Saturday, May 2, 2015

Sambung Form 6 ?



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera buat semua pembaca.
Terima kasih kerana menjenguk blog aku..

Tajuk entri kali ni about Sambung Form 6. Susah ke form 6 tu? Rugi ke ambil form 6?
Dan..
Kenapa aku update pasal STPM pulak ni? 


Yeahh, absolutely.
Aku bakal mendaftarkan diri sebagai pelajar SMKRMM sebagai pelajar FORM 6. 
Disebabkan result aku yang hangat2 tahi arnab tu, tak melayakkan aku mendapat tawaran yang gempak lagi meletop tu. So, aku decide nak sambung form 6.

Jujur aku katakan, dari tahun lepas lagi aku dah berniat yang aku sambung form 6. Aku tahu ramai duk hina dan mengata keburukan form 6 ni. But, I DON'T CARE!

Kawan2 aku kebanyakan nya dorang nak sambung masuk UNIVERSITI dan memilih jurusan yang diminati masing2. Ada yang pilih KOLEJ sebagai jalan singkat kerana result yang suam2 kuku. Ada yang pilih MATRIKULASI sebagai jalan pintas ke Ijazah Sarjana Muda. Namun, semua tu bergantung kepada diri masing2. 

Senang cakap, belajar ni tak boleh dipaksa. Belajar ni kena minat dan mendapat restu daripada kedua2 ibu bapa barulah apa yang dipelajari dan dituntut mendapat keberkatan daripada Allah.

Walaupun ramai yang cakap, STPM ni susah. LEBIH SUSAH daripada ASASI, MATRIKS dan DIPLOMA. Tapi, semua tu khabar angin sahaja. Konklusinya, ramai yang berjaya STPM.

Aku akui STPM ni susah. Susah sebab masih tak belajar lagi. Bila dah belajar dan cuba menghayati dan meminati subjek yang dipelajari, in shaa Allah, semuanya akan jadi mudah. 
Tak serumit ADDMATH!


Kat SMKRMM, ada ditawarkan beberapa subjek. Disebabkan sekolah aku cuma ada jurusan kemanusian atau dikenali sebagai SASTERA, subjek yang terdapat hanyalah
1. Bahasa Melayu atau Ekonomi (PILIH SATU)
2. Pengajian Perniagaan (WAJIB)
3. Sejarah atau Geografi (PILIH SATU)
4. Pengajian Am (WAJIB)
5. MUET (WAJIB)

Bahasa Melayu dan Ekonomi tu hanya boleh pilih satu sahaja. 
Begitu juga dengan Sejarah dan Geografi. Bila aku belek2 buku subjek tersebut kan, ternganga besar wei! Semuanya 100% karangan yang berjela-jela berpatah-patah dan boleh membuatkan juling mata. Takda gambar berwarna-warni macam masa kita SPM dulu.

Format pun dah baru disebabkan sekarang telah dijalankan sistem seperti di universiti. Ada 3 semestar ataupun 3 penggal. Masa untuk menjawab pun ditetapkan.


Nanti lepas aku melapor diri di tingkatan 6, akan ku update lagi ye? Sampai disini saja untuk hari ni. Terima kasih

Sincerely : cha b