Friday, June 6, 2014

Cita-cita Hala Tuju Masa Depan




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera buat semua viewer, stalker, readers. Selamat kembali ke blog yang tak seberapa ni. Hari ni aku nak cerita pasal cita-cita. Korang semua mesti ada cita-cita kan? Aku pun ada cita-cita jugak. Oleh sebab tu aku nak update untuk entri aku kali ini. Hope so korang semua boleh paham apa yang aku update kan ni.
Aku nak cerita pasal cita-cita aku. Yeaaa semua orang ada cita-cita. Cita-cita yang boleh menjamin masa depan. Kalau boleh, kita nak capai cita-cita tu. Tapi semua tak semudah tu. Kita kena hadapi segala macam ujian dan dugaan yang Allah berikan sebelum menempuh dan tercapainya cita-cita tersebut.

Dulu masa kecik bila ada orang tanya apa cita-cita kita bila dah besar nanti,

Jawapannya : nak jadi doctor sebab doctor boleh rawat orang sakit. 
Jawapannya : nak jadi pilot sebab boleh terbang. 
Jawapannya : nak jadi polis sebab polis boleh tangkap orang. 
Jawapannya : nak jadi angkasawan sebab boleh naik roket.

Hahaha semua jawapan kita masa kecik dulu sememangnya menjadi gelak ketawa orang yang mendengarnya. Tapi itulah fahaman yang kita faham apabila disoal mengenai cita-cita. Nak tahu tak apa cita-cita aku?




Pertama, aku teringin nak jadi cikgu. Dari dulu sampai sekarang aku memang ada niat nak jadi cikgu. Sebab kalau jadi cikgu boleh dapat hadiah banyak-banyak. Lepastu bila jadi cikgu, jasa kita akan dikenang sampai bila-bila. Lepastu, jadi cikgu boleh dapat cuti sabtu ahad. Cuma kadang2 kena lah bekerja sabtu ahad itupun kalau ada kerja. Hmm, jadi cikgu dapat pahala yang berlipat ganda tau. Besar dan mulianya tugas sebagai seorang guru.

Kedua, aku nak jadi chef bakeri. Kenapa ye? Sebab aku minat bidang ni. Aku minat bahagian yang berkaitan dengan bakeri. Hari2 dapat makan kek buatan sendiri. Hahaha! Lepastu kita dapat hias kek dengan penuh kreativiti. Apa function aku ambik seni kalau tak diaplikasikan bila dah jadi chef bakeri nanti. Dekat kedai bakeri aku nanti, aku nak masukkan bahagian pastry. Ala yang buat desert bagai. So, sambil makan kek, bolehlah jamah desert yang sedap belaka nanti ya. Hahaa jauhnya berangan! -.-

Ketiga, aku nak jadi usahawan. Ha? Kenapa usahawan? Sebab orang yang menjadi usahawan ni kebanyakan nya kaya raya. Bukan tu tujuan aku nak jadi usahawan, tapi aku nak belajar selok belok menjadi usahawan yang terkenal. Usahawan tak semestinya jual produk macam iklan TERLAJAK LARIS tu tapi aku nak jual produk yang macam cupcake or bidang bakeri. Tak pun aku nak jadi planner untuk birthday event. Bunyi macam seronok je kan? Semuanya ada berkait rapat dengan subjek seni yang aku belajar. Sebab aku minat benda yang warna warni ni. Memang berselera lah tengok cupcake aku suatu hari nanti. Hahaha

Lastly, aku nak jadi interior designer. What? Macam susah je kan? Tapi tak mustahil. Nothing impossible lah bak kata orang putih. Haha. Sebab utama aku nak jadi interior designer sebab aku minat nak reka suatu perabot or perhiasan rumah yang boleh menjana pendapatan. Yang penting kena sentiasa sabar, ada minat dan rajin meneroka. Haha aku pun susah nak explain. Yang penting kena kreatif dan inovatif. Barulah boleh jadi interior designer yang cemerlang gemilang terbilang. Betul kan?
Sampai disini sahaja entri kita untuk kali ini. Tak semestinya kita mempunyai satu je cita-cita. Atleast bila ada lebih dari satu, kita takkan rasa menyesal sebab tak capai cita-cita tersebut. Yang penting kena ada usaha. Lepastu kita berserah kepada Allah. Okay sayang? Thanks for reading. Love youuu :P


Sincerely, cha b