Friday, September 7, 2018

The Owner


Assalamualaikum semua.

Mesti korang belum kenal aku kan? 

Akulah owner blog ni.. 

Okay meh aku perkenalkan diri aku. 

Nama diberi Siti Aishah binti Baharum

Aku dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada tanggal 9 Mei 1997

Umur aku sekarang 21 tahun

Aku pernah bersekolah di SK Bukit Badong dan SMK Raja Muda Musa.

Mesti semua orang belum tahu aku study kat mana kan?

Aku merupakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian. 

Aku merupakan 
peminat setia Fahad Iman

Kenapa aku minat dia? Sebab dia merupakan pelakon yang sangat2 berbakat dan berpotensi menjadi pelakon yang setanding dengan Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid dan sebagainya. 

Sekarang aku dalam semester 3 dan alhamdulillah aku berjaya melepasi setahun belajar di universiti idaman aku. 

Macam yang korang tahu, aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru. 

Aku seorang yang sangat manja sebab aku merupakan anak bongsu daripada ketiga-tiga adik beradik perempuan. 

Aku juga seorang yang jarang naik angin tapi memang sangat garang lagi2 kalau dengan orang yg cari pasal dengan aku.

Sometimes aku juga childish. sebab yaa,, aku ada anak patung yang diberi nama bernab. Nama asal bernab is Beruang Mocel macam nama blog ni. 

So, itu sahaja yg aku nak kongsikan. Terima kasih menjadi pembaca setia blog aku ni. :)