Saturday, December 15, 2012

Happy Belated Birthday



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh semua .
Hari ni Asha nak update entry tentang Happy Birthday . Birthday siapakah ? Birthday Asha kah ? Nak tahu siapa ? Let's check it out !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hari Lahir Abah : 15 Disember 1947 (65 tahun)

Hari Lahir Ibu : 26 Disember 1955 (57 tahun)
Korang nampak tak gambar abah dan ibu kesayangan Asha ? Asha sayang mereka sangat2 . InsyaAllah , Asha akan belajar dengan bersungguh2 . Asha akan raih kejayaan yang cemerlang . Asha akan buat yang terbaik dalam hidup . Asha mahu menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang . Asha nak balas jasa mereka . Asha nak gembirakan hati mereka . Asha tak nak tengok mereka kecewa dengan Asha . Kalau boleh setiap detik Asha nak tengok wajah kegembiraan dengan penuh senyuman yang terpancar pada wajah mereka . Asha nak mereka bangga dapat anak yang berjaya . Asha tak sanggup nak sakiti hati mereka . 

Ibu , Abah , ampunkan Asha kalau selama Asha hidup ni , Asha dah banyak buat dosa . Kalau Asha banyak buat salah dan silap , mohon ibu dan abah ampunkan lah segalanya . Halalkan segala makan minum Asha selama Asha hidup . Kalau ada Asha lukakan hati ibu dan abah , mohon ibu dan abah ikhlaskan lah . 

Asha nak ucapkan 



Semoga abah dan ibu dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , dilimpahkan rahmat dan dilindungi Allah darpada segala kejahatan dan mala petaka serta bala bencana . Semoga hidup ibu dan abah diberkati dan dirahmati Allah .

Sincerely . Asha