Friday, November 2, 2012

A Moment To Remember



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .
Hello world. Welcome again to my private story. I am welcoming you to read my story. I  love to share my story here neither it was sad or happy story. Hope you will enjoy yourself read all the story of mine. Do leave your comments at my shoutbox .

Tik tok tik tok *bunyi jam berdetik*. Pejam celik , pejam celik dah habis pun sesi persekolahan bagi tahun 2012. Rasa macam sekejap je kan? Tak lama lagi dah nak menjangkau ke usia 16 tahun iaitu tingkatan 4. After that SPM. Hish , tak boleh ke kalau SPM tu dilupuskan? Kan senang. Betol tak? Masa cuti ni dah la bosan. Tak tahu nak buat apa. Nak online selalu pon bukan ada laptop kat rumah. Hurmm , kalau online pon , tak tahu nak kacau sapa , nak chat dengan sapa sebab ramai yang ambik SPM tahun ni. So , memang kebosanan melanda la. Asha tinggal tunggu result PMR je. Harap2 keputusan tu nanti xde ar mengecewakan dan harap sangat yang keputusan tu nanti dapat menggembirakan dan membanggakan parents Asha. Asha tak nak tengok dorang sedih. Macam2 asha mintak sepanjang 15 tahun ni. Tu jelah satu2 nya cara nak balas jasa parents kan. Tapi kalau tak dapat straight A , Asha redha jelahh. Tak de rezeki kata orang.

 Asha dah berusaha dengan bersungguh2 walaupun Asha jarang jumpa mentor2 Asha iaitu Sir Azhar , Cikgu Azah , Teacher Mardiana , Ustazah Wan Faridah , Cikgu Norasmah , Cikgu Laily dan Cikgu Salbiah . Asha ingat lagi Asha selalu kene rotan dengan Cikgu Norasmah sebab Asha tak penah dapat A dalam subjek Sejarah. Tapi Asha tak kisah , sebab dah biasa kene so tak sakit la. Asha ketua mentee BI iaitu dengan mentor Asha iaitu Sir Azhar. Sir Azhar ni guru penolong kanan bidang bahasa kalau tak silap Asha. Dia tak garang pon. Baik je dengan kitorang. Ahli mentee BI yang lain ialah Amirin , Fadli , Hainies , Zafirah , Nazril. Tu je kot. Asha pon dah lupa. Hahaha :D walaupon kitorang jarang buat pertemuan untuk meningkatkan prestasi kitorang tapi tak bermakna tak pernah , okayy. Asha sanggup berkorban stay up late masa PMR tu. Ada orang kata kalau study last minute takde guna sebab just akan buat kita stress. Tapi Asha abaikan semua tu. Asha tetap study last minute. Ape pun keputusan tu nanti , Asha terima dengan hati yang tabah. Mungkin ade la meraung ke melalak ke menangis bawah tangga ke disebabkan keputusan tu. Tapi harap2 lah Asha akan menangis kegembiraan bukan kekecewaan. Insyaallah kalau Asha berjaya dengan cemerlang dalam PMR tu , Asha nak tengok parents Asha bahagia. Asha nak tengok dorang gembira n Asha nak tengok dorang bangga dengan kejayaan Asha. Korang doakan lah Asha dapat straight A okayy :) Asha pun akan doakan korang jugak :)

Kalau korang nak tahu , sepanjang minggu2 selepas PMR lebih kurang dalam 3 minggu , macam2 program yg cikgu2 telah aturkan khas untuk pelajar2 tingkatan 3 bagi melepaskan tekanan perasaan dan tekanan jiwa selepas PMR. Ceramah, motivasi dan pelbagai lagi aktiviti2 menarik yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Cikgu Norhaya iaitu Cikgu kaunseling SMKRMM *tepuk tangan*. Beliau telah bekerjasama dengan pihak panitia untuk menjalankan program yang menarik minat pelajar . Beliau juga telah berusaha keras mengatur program yang dijalankan dengan teliti supaya semua nya berjalan dengan lancar bagi mengisi masa yang terluang pelajar2  tingkatan 3. Antara program menarik yang Asha telah sertai ialah ceramah berkenaan muslimah iaitu ceramah mengenai kaum perempuan dan wanita. Dalam ceramah tu beliau ada memberi peringatan dan nasihat2 yang berguna kepada pelajar dan beliau ada juga menerangkan slide bertajuk Couple Itu Haram. Selain itu , beliau ade juga memaparkan video tentang masalah pembuang bayi. Memang menyayat hati dan sungguh menyentuh perasaan. Rasa macam nak nangis pon ada. Tapi kat sebelah Asha ada ustazah. 

Tujuan beliau memberi ceramah ataupun motivasi adalah untuk menyedarkan kaum wanita/perempuan supaya menjaga batas2 pergaulan apabila kita bercakap atau bergaul dengan kaum lelaki. Sentiasalah berwaspada dan berhati2 serta janganlah duduk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kerana ia akan menimbulkan syak wasangka dan fitnah. Oleh itu , sentiasalah beringat dimana pun kita berada tak kira masa dan ketika. Sentiasalah menutup aurat bagi yang perempuan untuk mengelakkan kita menjadi mangsa pemuas nafsu kaum lelaki. Kesimpulannya , bagi yang ada pasangan ataupun couple tu , jangan lah duduk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Kalau nak dating tu , ajak lah rakan, dating lah kat tempat terbuka. Kalau dating kat tempat tersorok , mana tahu pasangan korang berniat jahat nak apa-apakan korang. Kan aniaya je. Tuptup dengar cerita Kalau dating berdua je , yang ketiganya siapa? SYAITAN GONDOL. Kalau nak dating , hadkan batas pergaulan korang, jangan lah berpegangan tangan dan jangan lah buat perkara sumbang. Walaupun korang buat kat tempat tersorok , Allah tetap melihat apa yang korang buat. Kalau korang seorang yang bertudung, then berpegangan tangan dengan pasangan korang, kaum perempuan yang lain malu. Korang seolah-olah menjatuhkan maruah kaum perempuan. Lastly , korang sebagai perempuan janganlah jadi murah sangat. Lelaki tak suka perempuan yang murah. Okayyy ?

Selain itu , ceramah ataupun kursus tentang tahsin solat, kursus pemantapan sahsiah dan kursus pemantapan akidah yang telah dilaksanakan oleh 3 ustaz hensem dari Pusat Pengajian AlQuran Sistem Individu atau PUPAQSI. Asha tak ingat apa nama ustaz2 tu , yang pasti Asha cuma ingat nama Ustaz Zikri je. Sebab ustaz tu Nampak garang giler n nama dia dekat dengan nama kawan Asha iaitu Fikri. So , senang ingat lah kan? Masa hari pertama ceramah tu diadakan , Asha tak hadir ke sekolah sebab sakit perut. Hari kedua tu Asha datang. Mula2 seram gak. Ustaz tu macam garang semacam je. Lepas diberi ceramah tu , ustaz tu buat aktiviti berkumpulan. Kumpulan Asha kene bincang topic tentang dadah. Time pukul 12:30 tu ustaz buat sesi menangis-nangis.  Iaitu sesi memuhasabahkan diri. Dalam sesi memuhasabahkan diri ini ustaz cerita tentang ibu bapa. Tujuannya supaya kita menyesali perbuatan zalim yang kita pernah buat kat kedua-dua ibu bapa kita contohnya melawan cakap, meninggikan suara dan lain2. Semua orang mesti pernah tak sengaja melawan cakap ibu bapa korang kan? Asha pun sama :’( Kitorang imagine apa yang ustaz suruh. Then , kitorang kene tulis wasiat kat kertas kecil dan bagi kat ustaz. Ustaz kata ustaz nak simpan. Hari ketiga pulak , Asha tak datang sebab Asha pemalas.

Dah macam buat esei pulak Asha ni kan? Penat tak baca? Kalau penat , sila angguk sekarang. *geleng kepala* Haa , tak penat lah tu kan? Bagus ! terima kasih. Bila time PMR aritu punya lah blur nak buat karangan. Tapi bila update blog, idea tu melimpah ruah keluar dari otak Asha. Sampai dah tak larat nak tapi dah. Kita go on jelar. Apa maksud go on? Maksud go on ialah teruskan. Sebelum ni Asha blur sikit dengan BI ni , tapi sejak Naqib selalu cakap perkataan tu , so Asha dah terbiasa. Si Naqib tu selalu speaking. Tahu ar dia budak MRSM. Asyik nak speaking aje tiap masa. Ada ke haritu dia cakap induced coma. Menatang pe lah tu , Asha pun tak tahu. Sila translate kat dictionary sendiri perkataan induced coma jika mahu. Haishhh, lain topik lagi… hurmm. Okay , cikgu lain ada anjurkan program yang menarik selain ceramah dan motivasi iaitu permainan bola sepak bagi kaum lelaki dan bola jaring bagi kaum perempuan. Pertandingan itu melibatkan semua kelas tingkatan 3 dan perlawanan itu bertanding mengikut kelas masing2. Juara bagi pertandingan bola sepak ialah kelas 3 Maju dan juara bagi pertandingan bola jaring ialah kelas 3 Budi. Ala budak2 budi memang ‘terror’ main bola jaring so tak hairan la. Lagi2 fitri hani. Dia tu lincah bhai main bola jaring. Dia tu cantik pulak tu. Program lain adalah taklimat mengenai kolej vokasional. Guru tersebut telah mendedahkan kelebihan dan keburukan memasuki kolej berkenaan. Di kolej vokasional terdapat banyak kursus menarik yang ditawarkan antaranya automotif , seni kulinari . bidang perniagaan , bidang elektrik & elektronik dan lain2. Memang seronok kalau masuk kolej tu sebab dia lebih kurang macam kolej dan universiti. Boleh bawak phone dan gajet yang lain tapi kene sendiri ingat dan berani tanggung la kalau berlaku sebarang kehilangan barang. Korang yang dah isi boring tu , Asha doakan korang berjaya dapat masuk ke kolej vokasional tu. Hurmm , Asha tak de hantar permohonan ke mana2 asrama pun sebab Asha ni masih tidur dengan emak. Anak manja lah katakan. Lagipun Asha ni anak bongsu so paham2 aje lah. Program yang terakhir ialah ceramah mengenai HIV/AIDS oleh Dr Vish. Beliau mendedahkan punca, penyebab , kesan dan akibat HIV/AIDS. Beliau juga memaparkan slide tentang penyakit berbahaya ni. Sapa yang syak ada penyakit berbahaya tu , cepat2 lah pergi medical check-up okay. Sebab penyakit ni bahaya sungguh dan belum ada penawarnya. Ada orang kata penawarnya cicak tokek tapi tak tahu lagi. Mungkin belum dibuat kajian santifik sepenuhnya. Kalau dah budak laki buat bising , confirm lah semua kene marah kan. Memang kene kaw2 lah dengan cikgu sebab budak laki buat bising. Lagipun , ceramah ni macam tak sesuai je untuk kaum perempuan sebab kebanyakkan slide gambar lelaki yang mempunyai penyakit HIV/AIDS. Sebelum asha terlupa nak cerita, Cikgu Norhaya ada laksanakan program kat laman bestari. Kitorang tubuhkan kumpulan. Cikgu bagi kertas mahjong untuk kitorang bina apa yang kita nak buat dekat pulau idaman kita. Kumpulan Asha lukis gambar roller coaster -,- ada ke patut? Tapi memang seronok lah akativiti ni. Last2 kitorang lari dari laman bestari sebab malas nak tunggu lama2. Then hari seterusnya kitorang kene bina sebuah roket menggunakan surat khabar. Roket milik kumpulan kitorang menang sebab roket tu stabil n kalau ditup pun tetap tak jatuh. Walaupun begitu ada jugak kumpulan lain yang tiru pembinaan roket kumpulan kitorang even ciptaan dorang tak stabil dan mudah jatuh. Mungkin dorang dah kehabisan idea sebab tu ciplak idea kitorang. Melalui aktiviti ini, kitorang dapat bekerjasama antara satu sama lain di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kumpulan. Tapi Asha tak banyak tolong dalam pembinaan roket tersebut sebab nanti Asha DIMARAHI oleh ahli lain yang ‘BAJET PRO’. Itu pun ada yang ungkit sebab ‘ada ahli yang tak beri kerjasama’ , tak ke tak cerdik tu namanya. Kalau Asha bagi idea pun macam aritu , dorang takkan terima idea Asha. Asha kene marah dengan dorang ade lah. Kesimpulannya , program menarik yang telah dilaksanakan amatlah berkesan bagi mengisi masa lapang dan terluang pelajar tingkatan 3 walaupun ada segelintir yang lari dan merayap serta melepak di ‘port’ yang tersorok dan ‘terlindung’ dari pandangan orang ramai. Apa lagi kalau bukan dekat tandas  dan belakang bangunan. Kan port tu dah lapuk. Cikgu2 semua dah tahu semua port dekat sekolah. Tapi cikgu2 memang tak larat kalau nak panjat tangga naik ke blog tingkatan 6. Sebab kitorang yang ade kelas kat tingkat atas sekali dan center bangunan tu pun dah selalu cikgu tak masuk, kitorang yang kene turun. Kalau 10 kali kene turun naik , memang letih teramat sangat lah. Sapa tak letih. Kitorang yang muda ni pun dah letih apatah lagi cikgu2. Actually kitorang dapat kelas tu pun sebab kelas kitorang yang lama tu buruk dan takde tempat nak letak notice board dan suasana kat kelas lama tu amat bising terutama sekali waktu rehat sebab berhampiran dengan kelas tingkatan 3 yang lain. So , macam na nak focus kalau macam tu. Oleh sebab itu lah kitorang dapat kelas yang kondusif. Tahun depan mesti dapat kelas yang biasa2 je. Bosan.

Alang2 dah habis PMR tu mean kitorang dah bebas kan? Tak jugak sebab Cikgu Hasfariza dan guru disiplin yang lain tetap jalankan spotcheck. Kadang2 secara mengejut. Tapi kelas Asha jarang kene spotcheck sebab kelas Asha jauh dan dekat puncak bangunan. Hehe. Bagi yang perempuan , pengawas akan check beg , purse , stoking , anak tudung , kuku dan lain2 lagi. Bagi lelaki pulak, semestinya pengawas akan check dekat beg dan rambut. Mana yang ada buat ‘style’ tu amat2 lah menggalakkan untuk dibotakkan. Kalau spotcheck dekat budak2 kelas Asha mesti kene check kuku je sebab budak2 kelas Asha mana ada bawak benda terlarang. Kitorang tahu batasan okay. Walaupun begitu , masih ada yang ‘berani mati’ dan ‘gatal’ bawak phone ke sekolah. Gedik sangat nak contact pakwe makwe dalam kawasan sekolah. Guna ajelah public phone. Tak delah membazir masa dan membuang masa cikgu2 gara2 nak buat spotcheck. Menyusahkan cikgu2 dan pelajar2 yang lain. Dah tahu tak boleh bawak , gatal sangat bawak pahal. Tapi cikgu terlalu baik. Cikgu simpan sampai balik je then boleh ambil balik. Cikgu2 bukan lah kejam sangat. Tak pelik pun kalau Cikgu Hasfariza spotcheck tempat sulit sebab budak2 zaman sekarang kan dah ‘genius’ dan ‘ceghedik’ simpan kat tempat2 sulit sebagai safety. Bawak phone ni kan salah satu kesalahan yang telah melanggar peraturan sekolah. Eloknya dikenakan penalti 40 terus tak pun panggil ibubapa dorang. Lepastu suruh ibu bapa dorang kawin kan aje dorang. Gatal sangat nak bawak phone. Kalau mintak izin dari cikgu didiplin tak pelah jugak. Ni bawak senyap2. Padan lah muka sapa yang pernah kene tuh. Tabik ‘toing toing’ kat korang sebab ‘berani mati’.

Anyway kalau korang nak tahu, budak2 lelaki zaman sekarang ada yang dah teruk mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya. Mana yang buat style ‘tupai’ , ‘penyapu’ , ‘funky’ , ‘cacak2’ tu memang cikgu botakkan. Sebab kalau cikgu tak buat macam tu , ada je yang sibuk cover rambut , nak bergaya sakan dan menunjuk2 so memang bagus lah apa yang cikgu buat. Dah tahu buat style bukan2 tu salah disisi peraturan sekolah , gatal sangat berpesyen tuh kenapa. Orang putih kata CARWASH. HAHA. N cikgu sepatutnya spotcheck dengan lebih teliti sebab sekarang ramai ‘jantan’ yang pakai seluar londeh ke paras berbahaya. Faham kenapa Asha panggil ‘jantan’ ? Sebab dorang ni tak LAYAK dipanggil lelaki sejati. Ada orang kata BOTAK ITU COMEL. Errr betul ke ? -..- geli pulak Asha dengar botak tu comel. Geng yang ‘paling hot’ kononnya pun dah botak. Tapi sekarang dorang dah tumbuh rambut Cuma dorang tak dapat buat style lagi sebab kekurangan rambut. Kalau yang buat spotcheck tu Cikgu Asli , memang tak de kompromi lah. Confirm botak walaupun tak licin. BHAHAHAHA (EVIL LAUGH).

Asha ni walaupun pakai spek kat sekolah , doesn’t mean Asha ni budak ‘nerd’ or budak yang tak pernah tak datang sekolah. Mestilah ada. Kalau sebelum PMR , selalu sangat Asha tak datang sekolah. Alasannya Asha demam , sakit perut , sakit kepala dan lain lagi. Semuanya bukan alasan semata-mata. Lepas PMR je Asha ada 3 ke 4 hari tak datang sekolah sebab tak sihat. Tapi memang pelik kan , bila nak habis sekolah rajin aje tak datang sekolah. Bila dah cuti macam ni , sedih gila ar. Bosan pun ada sebab rasa macam nak sekolah balik. Cumaaa… tak suka ada homework. Asha bukan jenis kaki ponteng. Tak pernah Asha tak datang tanpa sebab. Kira Asha ni budak baik jugak kan? Hehe :)

Asha nak mula cerita ni. Shhhh *letak tangan kat mulut*. Korang kene baca tau tak kira best ke tak best ke baca jugak tahu ! *hentak2 kaki* Sehari sebelum cuti iaitu hari selasa tu , Asha tak datang sekolah tahu. Nak kata Asha batak sebab tak datang sekolah? Silap tuuuu.. Asha tengah bosan gila kot masa tu. Dah buka tv lepastu off terus masuk bilik. Baring atas katil. Pusing ke kiri. Pusing ke kanan. Tetap tak boleh lelapkan mata jugak. Asha tak tahu nak contact sapa. Abang2 kesayangan Asha sah2 lah belum balik dari sekolah. Maklumlah masing2 SPM. Tibe2 idea nakal menjengah ke otak Asha. Asha pun contact lah budak tu. Asha miscall dia. Asha text dia. Lepastu dia reply. Dia kata dia tengah kerje. Kerja ngok kau! Hah, ambik kau! Kecik2 dah pandai menipu ye cik abang. Sapa lah yang ajar kan? Dia ingat Asha ni budak kecik yang boleh diperbodohkan ke? Asha tau dia ponteng sekolah. Macam2 info yang Asha dah dapat pasal dia. Perangai dia. Semuanya. Huhu bukan Asha meroyan. Just nak tahu perwatakan dia je.

Asha tak tahu pon yang hari rabu tu last sekolah. Menyesal tau ponteng hari selasa tuh. *muka masam* Esoknya hari rabu tu , dari pagi sampai balik , Asha usha dia. Kemana je Asha pergi Asha pandang kelas dia. Peduli apa Asha. Dah lah last nampak dia. Tapi hari last tu lah tak Nampak langsung batang hidung dia. LANGSUNG kau tahu? Perghhhh sedih yang teramat sangat lahh. Seolah2 Allah tak izinkan Asha bertembung dengan dia. Masa nak balik tu Asha tengok je kelas dia tapi hampa. mungkin takde rezeki kot. Tak ape lah . 

Sedih memang lah sedih. Sapa tak sedih kan ? dah ar last sekolah n maybe last nampak dia . Asha rindu moment Asha lalu sebelah dia , dia lalu depan Asha , Asha bertentang 4 mata bercakap dengan dia , detik usha dia dari jauh , kacau dia dalam text . So miss that moment. hope that i will meet him again. buat masa ni Asha tak leh ganggu dia sebab dia tengah SPM. Hurm Asha taktau nak cerita apa lagi. Asha dah tak kuat nak cerita lagi. Nanti Asha nangis kang. banjir terus. tu jelah luahan hati Asha. Asha just nak wish good luck kat dia . hope dia dapat wat yang terbaik dalam SPM ni. Tak lupa juga Good Luck to my ex , Naqib ,  all my senior iaitu Azril , Naim , Ashrul , Ilham , Aiman , Hadi , Faruq , Kamal , Zaid , Arif , Shafiq , Azri , Daffi , Ikmal , senior SMKRMM , senior SMT Terengganu , senior MRSM n especially to Kak Qistina Jehan n Kak Aida Aishilaa . Wish you luck all my senior . Please do the best n hope you all get straight A's . All the best for you all. 

Sincerely , Asha