Tuesday, March 6, 2018

SELAMAT TINGGAL KENANGAN 2017 :)

Assalamualaikum gais... for a long time ago i x write post, sangat2 berhabuk blog ni hahaha... tapi ada ke yang berminat nak usha blog aku ni..dah lama sangat2 tak edit baru gambar header pon lama. harap sapa yg stalk tu xbosan la ye...


Housemate ku..





tu diaa bernab n rara :)











melawat pusat arkib negara untuk kajian :)






my fav junior ever!




my besties !





dinner malam linguistik :)





my groupmate, aisyah n sahira
















group cmp2011 pengurusan kokurikulum







done hubungan etnik :) 





Okay so harini aku nak update pasal suka duka tahun 2017.. yaa sangat2 banyak kenangan yang aku x boleh nak lupakan lagi2 kenangan pahit yang meninggalkan kesan..

Alhamdulillah,setelah sekian lama aku memendam impian nak jadi seorang cikgu akhirnya, Allah makbulkan impian aku dan doa semua orang yang mendoakan aku. Terima kasih tau korang sebab doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat. Hanya ALLAH yang dapat membalasnya. 

So kita bermula dengan awal Januari 2017. Masa tu aku menganggur.. dua bulan aku mereput kat rumah setelah habis STPM. boleh kau bayang tak bosannya tu macam mana? Nak tolong mak pun tengahari je sebab kakak aku dah tolong so kita manfaatkan masa yg ada dgn tengok Wanita Hari Ini. Pada suatu hari aku pergi sekolah sebab nak ambil sijil and whatsoever la an. Lepastu cikgu aku suggest suruh aku berniaga. aku dah blurr.. aku nak meniaga apa ni.. n then aku start dgn meniaga nuget, sosej n sandwich.. Alhamdulillah aku dapat bertahan dgn duit tu untuk sebulan.. lepastu aku mohon nak kerja kt satu tempat ni.. after 2 months, bos call suruh aku datang..memula aku mcm speechless jugak.. wahh biar betul aku dapat kerja ni? semangat ni nak datang kerja siap beli baju n seluar slack baru.. hahaha and aku berjaya bertahan sampai bulan 8 gaissss....lama gila tuu.. walaupun erlampau banyak krisis dgn bos, pekerja kat situ n whatsoever...akhirnya aku berhenti jugak setelah dapat tawaran sambung belajar...

Aku takleh bayang kalau aku xdapat sambung belajar mesti aku mereput kat situ sampai ke tua hahaahah...okay so kita cerita dari bulan Mac msa aku mula2 kerja tu..ku dapat kawan yg baik yg aku rapat sampai sekarang iaitu JIA, AZRINA dan NADIAH. aku happy gila sebab dorang masuk air sama mcm aku..senang cakap mmg ngam sgt la..masa dorang behenti tu aku nangis gila kot sampai bos tanya kenapa nangis bagai hahaha...dorang lah tempat aku gosip, mengumpat n meluah perasaan bagai..lagi2 kalau ad crush baru..maklumlah customer kat situ kan hensem2 boleh aku usha. 

Pada suatu hari aku diuji bila aku short sampai rm300 lebih..sepatutnya sebulan tu aku boleh dapat seribu lebih tapi apakan daya..semua tu kuasa Allah.. sedih gila wehh sia2 aku penat2 kerja tapi duit tu burn ghaib mcm tu je..sampai satu tahap aku letak AlQuran atas cashier machine tu..tapi still berlaku jugak..wallahualam..aku tahan je..nak buat macam mana...

Masuk bulan 6 or 7, keputusan UPU keluar aku kena duduki ujian MEDSI untuk lepas ke temuduga untuk masuk UPSI. Mula2 cuak jugak la dah la ujian tu dkt UIAM jauh kot..tapi alhamdulillah susah payah mak abah aku hantar akhirnya aku lepas ujian tu..dan aku duduki temuduga kat UPSI sendiri pada bulan 8 mcm tu.. masa tu aku redha je weh kalau tak dapat sbb calon semua hebat2 kot..aku ni dah la pendiam membisu je kalau org tanya...cewahhh padahal mulut murai sama je...

Nak tahu tak soalan apa yg aku dapat masa temuduga tu? dia tanya aku nama Sultan, Menteri Besar dan paling killer dia tanya setuju atau tak kalau sains dan matematik dijawab dalam Bahasa Melayu. jawapan aku of course aku tak setuju sebab bagi aku benda tu kita dah belajar dari awal kalau tetiba ditukar mmg payah la nak catch up benda tu dari awal. paling kelakar bila dia tanya nama sultan tapi aku tak ingat. aku jawab selamba je "ohh sultan yang baru kawin tu ye"  penemuduga tu gelakkan aku. and tak sangka soalan killer tu melayakkan aku menjadi bakal cikgu.

Bila hari yang ditunggu2 tu aku duk depan laptop semata nak tahu aku dapat kat mana.aku dah risau dh la nak pegi kerja tapi kena tengok result pulak.. sekali mak abah aku n kakak aku kerumun weh padahal belum lagi dapat tengok sbb loading.. AND...aku peluk mak aku sampai nangis wehh "ARGHHHHHHH AKU DAPAT UPSI YA ALLAH TERIMA KASIH YA ALLAH KAU BANTU AKU CAPAI CITA2 AKU" dan mak aku pun nangis kegembiraan...masa tu aku gembira sangat n pegi kerja petang tu mood happy je :)

Lepas tu aku mula lah prepare barang nak pergi sana...start la adegan nangis.. btw, aku dapat tawaran masuk ker UPSI jurusan IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN. Walaupun aku masih lemah dalam bidang ni tapi aku akan usaha buat bersunguh2 demi ibu bapaku tercinta.

Masa daftar aku sama2 dgn Una.. dia ni roommate aku. di baik sangt..pemurah..paling best dia selalu layan kalau aku cerita psal bernab..bernab tu teddy aku..then aku ada housemate yg best iaitu zulaikah, piqa dan shida..dorang sama course dgn aku..tapi tak pernah sama kelas..pelik kan hahaha...kitorang rapat sangat sampai dah nak dekat exam tu aku tido bilik dorang..sebab nak studygroup sama2 padahal main phone je lebih..

Alhamdulillah, semester pertama ni dapat Dekan pointer 3.7 ke atas..hewhew.. tapi honestly malam exam tu baru aku study..petang tu aku masih relaks tengok rama kekasih paksa rela..tak boleh missed langsung drama tu...rasa xtenang nak study hahaha...walaupun masuk sini aku susah nak adapt dgn kawan baru tapi aku ada la dua tiga orang kawan yang rapat sampai sekarang iaitu Hidayah , Aisyah, Sahira dan Shikin. yg lain xberapa nak rapat. kawan macam tu je.. orang cakap kena pandai berdikari so aku tgh belajar nak berdikari.. heheh btw esaimen sangat2 banyak betimbun apa semua sampai aku pening nak buat mana satu. tapi akhirnya i did it gaisss...tak sangka akhirnya aku berjaya akhiri semester 1..

Akhirnya,, tamatlah semester 1 dengan linangan air mata..hri last exam tu paper Sejarah Bahasa Melayu..and otak aku totally lost..pikir nak balik je dah xdapat nak fokus exam tu... bila dah habis paper tu aku pun balik umah..tengok housemate aku berkemas apa semua air mata aku jatuh lagi...aku sayang housemate aku..Ika Pika Shida Una..thanks jadi peneman aku sepanjang kita duduk bersama.. thanks sebab jadi yang terbaik...aku sayang korang n tolong jangan jemu jadi kawan aku..

Terllu banyak kenangan yang tak mampu aku coretkan disini.biarlah ia kekal tersemat di dalam lubuk hatiku yang paling dalam...sesungguhnya aku bersyukur ada orang2 di sekelilingku yang sentiasa membantu dan mendoakanku..alhamdulillah...

Big thanks to...them :)

Both of my parents yang support aku luar dan dalam, atas bawah kiri kanan dan sebagainya..hanya Allah g dapat membalas jasamu mak abah :)

Antara kawan yang aku kenal dan banyak membantu sepanjang semester 1 ni, Elissa, Nasuha, Awanis, Azlina, Tyhah, Musfira, Dalila, Amy, Aida, Amalin, Welsie, Emma, Tasnim, Shida dan Seha ...

Dan senior yang banyak membantu aku, Abg Zakwan, Abg Akmal, Kak Fizah, Kak Azira...

Paling penting... cikgu2 form 6 yang aku sayangi antaranya cikgu shu, cikgu saba, cikgu mas, cikgu aida, cikgu suhara, cikgu aziz, cikgu noh, cikgu azihan dan cikgu azlin..dan cikgu2 arus perdana yang aku kasihi antaranya cikgu yusma, cikgu mardiana, cikgu sukri, cikgu mazzam dan ramai lagi...

Tak lupa juga terima kasih kepada Kapten Syahril dan Cikgu Hadi yang sentiasa mendoakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat..yg x putus2 bagi semangat...yeahhh finally i did it!

p/s: please ignore huruf besar n huruf kecik aku serta shortform aku menaip cerita ini sebab aku taip pun dah tengah malam so nak cepat hahaahahahah 


Sekian terima kasih :)