Monday, June 30, 2014

Terima Kasih Sahabat



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Thanks for reading, stalking, viewing and whatsoever.. aku bukan nak bermukadimah panjang berjela. Nak intro sampai esok lusa pun aku tak kuasa. Entri ni aku taip khas buat someone yang hadir dalam hidup aku yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus berjuang.
Someone tu aku gelarkan dia sebagai Capital F.  Nama penuh dia aku tak boleh bagitau sebab nya..sukahati aku lah nak bagitahu ke tak. Haha okay abaikan. Tujuan aku nak update pasal dia ni aku nak berkongsi beberapa pengalaman aku sepanjang mengenali dia.

Dia seorang yang berterus terang. Seorang yang jujur dan memang membuatkan hati aku tertarik nak mengenali dia dengan lebih rapat. Aku kenal dia sejak umur aku genap 17 tahun pada 9mei. Macam mana aku boleh kenal dia, sorry to say, aku tak boleh cerita macam mana tapi aku hanya boleh bagitahu tentang dia je. Hahaha annoying gila kan aku ni. Macam straight forward tapi dok kona sana sini. Macam hape entah. K abaikan. Dia baik sangat. Disebabkan nombor telefon dia aku dah 8pax, sepanjang seminggu tu aku oncall dengan dia. sometimes dia bagi nasihat yang sangat berguna. Yang buat aku teringat sampai sekarang kata-kata dia ialah tentang pelajaran. Kalau boleh dia tak nak aku malas. Aku kena kuat, aku kena bersemangat. Aku tak boleh kata MALAS. Kadang-kadang aku merungut jugak kat dia kenapa aku ambik bio, fizik, kimia, addmath n seni. Tapi dia mesti nasihatkan aku. Even aku tak minat subjek tu, aku kena usaha jugak minat.

One day tu dia demam. Aku oncall dengan dia okay je. Tapi bila tetiba dia cakap dia demam, sumpah aku risau gila. Yelah aku kan dah kacau dia. tapi dia pandai jaga hati aku. Dia mesti cakap ‘tak apa, cakap jelah. Kita dengar orang tu cakap’. Aku pun membebel lah entah hape. Tapi disebabkan aku ada ilmu bio sikit-sikit yang aku ingat sampai sekarang, aku sampaikan kat dia. aku kongsi semua yang aku belajar kat sekolah dengan dia. niat aku baik. Aku nak dia rasa apa yang aku belajar kat sekolah.

By the way, dia study course culinary kat satu kolej dekat selayang. Aku ni tak minat sangat nak masak-masak ni. And, of course dia bagi aku nasihat tentang semua ni. Aku rasa pengalaman ni sangat2 berharga. Even korang rasa apa yang aku update ni rasa bosan, bagi aku, aku taip entri ni dengan penuh perasaan. Aku terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Kalau boleh aku tak nak air mata aku menitis. Aku bukan nak tagih simpati, aku bukan nak tagih kutukan, aku update ni sebab aku nak abadikan kenangan aku dengan dia. hanya dengan tulisan di blog inilah aku mampu ingat kembali suatu hari nanti. K abaikan sesi iklan. Hmm..
Beberapa hari ni aku ada cakap dengan dia, ‘awak, lepas ni kita dah tak boleh cakap dah. Ni last kita dapat call’. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa. Bila khamis malam jumaat, aku ada cakap lagi macam tu kat dia, dia tanya aku kenapa, lepastu aku cakaplah yang lepas ni tak dapat gayut lelama sebab tempoh yang celcom bagi dah nak habis.

And..dia bagitahu lah aku kisah dia. dia menghidap penyakit jantung berlubang. Ya allah, hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Kenapa aku boleh cakap macam tu? Lepastu aku minta maaf dengan dia. dia cerita lah pasal penyakit dia. dia menghidap penyakit jantung berlubang sejak bayi lagi. Betapa sedihnya aku dengar segala luahan hati dia. air mata aku tak berhenti menitis. Aku cuba tahan. Aku tak nak dia dengar. Ayat dia yang buat hati aku tersentap,

“sakit jantung ni bukan sakit biasa. Jantung ni nyawa. Kalau takde jantung, matilah kita”

“masa kita baby, kita selalu nangis sebab banyak wayar kat badan.”

“kita pernah buat operation masa kita baby. Nasib baik doctor Berjaya selamatkan kita..kalau tak…”

“kita tak macam orang lain, orang lain normal, kita tak normal sebab kita ada sakit jantung. Nak buat macam mana, dah allah bagi kita sakit, kita kena terima lah semua ni”

Sumpah, aku rasa hiba sangat dengar dia cakap macam tu. Tersentap jiwa aku dengar. Dia cakap kalau sakit jantung dia tak sembuh, dia kena buat operate. Bayangkan weh, dalam umur 20tahun, dia kena hadapi sakit yang sangat-sangat tipis harapan untuk sembuh. Tapi, apakan daya, kita sebagai manusia sering lupa bahawa Allah Maha Esa yang menentukan takdir seseorang. Kita kena bersyukur atas segala kurniaan Allah kepada kita. Nikmat rezeki dan kesihatan yang Allah berikan kita kena hargai dengan lafaz Alhamdulillah. Nasib kita baik sebab Allah tak uji kita dengan ujian yang menimpa Capital F. sungguh berat ujian yang Allah duga capital F. namun, dia terima ujian ni dengan penuh tabah dan berserah kepada Allah. Wahai kawan-kawan yang baca, stalk entri aku kali ni, aku mohon korang doakanlah kesejahteraan Capital F yang aku maksudkan dalam entri ni. Semoga Capital F sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan sentiasa dipanjangkan umur serta ketabahan hati untuk menempuh segala ujian dan dugaan yang Allah berikan.

Untuk Capital F, saya buat entri ni khas untuk awak bukan untuk menagih simpati orang ramai, tapi saya nak sedarkan orang ramai supaya bersyukurlah atas nikmat kurniaan yang Allah berikan. Jangan sesekali mengeluh atas segala ujian yang Allah beri. Tabahkan hati dan terima semua dugaan dengan hati yang tenang. Allah tak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya sendiri. Selagi awak hidup, saya sebagai sahabat awak, sebagai rakan awak, sebagai teman awak akan sentiasa berada di samping awak walaupun kita berjauhan. Doa dari saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak. semoga awak sihat sentiasa, diberikan umur yang panjang untuk melakukan amal kebaikan, diberikan rezeki yang melimpah ruah serta mencapai cita-cita yang awak inginkan. Thanks for being my friend.

SELAMAT BERPUASA TO ALL MUSLIMS. RAMADHAN MUBARAK.


Sincerely, Cha b