Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua muslimin muslimat yang membaca blog saya.
Yang stalk blog saya, terima kasih sangat-sangat kerana menambahkan bilangan
view. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya kita bakal
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan
umur yang panjang untuk kita bertemu Aidilfitri pada tahun ini. Semoga kita
dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun akan datang. Insyaa Allah.
Raya
ke ?
Sebut je raya
mesti semua terfikir pasal baju raya, kuih raya, merdeka raya dan semua benda
yang ada perkataan raya. Tapi yang paling semua orang fikir bila menjelangnya
raya semestinya simbol $ kat mata korang semua. Bukan budak kecik je yang suka
dengan duit raya, aku pun suka jugak duit raya. Cuma aku sedar diri. Makin umur
dah meningkat ke angka 17, makin berkuranglah duit raya yang aku dapat. Takpe,
aku redha. Dalam erti kata lain, PASRAH. HAHA.Bukan apa, aku ni dah nak dekat
dah duduki SPM. Yeah.. ujian yang paling besar dekat kehidupan di dunia ni
sebelum menjejak ke alam dewasa dalam erti kata lain, alam pekerjaan dan alam
belajar di university atau kolej. Ermm.. aku ni tak ready pun nak SPM. Dah nak
dekat SPM pun masih tak sedar-sedar diri. Masih takde sifat kerajinan nak STUDY
SMART. Bila dah dekat exam barulah melalak nak cari buku lepastu bersengkang
mata sampai ke tengah malam semata-mata nak STUDY HARD. Aku ni jenis yang STUDY
LAST MINUTE. Lagipun aku senang nak ingat bila study lewat2 ni.
Wajib
beraya ke wajib study?
Tahun ni wajib
beraya ke wajib study? Aku duk piker dua benda ni sehingga asyik berlegar-legar
di minda ku. Ecewahh.. padahal dalam hati duk piker berapa banyak duit raya
yang aku dapat bila angka dah 17 tahun ni. Takpelah, kalau ada rezeki, dapat
lah duit raya. Kalau tak dapat tu, kena sedar-sedarlah diri sebab dah tua kan.
Even though ketinggian aku tak mencukupi syarat,ermmm HAHA tapi kenalah ada
kesedaran kan.
Duit
Raya?
#MSUMalaysia
#Maxwell #AmpangPecah #BegUngu
You know what,
haritu aku kena pergi MSU untuk terima duit raya ataupun dikenali sebagai zakat
daripada MSU sempena ihya ramadhan. Time tu bertolak dari sekolah pada pukul 8
pagi gitu, dalam bas serius aku rasa macam nak mabuk je. Tapi terpaksa
tahankan. Punyalah lama nak sampai. Bila dah sampai, terkejut bukan kepalang.
Ramai sangat budak sekolah kat situ. Masuk dalam Canselor Hall kat MSU Shah
Alam. Masuk je kat pintu bawah, terpandang seseorang berbeg ungu yang
membuatkan aku teringat dekat someone tu. Bila tempat duduk kat bawah dah penuh,
terpaksa naik kat tingkat atas. Ermm terpaksa duduk atas sekali. Jauh gila
rasa. Macam susah je nak turun. And aku rasa tersentap bila depan aku..budak
lelaki yang duduk. Budak 3 orang depan aku bukan main kuat gila nak mampus bau
minyak rambut dia yang membuatkan aku rasa nak pengsan dan mabuk.
Errr..kereknya budak depan aku. Okay baru aku tahu budak depan aku SMK Maxwell.
Handsome tu memang lah hensem tapi gaya dorang macam nak bahan aku je. Al
maklumlah, aku mengutuk dorang,dorang pun mestilah mengutuk aku jugak kan. Eleh
macam lah tak tahu. Budak putih dengan budak pengawas tu.. Budak depan aku baca
buku DARAH YAHUDI. Dia baca punya khusyuk sampai tak toleh kanan kiri. Masa
dengar Prof Tan Sri Datuk Wira Shukri Abd Yajid memberikan sepatah dua kata yang
sangat DEEEEEPPPPPP ayatnya mampu membuatkan aku tersentap dan menitiskan air
mata. Saya tabik kat Tan Sri. Aku dalam dewan tu bukan main tak leh duduk diam.
Pegang phone sambil tangkap gambar sana sini. Rambut budak Maxwell tu pun aku
tangkap sekali. See? Nampak tak kebosanan aku? Hmm.. lepas dapat duit raya tu,
aku duduk kat tempat aku balik. Aku tenung budak 3 orang tu macam nak telan je
diorang. Padan ah muka kan. Kerek kot. Budak bandar gitu. Sebelum terlupa, SMK
AMPANG PECAH paling mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar2. Aku rasa nama
sekolah tu yang agak unik dan lain drpd yang lain kot. Kenangan yang sangat2
aku tak leh lupakan bila sebelum balik tu ramai2 bergambar sambil melambaikan
duit raya yang kitorang dapat dan kameraman naik kat tingkat atas, kitorang
berdiri kat tingkat bawah. Agak2 masuk dalam youtube tak eh? HAHAHA
Jahit
Manik?
Ohh ye, sejak
beberapa hari ni aku dah pandai jahit manik dekat baju raya. Even though tak
sekemas dan secantik jahitan pakar-pakar kat luar sana, at least aku dah ada
kemahiran yang bukan calang-calang orang boleh ada. Means, kerja menjahit manik
merupakan sesuatu perkara yang kita rasa amat sukar untuk kita lakukan tapi
sekiranya kita tekad dan rajin untk membelek manik yang sekecil tu, insyaa
allah, kita akan dapat siapkan dengan sesegera yang mungkin. Dekat baju aku,
aku jahit kat bahagian tangan dan bahagian bawah baju serta dekat leher baju
kurung aku. Ermm, tak lah cantik tapi if kita jahit sendiri manic kat baju tu,
kita akan rasa puas. Aku duk pikir2 maybe one day au boleh terima tempahan
jahit manik pada baju kurung, baju jubah, baju kemeja, baju blouse dan tak
mustahil baju pengantin. If tekad tu ada, nothing is impossible kan?
Tu jelah kot aku
nak cerita untuk ceritera ramadhan raya untuk tahun ni. Kalau ada umur yang
panjang, aku akan story lagi cerita yang hot-hot untuk korang ye. Take care