Saturday, December 8, 2012

I Do Love Him But He's Not Mine Anymore




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Hello world. Welcome again to my private story. I am welcoming you to read my story. I  love to share my story here neither it was sad or happy story. Hope you will enjoy yourself read all the story of mine. Do leave your comments at my shoutbox .

Dulu kita selalu mesej sama2, borak sama2, gelak sama2, gembira sangat. Papepun yang kita wat mesti ada kenangan yang indah2. Sampai rasa tak nak lari dari masa tu. Tapi sekarang? Kita dah lain. Dah tak dapat mesej macam selalu. Dah tak dapat OTP macam dulu. Selalu rasa rindu. Macam mana nanti kalau satu hari ditakdirkan saya tak ada lagi? Harap2 mesej yang kita simpan sama2 leh wat awak tersenyum bukannya untuk ditangisi sebab nanti saya sedih bila saya tengok orang yang saya sayang sangat2 sedih kerana pemergian saya. Saya nak awak ingat satu benda, jangan lupa ada dan takde saya, awak teruskan hidup awak ye. Saya tetap doakan kebahagaiaan awak dari sana nanti.

First of all , Asha nak cerita pasal abang angkat merangkap teman rapat Asha. Asha ada seorang abang yang sangat baik. Sangat caring. Sangat manja. Dia selalu luangkan masa dengan Asha setiap petang. Dia ngada2. Dia sweet dan dia segalanya. 

WE SHARE OUR LIFETIME WITH JOY AND HAPPINESS-FACING FOREVER

Dia baru je habis SPM. So umur dia mestilah 17 tahun kan? Yaa betul itu..Dia tinggal kat Terengganu. Nama dia Wan Syafiq. Asha tak boleh bagi nama penuh, takut korang kenal dia pulak. Asha kenal dia dah dua bulan. Macam mana kitorang boleh kenal? Mula2 dia silap nombor. Pastu kitorang mula kenal. Sampai lah jadi adik beradik angkat. 

AKU MENGENALIMU MELALUI SATU NAMAAKU MEMAHAMIMU MELALUI SATU HUBUNGANAKU MENGINGATIMU MELALUI SATU KENANGANAKU MENYAYANGIMU MELALUI SATU IKATAN

Asha tahu dia mesti dah ada awek. Tapi tak pelah , jadi adik angkat pun boleh la. Lagi pun Asha tak de abang kandung. kalau ada kan best ...

MENGENALI SESEORANG KADANGKALA MEMBUAT KITA KETAWAMENGENALI SESEORANG KADANGKALA MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIR MATABERSYUKURLAH DENGAN HADIRNYA KERANA KITA MENGERTI APA ITU ERTI PERSAUDARAAN YANG SEBENARNYA

Asha terima dia jadi abang angkat Asha walaupun dia ada awek. Nak wat macam mana kan, Asha takde hak nak kongkong hidup orang. Lagipun , masing2 ada perasaan suka sama suka. So , Asha rela jelah walaupun perasaan jealous bersarang dalam diri Asha. Asha bukan apa, bila Asha ada abang angkat, atau teman rapat , Asha just tak nak kehilangan orang yang rapat dengan Asha je. Asha tak kuat. Asha mudah menangis. Hati Asha ni tak tabah nak hadapi segala dugaan ni sorang2. 

TUHAN BAGI ANGGOTA KITA SECARA BERPASANGAN. KENAPA TUHAN KURNIAKAN SEKEPING HATI UNTUK KITA? KERANA TUHAN MEMBERI LAGI SEKEPING HATI LAGI KAT SESEORANG UNTUK KITA MENCARINYA. ITULAH KUASA TUHAN. 

Kalau korang tak nak tahu, dia anak orang kaya. Tapi bukan tu sebabnya Asha jadikan dia abang angkat Asha. Papa dia arkitek berjaya. Mama dia surirumah. Tapi parents abang Asha ni selalu sangat busy dengan kerja dorang sampai jarang luangkan masa dengan abang Asha. Dia ada rumah kat Genting Highlands. Dia ada kereta Fairlady. Untung dia sebab papap dia belikan kereta untuk dia. Abang Asha nie ada syarikat sendiri. Tapi papa dia sentiasa pantau. Nama syarikat tu , Hijau Daun Corporations. Dia CEO syarikat tu. Dia akan selalu busy dengan kerja dia. Dan akan sentiasa busy. Tapi tak pelah, dah impian dia nak jadi orang yang berjaya dalam hidup. Sapa yang tak nak masa depan cerah kan? 

DO THE RIGHT THING THAT YOU THINK IS RIGHT.STEP BY STEP , STEP YOUR DREAMS BECOME TRUE.

Dia ada cerita kat Asha tentang parents dia jodohkan dia dengan perempuan pilihan dorang. Abang Asha ni tak suka kot kat perempuan tu. Jadinya dia ambil keputusan pergi pinang sendiri anak dara orang. Perempuan yang dia pinang tu mungkin awek dia kot. Dia pergi pinang sendiri selama 4 hari. 

'as long as you love each other everything will turn out okay'

Masa tu dah lama dia tak text Asha. Rupanya dia pergi meminang. Korang tahu tak berapa wang hantaran ke apa ntah yang orang laki bagi dekat perempuan masa meminang? Abang bagi tunang dia 5K. Asha sendiri terkejut. Sampai banyak macam tu. Untungkan perempuan tuh. Dapat shopping beli baju, kasut, alat mekap, beg tangan dan segala2 dengan duit sebanyak tu. Kalau lah ada yang pinang Asha kemudian bagi Asha duit macam tu.. Pergh! Memang Asha beli teddy bear penuh satu rumah. Hmmm ,abang pergi pinang perempuan tu tanpa pengetahuan papa mama dia pulak tu. Anak jenis apa lah abang Asha ni. Baru bertunang dah bawak pergi bercuti kat Pahang. Entah2 tidur sebilik dan entah2...........

TRY TO LOVE WITH WHAT YOU HAVE , BUT DON'T TRY TO HAVE WITH WHAT YOU LOVE

Apa yang Asha bayangkan dah pun terjadi. Sekarang ni perangai dia dah lain. Dia dah jarang call Asha. Maklumlah dah bertunang. Asha pun tak boleh lah kacau dia lagi kan? :'(
Asha rindu dia yang dulu. Rindu sangat2. Dia dah tak dapat luangkan masa dengan Asha. Sejak kebelakangan ni dia selalu marah2 Asha. Sumpah, Asha terasa sangat2. Asha sedih sangat bila dia marah Asha. Asha selalu menangis sebab rindukan dia. Asha nak abang yang dulu. Yang selalu ambil berat tentang Asha. Hmm.. tapi tak mungkin lah kan? Dia bukan milik Asha.. tak lama lagi dia dah nak kawin pun..Nanti takde sapa nak teman Asha lagi. Takde sapa nak dengar masalah Asha. Takde sapa nak dengar cerita suka duka Asha. Hmm

I WROTE YOUR NAME ON A PIECE OF PAPER BUT I ACCIDENTALLY THREW IT AWAY. I WROTE YOUR NAME ON MY HAND BUT IT WASHED AWAY.I WROTE YOUR NAME ON THE SAND BUT WAVES WHISPERED IT AWAY.I WROTE YOUR NAME IN MY HEART AND FOREVER IT WILL STAY :')

Hancurnya hati Asha. Orang yang Asha mula sayangkan akan mula tinggalkan Asha. 
Ya Allah , tabahkan lah hati Asha ni.

BE CHEERFUL AND LET LOVE TAKE CARE THE REST

Asha terima apa yang dia buat kat Asha. Asha takkan dapat lupakan dia. 
Asha sayang dia sangat2.

PEOPLE LIVE , PEOPLE DIEPEOPLE LAUGH , PEOPLE CRYSOME SAY HYE , SOME SAY BYEOTHER MAY FORGET YOU BUT NEVER WILL ME

Asha harap satu hari nantI Asha dipertemukan jodoh dengan lelaki yang macam abang. Kalau lah Asha dapat bakal suami macam dia, Asha akan hargai bakal suami Asha. Asha takkan curang dengan bakal suami Asha. Lelaki macam abang tu untung sangat2 sebab hidup dalam keadaan yang cukup lengkap. Dah ada kereta , rumah sendiri, duit sendiri. Menjamin masa depan. Kalau Asha dapat orang macam dia, sekurang2nya dapat lah kurangkan beban family Asha. Family Asha bukan orang yang senang. Tapi Asha bersyukur sangat2 sebab ada sebuah keluarga yang bahagia. Tapi sapa lah laki yang nak kat Asha ni. Lawa pun tidak. Putih jauh sekali. Macam langit dengan bumi kot kalau dapat future hubby orang macam abang Asha. Asha memang tak perfect.  

LOVE ISN'T FINDING SOMEONE YOU CAN LIVE WITH , IT'S FINDING SOMEONE YOU CAN'T LIVE WITHOUT

Kenapa parents abang Asha ni tak peduli langsung kat abang Asha. Sampai dia tak balik rumah pun, dorang tak call. Ape jenis mak bapak lah dorang ni. Haish.. 
Orang cakap kalau kahwin tak mintak restu atau senyap2 nanti tak dapat keberkatan kan dan mungkin hidup nanti tak bahagia kan?
Betul tak? Hope so

TIADA LAGI KEDENGARAN MISCALLED DARI SANATIADA LAGI SMS YANG DITERIMATIADA LAGI UCAPAN YANG DIUCAPKAN DAN MUNGKIN DIRI INI SEMAKIN DILUPAKAN

Asha sentiasa berharap satu hari nanti hubby Asha dapat bimbing Asha ke jalan kebaikan dan dapat didik Asha menjadi seorang perempuan yang solehah dan patuh kepada perintah Allah serta taat kepada suami. Asha cuma nak orang yang mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan mampu menghormati parents Asha. 

BILA TUHAN NAMPAK AWAK LAPARDIA CIPTAKAN NASIBILA TUHAN NAMPAK AWAK PANASDIA CIPTAKAN ANGIN DANBILA DIA NAMPAK AWAK TAK ADA TEMAN YANG COMEL MAKADIA CIPTAKAN SAYA :')

Asha tak nak kongkong sesiapa pun yang rapat dengan Asha. Biarlah dorang bahagia dengan apa yang diorang buat. Asalkan dorang hidup bahagia di samping orang yang tersayang.
SOMETIME I WANT HAVE A TIME WHEN I CAN LAUGH WILL YOU BE FRIEND WITH ME ?

Asha bukan tak suka bila abang bertunang. Cuma Asha tak nak kehilangan je. Dengan sapa Asha nak rapat lagi lepasni? Asha sayang dia sangat2 walaupun kami baru kenal. Kitorang dah jadi rapat. Macam  adik beradik kandung. Kalau Asha ada abang kandung kan best. Tak payah lah sedih2 macam ni. Tak de rasa kehilangan. Tapi dah Allah tetapkan adik beradik Asha semua perempuan. Hmm

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES MUST BEGIN WITH A SINGLE STEP

Ape pun , Asha tetap doakan yang terbaik buat abang. Asha harap abang bahagia di sisi perempuan tuh. Walaupun hati Asha ni sakit dan pedih, Asha akan kuatkan hati Asha. Abang angkat boleh dicari kan? Tapi tetap takkan sama kan?
Hope dia bahagia di samping tunang dan bakal isteri a.k.a teman sebilik , teman sebantal dan segala teman yang berkongsi segala2nya. Cuma dia satu2nya abang angkat kesayangan Asha dan takkan ada sapa yang boleh ganti tempat dia di hati Asha. Asha harap dia takkan lupakan Asha bila dah bahagia nanti :'(

MY MIND SAYS TO LET YOU GO BUT MY HEART TELLS ME TO NEVER GIVE UP UNTIL MY LAST BREATH IS TAKEN

Ape perasaan korang kalau korang rapat dengan seseorang tu then dia pergi tinggalkan korang atau dia dah jumpa orang lain sebagai pengganti korang. Perasaan kehilangan tu kita rasa macam kita ada simpan perasaan suka kat dia. Sedangkan perasaan tu tak lebih dari perasaan sayang sebagai adik. Memang Asha sedih sangat2 sekarang ni, Asha dah penat menangis sejak kebelakangan ni. Biar lah masa yang mengubati luka di hati Asha. Asha bukan minah desperate yang nakkan jantan tanpa memikirkan perasaan orang lain ataupun bersikap pentingkan diri sendiri. Insyaallah , Asha takkan buat perkara yang bukan2 ataupun bertindak melulu tanpa memikirkan akibatnya. Asha tak nak kongkong hidup dia. Kalau dia bahagia, Asha pun tumpang bahagia. Hidup dia kan. Biar lah dia yang tentukan...


WHEN LIFE GIVES YOU A HUNDRED REASONS TO CRY , SHOW LIFE THAT YOU HAVE A THOUSAND REASONS TO SMILE



Ucapan Asha buat abang wan:
adik nak ucapkan tahniah kat abang sebab dah mengikat hubungan dengan tunang abang. adik tumpang bahagia kalau abang pun bahagia. adik tetap doakan kebahagiaan abang walaupun hati adik ni sakit sangat. lepas ni abang manja2 lah dengan tunang abang a.k.a future wife abang. didiklah dia menjadi seorang isteri yang solehah yang patuh kepada arahan abang. bimbinglah dia ke jalan yang benar. semoga abang dengan dia kekal sampai ke akhir hayat.



I always love you every second, every minute , every hour , every day , every time and forever I always love youu 

ADA BERIBU BINTANG TAPI BULAN HANYA ADA SATUADA RAMAI TEMAN TAPI YANG TERBAIK HANYALAH DIRIMUMELUPAKAN KU TERPULANG BAGIMUNAMUN MELUPAKANMU TIDAK BAGIKU

NOTA KAKI : kepada epul , sorry kacau ko aritu . 


Big thanks to all readers. 

SOMETIMES WE NEED TO HURT SO THAT EVERYONE CAN KNOW SUCK BEING HURT

Luahan penuh perasaan dengan luka yang terpendam dalam hati dan hati yang penuh kekecewaan dan kesedihan ,  Asha :')