Tuesday, March 15, 2016

Perkara yang perlu diingat semasa mengambil antibiotik

bullet
Pastikan anda menghabiskan semua antibiotik yang diberi. Selalunya anda akan diberi stok untuk 3 hingga 5 hari. Habiskan kesemuanya. Ini kerana tidak semua kuman itu mati setelah mengambilnya selama, contohnya 2 hari, walaupun tanda-tanda sakit anda telah hilang. Anda perlu menghabiskannya supaya semua kuman itu mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada resistance.
bullet
Makan mengikut masa yang ditentukan. Contohnya antibiotik yang perlu diambil 2 kali sehari perlulah diambil setiap 12 jam. Antibiotik yang diambil 3 kali sehari perlu diambil setiap 8 jam. Antibiotik yang diambil 4 kali sehari perlu diambil setiap 6 jam. Ini untuk memastikan antibiotik tersebut sentiasa ada di dalam badan anda. Kekerapan mengambilnya bergantung kepada jenis antibiotik. Jenis antibiotik yang baru selalunya hanya perlu diambil 2 kali sehari (iaitu 12 jam sekali) atau sekali sehari.
bullet
Sesetengah antibiotik perlu diambil sebelum makan. Ini penting untuk meningkatkan penyerapan antibiotik ke dalam saluran darah. Pengambilan antibiotik bersama-sama dengan sesetegah ubat lain, contohnya ubat gastrik, boleh menyebabkan fungsi antibiotik berkurangan. Di samping itu, sesetengah antibiotik menyebabkan anda merasa loya dan muntah – oleh itu lebih baik diambil sebelum makan.
bullet
Sekiranya anda mengambil probiotik (bakteria yang baik) seperti acidophilus dsb., pastikan waktu pengambilannya dengan antibiotik tidak sama. Ini kerana antibiotik membunuh semua jenis kuman sama ada yang baik atau merbahaya. Contohnya, untuk mendapatkan semua kebaikan yogurt (yang mengandungi bakteria baik) jangan ambilnya semasa anda mengambil antibiotik.  
bullet
Ramai orang yang alahan dengan antibiotik. Pengambilan sesetengah antibiotik seperti penicillin boleh menyebabkan anda mengalami gatal-gatal yang teruk, dsb. Beritahu doktor anda sekiranya anda alahan atau allergik dengan sebarang antibiotik. Anda akan diberi antibiotik dari kumpulan yang lain.  

bullet
Pengambilan antibiotik yang membunuh bakteria boleh menyebabkan pertumbuhan organisma lain terutamanya kulat. Akibatnya, pengambil akan lebih mudah mengalami penyakit yang berkaitan dengan jangkitan kulat seperti keputihan (wanita) dsb.