Sunday, October 14, 2018

THE BEST GROUPMATE KPP


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


The Best Groupmate KPP aku pilih sebagai tajuk post kali ini kerana

 aku rasa happy, bangga, seronok ada groupmate yang happening, gila-gila, funny 

dan semuanya lah.. 

Meh aku story satu persatu ye guys :)

Pada suatu hari, kami disuruh cari ahli kumpulan dan aku pun satu group dengan Atiqah iaitu dia ni groupmate aku semester lepas dalam subjek KPS.. 

So, aku suruh la dia cari group member lain sebab aku tau kalau aku yang cari sendiri confirm takde yang nak maklumlah orang zaman sekarang kawan dengan orang yang ada rupa je :(

Okay so dah cukup ahli.. tapi malam tu pulak group member aku yang lelaki ni nak keluar daripada group sebab kawan dia tarik muka sebab diorang berdua tu masuk group aku. Aku pun x faham. Masih ada jugak eh lelaki yang macam tu? 

Maybe friendship dorang kuat tapi agak-agaklah lelaki kut. Takkan sebab masuk group lain pun sampai tarik muka. Hmmm biarlah..

Okay so aku pun post la kat group siapa yang takde group lagi n kebetulan si Rexy respon chat aku. Okay memula dia pun confuse sama ada nak masuk group dia or group aku. Group dia dah lebih kuota so lepas dia fikir selama 2 minggu gitu dia decide nak masuk group aku. 

Masa tu aku tak tau pun Rexy ni yang mana. Aku ingat dia non muslim sebab nama dia agak unik n pelik. Lagipun budak-budak sains sukan ni semua hot-hot. Fuhh

Bila dorang dah masuk group, bermulalah sesi perbincangan mengenai guru yang nak ditemubual. So, Fain dan Siti decide nak suruh pergi jumpa cikgu diorang.. Okay lepastu tetiba xdapat sebab cikgunya ada hal. So aku pun cari cikgu sekolah aku. Bila dah dapat tu, try la nak set appoinment sampai satu tahap cikgu tu tak respon maybe sebab dia busy sangat kan. 

Akhirnya, Fain dan Siti rancang nak pergi Shah Alam.. So, gelabah tapir la aku bersiap.. dah la malam semalam aku tido rumah zulaikah.. Konon nak buat esaimen end up tidurrrrrr.. Berbalik kepada cerita tadi, kami pun bersiap dalam pukul 12 tengah hari kami pun gerak.. 

After dah sampai tu, kami interview Cikgu Noraini dekat Gula Cakery.. Kedai tu fuhhhhh sedap n eksklusif sangat2 kalah Secret Recipe tau.. Heheheh

Lepas dah siap interview tu dalam pukul 4:30 petang kami bertolak pulang.. So, again Fain yang drive.. Thanks a lot Fain :)

Okay meh aku describe sorang2 pasal korang ye... 

Atiqah - aku kenal dia masa satu group KPS sem lepas. dia ni memang pandai edit video.. memang the boom la.. dia baik cantik.. kalau bagi tugas tu memang dia akan buat betul2.. dia ni peramah orangnya.. 

Fain - aku mula kenal masa satu kelas lepas dia duduk sebelah aku.. memula tu macam kekok sebab dia pendiam je tapi lama2 kenal dah boleh ngam.. so aku pun suruh dia satu group dgn aku.. alhamdulillah dia baik orangnya.. selalu bagi idea.. sangat supportive la senang cakap.. senang berkomunikasi dengan dia..

Siti- aku kenal dia sebab dia kawan Fain.. biasalah memula kenal kekok tapi dah boleh ngam.. dia ni kecik je orangnya.. dia lagi kurus daripada aku hahahaha... aku rasa bersyukur sangat satu group dengan dia sebab dia dah permudahkan segalanya.. dia yang cari cikgu untuk ditemubual lepastu dia print soalan.. dan macam2 lagi lah.. 

Dayan - aku baru tau dia satu course dengan aku. hahaha maklumlah aku ni tak kenal sangat even satu course tapi bila dah kenal dia sangat peramah orgnya.. dia seorang yg comel, cantik.. pandai dia dukung baby tau.. so lepasni boleh la kita satu group lagi next sem. hehehe

Alif Najmi - aku pernah satu group dengan dia masa CMP dulu tapi tak rapat sangat n jarang bertegur.. tapi now dah boleh ngam dah boleh kawan.. n aku baru tau yang dia ni sebenarnya kuat mengusik n a bit naughty.. kalau dia dah mula membahan tu confirm terkedu habis.. geram aku! -.- kang keluar loghat utaqa dia tu kalau dia nak mengusik.. aku dah kena!

Abqory - Fuhhh budak hot satu group dengan aku.. hehe.. memula aku xkenal dia pun sampai la kawan2 aku duk PM sebab aku satu group dengan dia.. ha mula la ada yang kirim salam la apa la.. lepastu dia ni orangnya pendiam.. jarang bercakap tapi bila dia nyanyi sedap oii! cair habis wehhh...dan dia ni sweet dohhh! hehehe malas nak cakap lebih2 kang ada yang cakap aku sengaja nak jeleskan korang! 

Rexy - ha ni last.. aku pun xtau aku satu group dengan dia ni.. tengok dalam gambar macam senyap rupanya dia lah king dalam group aku. ada je benda nak bahan dia.. ada je benda dia nak melawak.. i cannot brain duhh.. memang best la satu group dengan dia sebab dia friendly.. tapi tu lah bukan senang nak satu group dengan budak sains sukan sebab biasanya dorang tak pandang pun orang macam aku nak dibuat group member.. biasalah dorang hot kan mesti cari group yang hot jugak hahahaha

Benda yang paling malang sekali aku lalui harini ialah aku banyak kali terhantuk dekat dinding kereta.. aku pun xfaham kenapa duk terhantuk je..

 lepastu aku tertumpahkan air coke Qory.. fuhhh serba salah gilaa.... tapi takpe in shaa Allah nanti aku ganti ye :) 

lepastu aku sebenarnya allergik cendawan tapi aku terbeli spageti aglio olio pulak habis kembang tekak aku.. hmmmmm

akhir sekali... aku rasa puas, happy, bangga sebab aku ada groupmate best semester ni.. jujur aku cakap.. sebab dalam banyak2 group aku ada, 

korang sangat sporting, support each other, 

bagi kerjasama sangat baik.. sumpah aku takleh move on :(

Lepasni kita struggle buat video dan siapkan report ye... 

in shaa Allah kita mampu melakukan yang terbaik.. aku sayang korang :) so, ni antara gambar-gambar yang aku nak kongsikan dengan korang..

 terima kasih korang sudi baca post aku kali ni.. sekian terima kasih :) 
























Terima kasih korang :)