kita satu geng lepak kat kfc konon2 nak kenakan zafirah last2 tak jadi sebab dah kantoi. zafirah dengan baik hati belanja kita satu gang makan kfc. walaupun masatu birthday kau, tapi kau belanja kitorang. tu lah kenangan yang tak dapat aku lupakan. 

paling best masa kita satu geng pergi pangkor. sumpah best sangat2 kan? ada malam tu kita buat zafirah merajuk. haha tapi zafirah tak sedar kot. hmm aku rindu korang.


Dear my harnsszanani, i will miss you forever. 
Wherever you are, you are still in deep of my heart always. 

Convocation Day @ UNISEL


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. dah lama aku tak update kan? last aku update pasal ceritera ramadhan ke apa benda ntah. soooooo...dah lama sangat aku tak update. aku malas nak type panjang2. tengok je lah gambar yang ada.



gambar ni diambil masa kakak aku yang kedua tu konvokesyen. 


ni muka bajet comel. ergghhhhh




i love you. em em i love sapa ehh? i love my family!



 Allah Yang Satu! 



ecewahhhh bajet macam ambik ijazah je kan. hakhak





ni gambar aku dengan mak aku. well kan aku anak manja intan payung berlian karat mak aku. kau nak jeles apahal? awhhhh manja kan aku dengan mak aku. maklumlah anak bongsu. sapa yang bukan anak bongsu memang susah lah nak manja2 cam ni dengan mak kan. no comment



 ni pulak gambar aku dengan bapak kesayangan aku. aku sayang abah! aku sayang mak! muah muah


hahahaha peace! hahaha bajet comel lah pulok...heeee


 again, gambar aku dengan akak aku. masa tu baru lepas pakaikan dia baju jubah tu. even kelam kabut tapi sempat tangkap gambar. haha


emmmm....hahaha malas nak komen.


kenapa ada gambar yang aku tabik hormat tu. emm aku kan bakal pelatih plkn. so, berlatih lah dulu buat tabik hormat. 


 bakal penerima ijazah. in shaa Allah

 gambar ni diambil oleh my handsome cousin. memang tak jangka nak ambil gambar kat sini. last2 ambil gambar jugak. thanks a lot bro!


okay aku memang pendek. this is my family. thanks Allah!

 dua gambar ni diambil oleh cousin aku jugak. perhhhhh sudut memang cantik~ ala ala kakak aku pegang perkataan unisel tu. memang smart. sampai terbaring atas rumput cousin aku tu semata nak ambil gambar sudut mcm ni. memang otak dia KBAT sangat2! aku pun tak terfikir nak ambil gambar sudut macam ni. credits to him.

k tata assalamualaikum!

Friday, July 25, 2014

Ceritera Ramadhan Syawal 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua muslimin muslimat yang membaca blog saya. Yang stalk blog saya, terima kasih sangat-sangat kerana menambahkan bilangan view. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan umur yang panjang untuk kita bertemu Aidilfitri pada tahun ini. Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun akan datang. Insyaa Allah.

Raya ke ?

Sebut je raya mesti semua terfikir pasal baju raya, kuih raya, merdeka raya dan semua benda yang ada perkataan raya. Tapi yang paling semua orang fikir bila menjelangnya raya semestinya simbol $ kat mata korang semua. Bukan budak kecik je yang suka dengan duit raya, aku pun suka jugak duit raya. Cuma aku sedar diri. Makin umur dah meningkat ke angka 17, makin berkuranglah duit raya yang aku dapat. Takpe, aku redha. Dalam erti kata lain, PASRAH. HAHA.Bukan apa, aku ni dah nak dekat dah duduki SPM. Yeah.. ujian yang paling besar dekat kehidupan di dunia ni sebelum menjejak ke alam dewasa dalam erti kata lain, alam pekerjaan dan alam belajar di university atau kolej. Ermm.. aku ni tak ready pun nak SPM. Dah nak dekat SPM pun masih tak sedar-sedar diri. Masih takde sifat kerajinan nak STUDY SMART. Bila dah dekat exam barulah melalak nak cari buku lepastu bersengkang mata sampai ke tengah malam semata-mata nak STUDY HARD. Aku ni jenis yang STUDY LAST MINUTE. Lagipun aku senang nak ingat bila study lewat2 ni.

Wajib beraya ke wajib study?

Tahun ni wajib beraya ke wajib study? Aku duk piker dua benda ni sehingga asyik berlegar-legar di minda ku. Ecewahh.. padahal dalam hati duk piker berapa banyak duit raya yang aku dapat bila angka dah 17 tahun ni. Takpelah, kalau ada rezeki, dapat lah duit raya. Kalau tak dapat tu, kena sedar-sedarlah diri sebab dah tua kan. Even though ketinggian aku tak mencukupi syarat,ermmm HAHA tapi kenalah ada kesedaran kan.

Duit Raya?

#MSUMalaysia #Maxwell #AmpangPecah #BegUngu
You know what, haritu aku kena pergi MSU untuk terima duit raya ataupun dikenali sebagai zakat daripada MSU sempena ihya ramadhan. Time tu bertolak dari sekolah pada pukul 8 pagi gitu, dalam bas serius aku rasa macam nak mabuk je. Tapi terpaksa tahankan. Punyalah lama nak sampai. Bila dah sampai, terkejut bukan kepalang. Ramai sangat budak sekolah kat situ. Masuk dalam Canselor Hall kat MSU Shah Alam. Masuk je kat pintu bawah, terpandang seseorang berbeg ungu yang membuatkan aku teringat dekat someone tu. Bila tempat duduk kat bawah dah penuh, terpaksa naik kat tingkat atas. Ermm terpaksa duduk atas sekali. Jauh gila rasa. Macam susah je nak turun. And aku rasa tersentap bila depan aku..budak lelaki yang duduk. Budak 3 orang depan aku bukan main kuat gila nak mampus bau minyak rambut dia yang membuatkan aku rasa nak pengsan dan mabuk. Errr..kereknya budak depan aku. Okay baru aku tahu budak depan aku SMK Maxwell. Handsome tu memang lah hensem tapi gaya dorang macam nak bahan aku je. Al maklumlah, aku mengutuk dorang,dorang pun mestilah mengutuk aku jugak kan. Eleh macam lah tak tahu. Budak putih dengan budak pengawas tu.. Budak depan aku baca buku DARAH YAHUDI. Dia baca punya khusyuk sampai tak toleh kanan kiri. Masa dengar Prof Tan Sri Datuk Wira Shukri Abd Yajid memberikan sepatah dua kata yang sangat DEEEEEPPPPPP ayatnya mampu membuatkan aku tersentap dan menitiskan air mata. Saya tabik kat Tan Sri. Aku dalam dewan tu bukan main tak leh duduk diam. Pegang phone sambil tangkap gambar sana sini. Rambut budak Maxwell tu pun aku tangkap sekali. See? Nampak tak kebosanan aku? Hmm.. lepas dapat duit raya tu, aku duduk kat tempat aku balik. Aku tenung budak 3 orang tu macam nak telan je diorang. Padan ah muka kan. Kerek kot. Budak bandar gitu. Sebelum terlupa, SMK AMPANG PECAH paling mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar2. Aku rasa nama sekolah tu yang agak unik dan lain drpd yang lain kot. Kenangan yang sangat2 aku tak leh lupakan bila sebelum balik tu ramai2 bergambar sambil melambaikan duit raya yang kitorang dapat dan kameraman naik kat tingkat atas, kitorang berdiri kat tingkat bawah. Agak2 masuk dalam youtube tak eh? HAHAHA

Jahit Manik?

Ohh ye, sejak beberapa hari ni aku dah pandai jahit manik dekat baju raya. Even though tak sekemas dan secantik jahitan pakar-pakar kat luar sana, at least aku dah ada kemahiran yang bukan calang-calang orang boleh ada. Means, kerja menjahit manik merupakan sesuatu perkara yang kita rasa amat sukar untuk kita lakukan tapi sekiranya kita tekad dan rajin untk membelek manik yang sekecil tu, insyaa allah, kita akan dapat siapkan dengan sesegera yang mungkin. Dekat baju aku, aku jahit kat bahagian tangan dan bahagian bawah baju serta dekat leher baju kurung aku. Ermm, tak lah cantik tapi if kita jahit sendiri manic kat baju tu, kita akan rasa puas. Aku duk pikir2 maybe one day au boleh terima tempahan jahit manik pada baju kurung, baju jubah, baju kemeja, baju blouse dan tak mustahil baju pengantin. If tekad tu ada, nothing is impossible kan?


Tu jelah kot aku nak cerita untuk ceritera ramadhan raya untuk tahun ni. Kalau ada umur yang panjang, aku akan story lagi cerita yang hot-hot untuk korang ye. Take care

Monday, June 30, 2014

Terima Kasih Sahabat



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Thanks for reading, stalking, viewing and whatsoever.. aku bukan nak bermukadimah panjang berjela. Nak intro sampai esok lusa pun aku tak kuasa. Entri ni aku taip khas buat someone yang hadir dalam hidup aku yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus berjuang.
Someone tu aku gelarkan dia sebagai Capital F.  Nama penuh dia aku tak boleh bagitau sebab nya..sukahati aku lah nak bagitahu ke tak. Haha okay abaikan. Tujuan aku nak update pasal dia ni aku nak berkongsi beberapa pengalaman aku sepanjang mengenali dia.

Dia seorang yang berterus terang. Seorang yang jujur dan memang membuatkan hati aku tertarik nak mengenali dia dengan lebih rapat. Aku kenal dia sejak umur aku genap 17 tahun pada 9mei. Macam mana aku boleh kenal dia, sorry to say, aku tak boleh cerita macam mana tapi aku hanya boleh bagitahu tentang dia je. Hahaha annoying gila kan aku ni. Macam straight forward tapi dok kona sana sini. Macam hape entah. K abaikan. Dia baik sangat. Disebabkan nombor telefon dia aku dah 8pax, sepanjang seminggu tu aku oncall dengan dia. sometimes dia bagi nasihat yang sangat berguna. Yang buat aku teringat sampai sekarang kata-kata dia ialah tentang pelajaran. Kalau boleh dia tak nak aku malas. Aku kena kuat, aku kena bersemangat. Aku tak boleh kata MALAS. Kadang-kadang aku merungut jugak kat dia kenapa aku ambik bio, fizik, kimia, addmath n seni. Tapi dia mesti nasihatkan aku. Even aku tak minat subjek tu, aku kena usaha jugak minat.

One day tu dia demam. Aku oncall dengan dia okay je. Tapi bila tetiba dia cakap dia demam, sumpah aku risau gila. Yelah aku kan dah kacau dia. tapi dia pandai jaga hati aku. Dia mesti cakap ‘tak apa, cakap jelah. Kita dengar orang tu cakap’. Aku pun membebel lah entah hape. Tapi disebabkan aku ada ilmu bio sikit-sikit yang aku ingat sampai sekarang, aku sampaikan kat dia. aku kongsi semua yang aku belajar kat sekolah dengan dia. niat aku baik. Aku nak dia rasa apa yang aku belajar kat sekolah.

By the way, dia study course culinary kat satu kolej dekat selayang. Aku ni tak minat sangat nak masak-masak ni. And, of course dia bagi aku nasihat tentang semua ni. Aku rasa pengalaman ni sangat2 berharga. Even korang rasa apa yang aku update ni rasa bosan, bagi aku, aku taip entri ni dengan penuh perasaan. Aku terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Kalau boleh aku tak nak air mata aku menitis. Aku bukan nak tagih simpati, aku bukan nak tagih kutukan, aku update ni sebab aku nak abadikan kenangan aku dengan dia. hanya dengan tulisan di blog inilah aku mampu ingat kembali suatu hari nanti. K abaikan sesi iklan. Hmm..
Beberapa hari ni aku ada cakap dengan dia, ‘awak, lepas ni kita dah tak boleh cakap dah. Ni last kita dapat call’. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa. Bila khamis malam jumaat, aku ada cakap lagi macam tu kat dia, dia tanya aku kenapa, lepastu aku cakaplah yang lepas ni tak dapat gayut lelama sebab tempoh yang celcom bagi dah nak habis.

And..dia bagitahu lah aku kisah dia. dia menghidap penyakit jantung berlubang. Ya allah, hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Kenapa aku boleh cakap macam tu? Lepastu aku minta maaf dengan dia. dia cerita lah pasal penyakit dia. dia menghidap penyakit jantung berlubang sejak bayi lagi. Betapa sedihnya aku dengar segala luahan hati dia. air mata aku tak berhenti menitis. Aku cuba tahan. Aku tak nak dia dengar. Ayat dia yang buat hati aku tersentap,

“sakit jantung ni bukan sakit biasa. Jantung ni nyawa. Kalau takde jantung, matilah kita”

“masa kita baby, kita selalu nangis sebab banyak wayar kat badan.”

“kita pernah buat operation masa kita baby. Nasib baik doctor Berjaya selamatkan kita..kalau tak…”

“kita tak macam orang lain, orang lain normal, kita tak normal sebab kita ada sakit jantung. Nak buat macam mana, dah allah bagi kita sakit, kita kena terima lah semua ni”

Sumpah, aku rasa hiba sangat dengar dia cakap macam tu. Tersentap jiwa aku dengar. Dia cakap kalau sakit jantung dia tak sembuh, dia kena buat operate. Bayangkan weh, dalam umur 20tahun, dia kena hadapi sakit yang sangat-sangat tipis harapan untuk sembuh. Tapi, apakan daya, kita sebagai manusia sering lupa bahawa Allah Maha Esa yang menentukan takdir seseorang. Kita kena bersyukur atas segala kurniaan Allah kepada kita. Nikmat rezeki dan kesihatan yang Allah berikan kita kena hargai dengan lafaz Alhamdulillah. Nasib kita baik sebab Allah tak uji kita dengan ujian yang menimpa Capital F. sungguh berat ujian yang Allah duga capital F. namun, dia terima ujian ni dengan penuh tabah dan berserah kepada Allah. Wahai kawan-kawan yang baca, stalk entri aku kali ni, aku mohon korang doakanlah kesejahteraan Capital F yang aku maksudkan dalam entri ni. Semoga Capital F sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan sentiasa dipanjangkan umur serta ketabahan hati untuk menempuh segala ujian dan dugaan yang Allah berikan.

Untuk Capital F, saya buat entri ni khas untuk awak bukan untuk menagih simpati orang ramai, tapi saya nak sedarkan orang ramai supaya bersyukurlah atas nikmat kurniaan yang Allah berikan. Jangan sesekali mengeluh atas segala ujian yang Allah beri. Tabahkan hati dan terima semua dugaan dengan hati yang tenang. Allah tak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya sendiri. Selagi awak hidup, saya sebagai sahabat awak, sebagai rakan awak, sebagai teman awak akan sentiasa berada di samping awak walaupun kita berjauhan. Doa dari saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak. semoga awak sihat sentiasa, diberikan umur yang panjang untuk melakukan amal kebaikan, diberikan rezeki yang melimpah ruah serta mencapai cita-cita yang awak inginkan. Thanks for being my friend.

SELAMAT BERPUASA TO ALL MUSLIMS. RAMADHAN MUBARAK.


Sincerely, Cha b

Friday, June 6, 2014

Cita-cita Hala Tuju Masa Depan




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera buat semua viewer, stalker, readers. Selamat kembali ke blog yang tak seberapa ni. Hari ni aku nak cerita pasal cita-cita. Korang semua mesti ada cita-cita kan? Aku pun ada cita-cita jugak. Oleh sebab tu aku nak update untuk entri aku kali ini. Hope so korang semua boleh paham apa yang aku update kan ni.
Aku nak cerita pasal cita-cita aku. Yeaaa semua orang ada cita-cita. Cita-cita yang boleh menjamin masa depan. Kalau boleh, kita nak capai cita-cita tu. Tapi semua tak semudah tu. Kita kena hadapi segala macam ujian dan dugaan yang Allah berikan sebelum menempuh dan tercapainya cita-cita tersebut.

Dulu masa kecik bila ada orang tanya apa cita-cita kita bila dah besar nanti,

Jawapannya : nak jadi doctor sebab doctor boleh rawat orang sakit. 
Jawapannya : nak jadi pilot sebab boleh terbang. 
Jawapannya : nak jadi polis sebab polis boleh tangkap orang. 
Jawapannya : nak jadi angkasawan sebab boleh naik roket.

Hahaha semua jawapan kita masa kecik dulu sememangnya menjadi gelak ketawa orang yang mendengarnya. Tapi itulah fahaman yang kita faham apabila disoal mengenai cita-cita. Nak tahu tak apa cita-cita aku?




Pertama, aku teringin nak jadi cikgu. Dari dulu sampai sekarang aku memang ada niat nak jadi cikgu. Sebab kalau jadi cikgu boleh dapat hadiah banyak-banyak. Lepastu bila jadi cikgu, jasa kita akan dikenang sampai bila-bila. Lepastu, jadi cikgu boleh dapat cuti sabtu ahad. Cuma kadang2 kena lah bekerja sabtu ahad itupun kalau ada kerja. Hmm, jadi cikgu dapat pahala yang berlipat ganda tau. Besar dan mulianya tugas sebagai seorang guru.

Kedua, aku nak jadi chef bakeri. Kenapa ye? Sebab aku minat bidang ni. Aku minat bahagian yang berkaitan dengan bakeri. Hari2 dapat makan kek buatan sendiri. Hahaha! Lepastu kita dapat hias kek dengan penuh kreativiti. Apa function aku ambik seni kalau tak diaplikasikan bila dah jadi chef bakeri nanti. Dekat kedai bakeri aku nanti, aku nak masukkan bahagian pastry. Ala yang buat desert bagai. So, sambil makan kek, bolehlah jamah desert yang sedap belaka nanti ya. Hahaa jauhnya berangan! -.-

Ketiga, aku nak jadi usahawan. Ha? Kenapa usahawan? Sebab orang yang menjadi usahawan ni kebanyakan nya kaya raya. Bukan tu tujuan aku nak jadi usahawan, tapi aku nak belajar selok belok menjadi usahawan yang terkenal. Usahawan tak semestinya jual produk macam iklan TERLAJAK LARIS tu tapi aku nak jual produk yang macam cupcake or bidang bakeri. Tak pun aku nak jadi planner untuk birthday event. Bunyi macam seronok je kan? Semuanya ada berkait rapat dengan subjek seni yang aku belajar. Sebab aku minat benda yang warna warni ni. Memang berselera lah tengok cupcake aku suatu hari nanti. Hahaha

Lastly, aku nak jadi interior designer. What? Macam susah je kan? Tapi tak mustahil. Nothing impossible lah bak kata orang putih. Haha. Sebab utama aku nak jadi interior designer sebab aku minat nak reka suatu perabot or perhiasan rumah yang boleh menjana pendapatan. Yang penting kena sentiasa sabar, ada minat dan rajin meneroka. Haha aku pun susah nak explain. Yang penting kena kreatif dan inovatif. Barulah boleh jadi interior designer yang cemerlang gemilang terbilang. Betul kan?
Sampai disini sahaja entri kita untuk kali ini. Tak semestinya kita mempunyai satu je cita-cita. Atleast bila ada lebih dari satu, kita takkan rasa menyesal sebab tak capai cita-cita tersebut. Yang penting kena ada usaha. Lepastu kita berserah kepada Allah. Okay sayang? Thanks for reading. Love youuu :P


Sincerely, cha b