Sunday, March 25, 2018

EXPERIENTAL LEARNING DONE :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Harini aku nak ceritakan pengalaman Experiental Learning yang telah berlangsung pada Jumaat dan Sabtu 23/3-24/3/2018. Program ini berlangsung dalam masa dua hari tapi memang best gila la aku rasa program kali ni. 

Malam tu, kami dibahagikan kepada 18 buah kumpulan yang terdiri daripada kumpulan L, H, W dan apa tah. hahaha. Tapi alhamdulillah walaupun tak sama group dgn ika, aku dapat ramai ahli kumpulan yg best. Dari situ aku nilai dorang memang the best group ever yg aku pernah masuk sepanjang aku masuk mcm2 program. Aku suka group aku tu sebab takde budak bajet hot, berlagak, bajet cun apa semua. Semuanya low profile dan boleh bekerjasama dgn sangat baik2. 

Jadi aku beraturlah depan sekali.. sekali tu aku dapat no5. Aku pun tercari2 group aku mana satu kan. Sekali tu aku satu group dgn YDP Perbayu, iaitu Zul. lagi dua org tu namanya Vyner dan Razis. Dorang bertiga memang gila2 ah. Mulut bising sampai aku pun dah terfollow gelak sakan dok jerit2 sebut LIMA LIMA LIMA GAISSSSS.. 

Then, kami diberikan tugasan untuk beri nama kumpulan dan sorakan kumpulan. Memula nak letak nama VIZURA GAIS lepastu tukar jadi OK GAIS. Sorakan tu pulak jadi ALOLOLO MUKA MERAH-MERAH..OK KE GAIS..OK GAISS. Hahahaha lawak gila la ketua kumpulan aku tu. 

Keesokan hari tu, kitorang dikehendaaki berkumpul dekat Padang Kawad.. lepastu ada senamrobik ada aktiviti gabung kumpulan..dari situ nak tengok samada kita boleh pegang amanah jaga amanah dan boleh percayakan kawan2 kita ke tak.. so aktivitinya kena pilih kawan paling kecik dan angkat dia keliling kumpulan. memang comel gila budak tu wehh...lepastu masing2 sorak nak menang hahaha...

Seterusnya kami diberikan tugasan iaitu kami dikehendaki melakukan kerja amal bagi mengutip dana untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim.. selama 5 jam kami buat kerja amal ni..ada yg pergi cari kerja, ada yg pergi pekan tolong buat itu ini dan aku pergi ke satu blok ke satu blok tanya ada kerja macam cuci tandas ke sapu sampah ke..kebanyakan org dorang xsampai hati nak bagi kerja.. jadinya dorang bagi sumbangan je... alhamdulillah... lepastu kami berkumpul dekat bitarasiswa dan berjalan kaki pergi ke rumah anak-anak yatim... group aku berjaya kumpul RM421.10. Alhamdulillah :)

Akhir sekali kami diberikan tugasan Spageti Challenge.. rupa2nya kene bina tower menggunakan 30stick spageti dan 15 marshmallow je.. perghh memula mmg payah tapi dgn kerjasama yg diberikan akhirnya kami berjayaa jugak... goodjob gaiss..

Serious dan honestly ni group pertama yg aku rasa best enjoy dalam semua aktiviti..walaupun masing2 tak kenal antara satu sama lain tapi akhirnya kami berjaya lakukan dgn baik...goodjob again gaisss... 
































THANKS :)